Wednesday, September 7, 2011

Corat-coret Raya 2011 : Episod '2G & 3G'

Episod kali ni Mummy fokus pada gambar Mummy, kakak abang dan anak2 saudara dan cucu2 saudara, kita 2 dan 3 generasi la.... ada gambar outdoor ada gambar2 indoor, kita layan gambar outdoor dulu yer...


Gaya macho hancur anak2 saudara Mummy dan my 'big brotherrrr'.  Mummy suka tengok lelaki yang pakai baju Melayu, yg tak hensem pun boleh jadi hensem, apatah lagi kalau memang dahhensem... ha korang jangan perasan la pulak ye


Dengarlah irama lagu larut malammmmmmmmmmm.....

Aksi2 gedik mak2 dara ngan anak sedara... Dah penat punye pasal tak sempat Mummy nak bergambar 9 beradik ala2 pancarasitara ni... tak pe la pancasitara campuran ngan anak2 buah je..


Kita orang pun ada cincin 24 juta gak.. tak kecoh pun...


Semua orang suka lepak kat pondok kecil ni

Apalah yang korang sembangkan


Sekarang ni layan gambar indoor pulak yer...


Sengetkan badan tarik nafas, tahan nafas ... 1 2 3 ... click... ok ...huhh letih nak control perut ni...hahaha

Bukan senang nak tengok wanita2 melayu terakhir ni bersimpuh tau... nasib baik takde yang tumbang....hehehe

Okkkkkk

Mama Janet, Kak Tanty, Myza & Mummy

Ini 3 generasi...





Port bergambar pilihan ramai... sikit hari lagi roboh rasanya penjuru  ni... manalah arkitek yg nak design rumah kita ni nak bagi design ni

Nasib baik le arwah abah buat tangga batu ni lebar, kalau tak mau roboh tangga ni...

Jangan lupa nantikan episod seterusnya... dijamin lebih bestttttt.... tak tau la drama ni berapa eposid, ikut suka penulis skrip dan director la yer...







Corat-coret Raya 2011 : Episod 'Jalan-jalan cari duit raya'

Acara yang paling ditunggu2 bagi anak2 dan juga emak2 adalah sesi bagi duit raya. Lepas penat posing2 indoor dan outdoor agenda bagi dan kutip duit raya. Bukan gi kutip kat rumah jiran or orang2 kampung tapi kutip duit raya dalam rumah je.... seronokkkkkk. Bayangkan bukan setakat kami adik beradik yang bagi duit raya pada anak2 saudara dan cucu2 saudara tapi anak2 saudara Mummy yang dak kerja pun ikut bagi duit raya kat adik2 dan sepupu sepapat mereka dan kalau ada yang tak malu cam Mummy ni boleh dapat gak duit raya dari anak2 saudara...hahaha... skil kena tip top la baru dapat....


Selalunya Kak Long orang pertama akan bagi duit raya diikuti oleh Kak Noor dan seterusnya hingga ke Mama Miraki, lepas tu turn anak2 saudara pulak.. memang  kecoh dan seronok sangat2... Dan pembahagian duit raya ni ada kategori la pulak samada terbuka atau tertutup, kalau tertutup tu maknanya duit raya khas untuk yang belum kerja je tapi kalau terbuka tu untuk semua anak2 saudara tak kisah lah dah kahwin ke dah kerja ke semua boleh dapat... saja je seronok2... bayangkan la 35  orang (26 anak saudara + 4 anak saudara menantu + 5 cucu saudara) beratur untuk kutip duit raya. Yang bagi duit raya pulak ada 14 orang (9 beradik + 5 anak saudara) , so berpeluh la dia orang beratur....heheh...yang penting masyukkkkkkkk hehehhe... tak pegi beraya rumah orang lain lagi pun poket budak2 ni dah kembung.... ( tengah fikri2 ni... klau anak ada 10 orang best gak kan... hahahahah)



As usual acara bagi duit raya dirasmikan oleh Kak Long... dan Abang Enal bertindak sebagai coordinator untuk melicinkan acara ni


Terima kasih Aunty... psst Along, duit raya tu bagi kat Mummy ye, Mummy dah kering ni...


Terima kasih Cik Mah..Eija, tahun depan make sure Cik Gee dapat duit raya dari Eija tau...heheh

Amboi2 Ayu, gigih mengirini anak kutip duit raya nampak ...Kak Lah


Cepat2 siapa lagi tak dapat duit raya dari Mama Janet ni...


Berapa kali Along claim duit raya kat Mummy ni?

Iwan yang dah tua pun dapat lagi duit raya dari si kakak

Sepupu bagi duit raya pada sepupu...


