Friday, June 17, 2011

Lunch hari ni

Lunch Mummy hari ni... set nasi ayam penyet wong solo.... nyum nyum.... Al-hamdulillah



Thursday, June 16, 2011

Punch card ... oooo cepat...

Mood untuk kerja merudum jatuh, nasib baik tak ada kerja urgent...huhu. Cepat je masa berlalu, esok dah Jumaat dan lepas tu 2 hari cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Yahoooooooooooo. Nama jer cuti tapi bagi Mummy dan ibu2 yang bekerja ni hari Sabtu dan Ahad tu cuma cuti dari pergi ke office je, bukan cuti dari buat kerja. Dah panjang dah list apa nak buat Sabtu dan Ahad ni....redha je la ... heheh

Tuesday, June 14, 2011

Hendak tidur , tidurlah mata

Malam tadi kul 9.30pm bibik telefon, dia kata terbayang2 wajah anak2 Mummy je. Dia kata time macam tu selalu si Dafiy dan Dania jerit2 kat dia suruh buatkan susu sebab dah nak naik atas tidur, so dia cam terdengar2 suara anak2 panggil  dia. Tak pe la bibik, lama2 nanti biasa la...

Selepas 2-3 hari tak ada bibik ni Mummy rasa dah comfortable. Tak de la susah dan penat mana pun. Sebelum tidor Mummy dah kemas dan mop tingkat bawah so pagi esok tak perlu lagi nak mop. Cuma kurang la sikit masa Mummy nak ber FB dan monitor homework anak2, so yang tu memang serah kat Daddy la. Mummy dah bagi date line kat agent maid, kalau sampai hujung bulan ni maid tak sampai lagi Mummy nak cancel dan nak ambik refund.

Mummy tengah surver nursery yang dekat dengan rumah Mummy, so insyallah awal bulan Julai ni Dafiy akan duduk nursery. Dania balik dari SmartReader akan ke nursery gak. Daniel & Danish akan transit kat nursery sebelum ke sekolah kebangsaan pulak.

Monday, June 13, 2011

Opor Sotong

Morning semua.... la apasal pagi2 dah monyok je tu, ya Allah buruk betul le kalau muncing dah panjang sedepa... Apa sal?  Laaaa punch card merah rupanya.... hihihi... kesian..kesian... Tapi uols ni pun sata macam le tak biasa ngan suasa kat KL ni klu hari Isnin dan first day lepas cuti sekolah sure jalan2 akan jam semua, apasal tak keluar awal sikit.... hehehe... Disebabkan Mummy tak nak menempuh jam (kekadang je jln nak ke opis Mummy tu jam) so hari ni Mummy dah set appointment dengan customer nak jumpa pukul 9am, so dari rumah Mumm nak ke opis customer ni memang line clear la...heehhe.... bijak2...

Oklah utk ibu2 kat rumah tu... hari ni kenalah masal awal sikit, anak2 yang sekolah sebelah petang akan pergi awal takut nanti dia orang tak sempat nak makan pulak.

Apa kata hari ni uols try masak sotong opor ni. Mummy masak sotong opor ni semalam. Resepi ambik kat blog Mat Gebu dan Mat Gebu ambil dari blog Sinar Kehidupanku

Rugi kalau tak cuba... memang sedap

So tengahari ni Mummy cuma makan opor sotong ni dengan nasi panas2... lauk lain semua tolak tepi. Masak opor ni rasa camana? Emmm ada rasa cam rendang sikit... tapi memang sedap la....

Sunday, June 12, 2011

Drama sebabak - bye2 Bibik


11/11/2011 - Akhirnya sampai gak saatnya bibik Mummy balik ke Indon. Kali ni bukan balik bercuti tapi balik for good. Semoga bibik sihat selalu dan ada rezeki boleh datang semula ke rumah Mummy sebagai tetamu.
Daddy tengah mengikat barang2 bibik. Kalau tak ikat ni mau terbarai bila sampai Indon. Dia orang ni kat feri tu main campak2 je barang.


Ni la barang2 yang bibik bawak... kalau naik flight jenuh nak bayar duit luggage


Hari akhir sebelum bibik balik Mummy suruh Daddy beli durian, saja je jamu bibik. Nak bawak dia makan kat luar pun dia tak nak sebab banyak makanan yang dia tak makan.


Seawal 8am dah bersiap2 ke Jeti Pulau Ketam


Tuan punye blog yang akan menjadi 'bibik' pulak...heheh

Baru masuk kereta je si Dania dah menangis. Puncanya berebut dengan si Daniel nak duduk dengan Bibik. So keputusannya kena ganti2, setiap jumpa tool booth tukar tempat duduk, cam tu lah sampai ke Jeti


Dah nampak hentian Klang ni maknanya dah dekat le dengan jeti

Suasana tenang dan tak ramai orang... kalau nak raya, sesak teruk kat jalan ni


Ok dah sampai pun


Orang tak ramai so dapat parking dalam kawasan jeti


Mummy suka gambar ni... nak tau kenapa?.....hehehhe... sebab Mummy nampak kurus la....ahhahah


Air mata bibik tak henti2 setiap kali pegang anak2


Dania dah start monyok


Sekejap monyok sekejap ok...


Aduh pak ... kok berat banget bawak batu apa? Setiap satu beg dan kotak tu kena charge RM10 untuk tolong tolak sampai ke tepi feri. Nak bawak masuk ke dalam feri pulak di aorang akan charge lagi RM5... so kalau nak jimat angkut la sendiri... tapi larat ke???

Kalau boleh nak dibawaknya anak dara kecik Mummy ni ke Indon


Beg hijau penuh kenangan... itu beg arwah emak Mummy. Lepas abah tak ada beg ni lah yang diusung bila berpindah ke rumah anak2




Ultraman show di Pulau Ketam....

Bibik peluk anak2 sebelum kita orang balik. Bye2 bibik... Malam ni bibik telefon Dania tau.


Air mata Dania.... Kereta baru gerak tak sampai 10 minit dah mintak nak call bibik. On d way balik ke Bangi tak berhenti dia menangis.... So terpaksa pujuk bawak gi main games kat Alamanda baru senyum....

Baru happy...

Aksi rempit ngeri Daniel

Daddy & Danish racing kereta


Budak kecik naik ni je la ye...

Bermulalah kehidupan Mummy tanpa bibik selepas 7 tahun. Cuma kena bangun awal sikit setiap pagi la...hehhe. Selalu tu kul 6am bangun dan kul 6.30am turun bawah dah terbau lantai yang wangi lepas dimop dan bau air teh panas yang dah dibancuh....heheh. Lepas ni xtvt mengemop tu weekend je la Mummy buat.