Monday, September 5, 2011

Corat-coret Raya 2011 : Episod Pengenalan

Wah dah macam drama bersiri or telenovela la pulak kan ada episod2... selalu main part 1 ...2 .... Actually Mummy cam malas je nak buat n3 penuh untuk sambutan raya 2011 ni sebab Mummy rasa cam dah agak basi je kan cerita raya tu tapi Mummy percaya ramai yang tertunggu2 n3 Mummy raya ni kan... (perasan le pulak ada orang nak baca blog Mummy ni...hehehe). Ala setidak2nya Mummy tau kaum kerabat Mummy tu dah naik lenguh jari jemari runcing masing2 klick 'refresh' kat blog Mummy ni dengan harapan ada n3 pasal raya. Biasalah suku sakat Mummy tu kan semuanya over acting dan syok sendiri tengok gambar masing2 ..hahaha.


Nak cerita dari mana ek... tak kan dari akhir Ramadhan kut... eh tapi sebelum tu Mummy & family nak ucapkanlah Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin kepada pengikut2 blog Mummy ni dan silent reader (kalau ada la...). Kalau ada kandungan n3 Mummy sebelum2 ni yang menyinggung hati uols Mummy mintak maaflah ye, tak de niat pun nak menguris hati uols semua.


Tak pe la walau dah basi Mummy nak gak cerita dari awal persiapan Mummy nak balik kampung untuk sambut raya. Memang sangat2 teruja nak balik kampung lagi pun tahun ni kan turn balik kampung Mummy dulu mestilah terlebih2 suka. Alahai korang pun cam Mummy gak kan bila balik kampung sendiri mesti lah perasaan suka dan gumbira tu berlebih2 kalau dibandingkan bila turn balik kg inlaw. Kecuali la uols ni ada sikit darah si tanggang yang mengalir kat tubuh badan, dapat kahwin ngan orang senang so dah tak suka balik kampung halaman sendiri....ish ish ish...harap2 tak de la readers Mummy yang cam tu ye...


Oklah malas nak bebel... mak it short, Mummy balik kg hari Ahad 28 Ogos... plan nak balik lepas Subuh tapi nak buat camana Naza still kat workshop...in the end kul 11.30am baru bertolak. Sebelum tu mestilah calling2 dan janji2 dulu ngan adik beradik Mummy nak balik pukul berapa nak bawak lauk apa dll


Sebelum bertolak kena tengok checklist dulu kalau ada yang tertinggal harubiru nanti...


Cenderamata kecil dan duit raya untuk semua adik beradik Mummy


Duit raya untuk anak2 saudara, budak assalammualaikum dan yang sewaktu dengannya. Biasalah tiap ikatan ada nilai yang berlainan

Hah yang ni lagi tak boleh tinggal... duit raya untuk kami 9 beradik dari dana keluarga. Cuma Mummy dan Mama Janet je yang tahu berkenaan pemberian duit raya ni... kira surprise pada dia orang la...

Hah yang ni pun penting gak...ya la Mummy kan balik rumah tinggal so nakharapkan siapa lagi untuk sediakan makanan, kami bawak la baliak tiap sorang sejenis dua lauk, kat kampung nanti tingga masak nasi je. Mummy masak 2.5kg udang goreng gajus...



Sebahagin barang2 yang diangkut balik kg...tu tak termasuk toto, bantal2 dan selimut dah macam orang nak pindah rumah pulak


Sorry la ye yg ni tak de kaitan ngan n3 tapi saja je nak tunjuk my bunga kangung collections...2 almari ni khas utk pinggan mangkuk lama corak bunga kangkung je, corak lain kat almari lain

Lain2 corak duduk diam2 kat sini ye... kekwa merah, kekwa hitam, rose hitam, ros jambatan, sakura, bunga sabun, 5 roses, wild roses, grapes, set baba nyonya dan yang sewaktu dengannya...

Jangan lupa susun biskut raya dulu...mana tau penat2 balik dari kampung nanti ada terjahan dari tetamu2 tak la kalut sebab kuih dah ready


Cepatlah Daddy... dah lambat ni, bila nak bertolak????