Makcik2 gigih beratur nak ambik duit raya dari anak2 saudara... heheh


Wajah ceria emak bapak budak yang lepas dapat duit raya

 
Lepas kutip duit raya masing2 kepenatan...phuhhh  berpeluh2... ha anak2 bak sini duit raya Mummy tolongggggg simpankan
Banyaknye duit ko Eira... 2 bulan emak tak bagi duit belanja sekolah tau

Duit raya terbesar untuk kami adik beradik dari peninggalan emak dan abah, walaupun abah pergi dah 8 tahun danemak dah 6 tahun tapi setiap tahun kami dapat lagi duit raya ni... Al-fatehah untuk emak dan abah... Cuma Mummy selaku penjaga duit dana keluarga dan Mama Janet (tukang kutip hasil bulanan kebun sawit) yang tahu pasal pembahagian duit raya ni... masing2 tak sangka dapat duit raya ni sebab few months before this masing2 dah dapat duit... tak de ke yang nak belanja Mummy makan yer....heheh

Tudung2, kain pelikat dan sedikit duit raya untuk kakak2, abang dan adik Mummy... sudilah terima ye.. ada rezeki lebih insyallah tahun depan Mummy bagi yang lagi cun yer....heheh

Lepas ni nak buat episod apa pulak ek....

Tuesday, September 6, 2011

Corat-coret Raya 2011 : Episod 'Ehem-ehem'

Satu2nya n3 raya yang tak ada gambar Mummy...huhuhu. N3 ni dedicated khas untuk anak2 Mummy dan anak2 saudara Mummy... kira dia orang ni sepupu la...

Hafeez & Eija ...kita tunggu episod akhir untuk kesudahannya....hahahah


Ehem2.... Ijat & Shasha... malu2 pulak si Acha ni...


Eira jadi rebutan Farhan & Faiz ...gasak la korang....hehhe


Shasha & Fareez... ewah2 main suap2 lagi tu

Ika, Danny & Lisa... romeo ni anak Mummy

Kat mana ada 3 dara pingitan ni ada lah si Danny... malam pun dia boleh tidur ngan gang anak dara ni, may be sebab masa Danny kecik ni dia orang bertiga ni rajin layan dia

Romeo cilik... Amir sampai garu kepala tak reti nak pilih mana satu. Amir ambik dua2 boleh tak mama?


Rasanya tahun depan rumah pusaka tu dah siap renovate, boleh la kalau ada yang nak rasmikan buat kenduri kahwin...hehehe

Corat-coret Raya 2011 : Episod 'Me & My Siblings'

Episod kali ni fokus pada kakak2 dan abang mummy nan sorang tu... semoga raya tahun akan datang kami dapat bergambar cam ni lagi... Sesiapa yang nak kenal adik beradik Mummy mai sini Mummy kenalkan... Mummy ada 9 beradik, 8 perempuan dan seorang je lelaki dan Mummy anak yang kelapan.

Anak Pertama : Mummy & Kak Long ... gambar Kak Long ni sungguh eksklusif sebab dia tak suka bergambar2 bukan cam si Mama Janet, Kak Kay or Mama Miraki tu yang terkena 'kenan camera' tu, bersepah2 gambar dia orang, tak eksklusif langsung kan...hehehh.

Anak Kedua : Lagi wajah kakak Mummy yang eksklusif. Kak Noor @ Datin S... abaikan 3 wajah pelakon2 pembantu tu ye... tak de la pulak gambar Mummy berdua ngan Kak Noor ni 

Anak Ketiga : Mummy & Kak Long & Kak Mah... pun tak ada gambar berdua ngan Kak Mah


Anak Keempat : Mummy & Kak Lah @ Kak Kay 

Anak Kelima : Mama Janet


Anak Keenam : My biggggggg brother Yin WOng Kulai

Anak Ketujuh : YB Bukit Mutiara ... Som

Anak Kelapan dan Anak Kesembilan : Mummy & Mama Miraki ... yang ni memang kompom x eksklusif

Ni la sembilan adik beradik Mummy... saudara dikala susah dan senang, semoga persaudaraan kami tetap kukuh sehingga ke akhir hayat dan berharap agar anak2 mengekalkan tali persaudaraan ini. Amin.

Ada lagi ke episod seterusnya? Emmm korang nak tengok sambungan ke tak? Tak nak tak pe... heheheh....

Corat-coret Raya 2011 : Episod 'My Family'

Sorry la ye N3 kali ni tak de gambar orang lain selain dari gambar2 Mummy sekeluarga yer... hehehe... ulasan gambar uols buat sendiri la Mummy letih la...

Raya tahun ni Mummy pilih tema warna oren... actually asalnya Mummy cam nak pilih warna warna maroon atau merah  cerah tapi disebabkan beli baju untuk Daddy dan anak2 lelaki tu dah saat akhir so pilihan warna dan saiz tak banyak dah... lastnye yang ada saiz untuk 4 beranak tu warna oren, bei gak la. Nasib baik Mummy dan Dania baju kurung yang ada warna oren so kira sedondon la...



Muka anakdara tu sememeh je sebab dia lepat jatuh...calar gak le kat bawah dagu dia tu


Kita sibuk2 posing si Danish bagus je layan playstation dgn si Hafiz








Kalau gambar lebih kurang sama tapi angle berlainan ni, mesti hubby Mama Mirakiyang ambik ni




Ni gambar masa 4th raya kat kampung daddy...








Free styles lagi... I believe I can fly... i believe I can touch the sky...



Jangan marah sebab tak de gambar korang ye.... episod lepas ni mesti ada punye.. so tungguuuuuuuuu