Posing dulu sebelum tinggalkan rumah


Perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hatiku melonjak sama..ingin berjumpa sanak saudara yang selalu bermain di mata... anak2 tak sabar2 nak sampai kampung atuk


Jalan Air Hitampun lengang je tak banyak kereta


Masa Mummy sampai ke kampung baru ada 3 biji kereta je, family Mama Janet, Datin S dan Kak Mah, so kira Mummy orang yang ke-4 daripada 9 beradik le yang sampai dulu, actully Mummy boleh sampai awal tpai kan kita orang tidur kat R&R Ayer Keroh hampir sejam setengah... Daddy ngantuk dan Mummy pun ngantuk gak so tak de sapa larat nak drive.. last semua zzzzzzzzzzz


Masa Mummy sampai Mama Janet tengah anyam ketupat...


Mama Janet kata siapa yang tak anyam ketupat tak boleh makan ... satu kepala 5 biji ketupat so Mummy ada 6 orang kena lah anyam 30 kelongsong ketupat ni....huhu... zalim kan Mama Janet ni...cam ni Mummy rebus ketupat mini segera je la...hahaha


Lepas siap anyam ketupat Mummy ronda2 keliling rumah...


Pondok comel tempat lepak anak2 dan bapak2 gak 

Rambutan yang dah kuning2 masak.. tapikan nak makan rambutan ni kena hati2 sikit sebab penuh dengan semut


Mana lagi cantik, anak dara Mummy ni ke bunga kertas tu? hehehe


Stock bahan2 kering dah macam nak buat mini kenduri ni... beras 30kg utk 52 orang waris Hj Omar & Hjh Amanah

Nah ambik ko bawang sedulang

Minyak masak 2 botol besar, pencuci pinggan dan spray tu khas utk YB Bukit Mutiara selaku ketua bahagian pembersihan

Sebahagian biskut raya yang dah sampai ke rumah... sorang bawak sikit jadilah banyak... apa yang penting? Kerjasamaaaaaaa

Berbuka puasa 28 Ramadhan tu cuma ada family Mummy, Mama Miraki, Mama Janet, Datin S & Kak Mah je... yang lain2 sebelah malam baru sampai... 

ok la cukup utk episod pengenalan... sambung episod2 seterusnya kalau puan director tak sibuk ye....

Saturday, August 27, 2011

Gathering b4 balik kg - Mini BBQ & Fireworks

Malam tadi lepas solat tarawih, kami jiran2 pakat2 buat gathering kat taman permainan sambil buat BBQ dan layan anak2 main bunga-api, tima orang dah zzzzzzzzzz dalam kul111.30 baru la kami start berkumpul. Tak ramai sangat pun yang dapat joint, mostly jiran2 yang sama lorong dengan Mummy le... ada gak dari lorong2 lain ada dalam 25 family kut.


Masing2 dah kenyang so just buat BBQ je... ada ayam, kambing, daging dan salmon. Mummy tolong buatkan ice lemon tea je.


Ayam, kambing, lembu & ikan salmon

Sebahagian jiran2 yang dapat turut serta


Program mengejut so tak de kerusi2 meja pun, duduk le kat mana2 utk makan


Emak2 dan anak2 kecik main bunga api je ye


Baru je berani main bunga api si Dafiy ni


Ni emak lagi ove main dari anak ni


Kita makan duluuuuuuuu


Dah berani sikit...

Paling suka masa bungapi KLCC dibakar la... bukan anak2 je menerit seronok tapi emak bapak pun tumpang sekaki. TQ la pada penaja bunga-api2 ni... Cantik sangat ada berbagai 2 warna.... Bukan setakat penduduk taman Mummy je boleh tengok tapi Mummy rasa satu area seksyen 7 boleh tumpang tengok bungapi KLCC ni. Bunga api ni kena la bapak budak yang bakar yer... anak2 main mercun roket, bom asap dan ntah apa2 lagi la... Dengarnya masa jamuan raya taman nanti akan ada pertunjukkan bunga api lagi besarrrrrrrrrr punye...












Boleh gak camera cikai Mummy ambik gambar fireworks ni dengan cantik ye... selama ni Mummy le yang tak reti nak tukar setting...hahaha


Macam mandi je si Dania ni... rambut baju seluar semua basah dek peluh... sakan main bunga api dan   main kejar2 kat taman


Dafiy terlentok tidor.... kul 12 tgh malam dah pun

Untuk jiran2 Mummy selamat menyambut hari raya aidil fitri dan maaf zahir bati.Drive carefully ye, insyallah panjang umur kita buat gathering lagi.

Xtvt for today :
- mop tingkat atas
- tolong Daddy cuci kolam ikan
- tukar cadar katil
- beli samping, songkok dan kasut anak
- hantar seluar Daniel ke kedai untuk potong
- beli baju kurung sehelai dua
- selesaikan urusan kemas kain baju nak balik kg



Friday, August 26, 2011

Cuti macam tak cuti

Jummat 26 Ramadhan, Mummy dah start cuti raya. Patutnya Isnin depan baru start cuti tapi memandangkan banyak lagi benda tak settled 'terpaksalah' (ntah sapa yang paka kan!!!) ambik cuti awal. Lepaas sahur sambung buat cornflakes choc dan salut choc kat almond london. Sambil2 tu kemas2 rumah dan cuci kain baju.

Ni je biskut2 raya yang Mummy ada... untuk kat rumah, bawak balik kg Mummy dan balik kg daddy. Alhamdulillah sempat gak buat biskut2 ni... cuma snow almond je yang tak sempat dan ada sejenis lagi biskut yang namanya sangat pangan Mummy cadang nak buat tapi rasa cam tak sempat je, tak pe la dah raya nanti baru buat pun boleh gak kan..

Lepas siap buat biskut raya, lari sekejap cari tudung kat Ariani. Sampai dalam 10.30am so orang tka ramai sangat dan dapat pilih yang mahal dengan selesa. Sejam je kat Arini terus balik rumah sambung operasi ops BERSIH.

Malam ni aktiviti nak mop lantai atas dan kalau sempat nak kemas baju untuk bawak balik kg dan xtvt anak2 masukkan duit dalam sampul duit raya la.

Thursday, August 25, 2011

Mood yang jatuh merudummmmmmmmm

Menghitung hari ... detik demi detik ...

Mood kerja memang dah zerooooooooooo... fikiran dah melayang sampai ke kampung.. terbayang2 sibuk nak pegi pasar beli ayam, daging dan segala... beratur nak beli santan (silap2 kena ambik nombor) ... berulang alik dari rumah ke PS, ada je barang yang kurang dan nak dibeli...

Tahun ni memang turn semua adik beradik Mummy beraya di kg Mummy, tahun lepas masing balik rumah in-law dulu. Memang excited la...perjumpaan dwi-tahunan dimana semua anak cucu cicit Allahyarham Hj Omar dan Allahyarhamah Hjh Amanah akan berkumpul di rumah pusaka. 9 anak + 8 menantu + 26 cucu + 4 cucu menantu + 5 cicit = 52 orang berkumpul serentak.... kecoh2 masah, kecoh2 nak mandi, nak makan, nak posing ramai2... walau kecoh2 tapi tu la kenangan paling best kan...

Sebenarnya bila dah raya tu dah tak seronok sangat tapi yang paling best sehari dua sebelum raya tu, so untuk tahun ni masing2 akan balik ke kampung insyallah pada hari Ahad. Mungkin ada yang sampai pagi tengahari petang or malam, so nak senang selalunya kami akan bawak lauk pauk sorang sejenis, bila dah kumpul2 banyak la, kat kampung tinggal masak nasi je, ye la dah rumah pusaka tak ada orang duduk jangan la nak mengharap sampai2 kampung hidangan dah tersedia...

Mummy ni excited nak balik kg tapi urusan kat rumah sendiri tak selesai lagi..hehhe... biskut2 raya tak selesai lagi, rumah tak kemas, kain baju nak balik kg pun tak kemas lagi...nak kena tampal check-list kat pintu bilik ni...

Wednesday, August 24, 2011

Ye ye dah dapat duit raya!

Hohoho... anak2 dah dapat duit raya... sorang dapat RM50, time ni Mummy rasa bestnye kalau ada anak 10-20 orang ke...hahahaha... tak de la Mummy main2 je, anak 4 orang pun dah kalut ni kan pulak kalau anak 10 orang... Macam tahun2 lepas kat opis Mummy ni semua anak2 staff akan dapat RM50 seorang.... Dan untuk staff pun dapat gak duit raya, bolehlah nak guna untuk bayar duit minyak dan duit tol masa raya ni. Alhamdulillah ada rezeki tambahan untuk raya.