Monday, June 6, 2011

Balik Kampung Pra-Raya - Part II

Balik dari pasar terus bersilat kat dapor. Umat ramai so sibuk nak masak untuk lunch dan nak masak untuk kenduri malam ni. Masak2 sekejap je tapi nak basuh2 dan siapkan segala benda yang nak dimasak tu menyebabkan lambat. Tengah nak masak gas habis la pulak. So nak kena pegi beli dulu...

Daddy ambik tender cuci ayam 15 ekor...

Mama Miraki dengan kari dagingnya

Sementara kami kaum ibu bersilat kat dapor, Daddy dan Hubby Som layan anak2.

Khemah bawah pokok cempedak...


Tengahari2 buta ada unggun api? Sesuai ke? Hehehhe.... tak pe la boleh gak halau lalat dan nyamuk

Daddy & Hubby Som tunjuk skill kait kelapa gak


Buah cempedak ditebuk tupai....


Kutip jangan tak kutip


Anak2 berebut2 mengangkut kelapa muda dan susun kat khemah


Lebih kurang 30 biji kelapa menjadi mangsa...heheh... dapat 3/4 tong air kelapa muda yang sangat2 sedap dan menyegarkan...

Arghhhh panas2 dapat minum air kelapa sejuk2 ni memang nyamannnnnnnn

Korang ingat apa budak2 tu buat dalam khemah?

Ooooo ni la kerja dia orang... makan tengahari ramai2 dalam dulang...


Bila dah petang start la xtvt buat nasi ambeng....


Korang ni nak tunjuk gelang kat tangan ke nak tunjuk apa? Ce cita sikit...


Nasi ambeng dah siap.... menu kenduri kali ni , kari daging, ayam goreng rempah, mee goreng, sambal goreng, kacang tolo tumis pedas, serunding kelapa dan ikan masin. Menu sampingan buah2an dan kuih-muih.. itu je


Dua kuih tradisional yang emak dan abah selalu buat kalau ada kenduri kendara. Yang belah kiri tu orang kampung Mummy panggil 'gemblong (beras pulut dikukus/ditanah,  pas tu gaul dengan kelapa muda dan ditumbuk hingga halus). Ni Mama Miraki yang buat. Tapi ni versi yang dah digoreng pulak, lupa nak snap versi belum goreng. Yang kanan tu takkan korang tak kenal kut, tu wajik pulut. Naik muscle gak le Mummy nak mengacau pulut tu

Bila masak semua dah siap, time untuk lepak2 dan menghayati suasana petang kat kampung sambil tengok anak2 main.

Khemahdah berubah lokasi... pagi tadi kat dapor bila petang berpindah ke halaman depan pulak

Anak2 gumbira main bole waktu gerimis... x pe la kali ni Mummy bagi chance kat dia orang








bersambung  ... (klau rajin...)


Balik Kampung Pra-Raya - Part I

Waktu yang ditunggu2 akhirnya sampai... yeyeye.. balik kg... hihi.. mengalahkan bebudak je kan Mummy ni.

Lepas solat Jumaat Mummy balik kg. Sampai kampung dalam pukul 6.15pm. Masa tu cuma ada family Mama Janet je. Lepas Isya, family Datin S dan Yin Wong Khoo Lai pulak sampai. Tak lama lepas tu family YB Bukit Mutiara dan family Mama Miraki sampai dah tengah malam.

As usual la anak2 yang dah tidur terbangun semula tak tau la da orang tidur pukul berapa.

Awal pagi semua dah bangun. Mummy sangat suka suasana kat kampung awal bagi ni, berkabus2 tu. Lepas solat semua Mummy ronda keliling rumah la.

Suasana pagi di kampung yang Mummy suka sangat.....

Dah macam raya la pulak, semua balik kampung kecuali family Kak Kay yang balik ke Kelantan. Almost 50 orang waris2 Jari Hantu Allahyarham Hj Omar dan Allahyarhamah Hjh Amanah berkumpul..


Parit depan rumah yang bersih dan luas selepas dikorek... seperti yang diceritakan dalam blog Cikgu MS


2 pokok jambu bol yang lebat berbuah... ada yang dah masak dan ada yang putik lagi. Tengok tu bersepah buah tu kat bawah pokok... buah dia walau kecik2 (Mummy panggil jambu bujang) tpai manis sangat2..
Pokok rambutan yang lebat berputik dan ada yang dah jadi buah... emmm ...raya nanti masak kut...

Dah ronda2 keliling rumah, cam biasa la tugas tetap Mummy , pergi ke pasar.

Ahli rombongan Cik Kiah melawat pasar Parit Sulong


Bawang bilis dan barang kering beli kat kedai apek ni je...

Pucuk paku yang segar2...fresh from ladang...


Wahhhhh ada umbut kelapa.... boleh masak kari + ayam...sedap... Errr siap empunya tangan yang gebuzzz tu yer... cantik gelang tangan....hehhe

Bang ayam 15 ekor potong 12 dan daging 10 kg potong kecik untuk masak kari yer... setengah jam lagi kami datang ambik....


Sekaran ni musim sayui kucai ni kut... Mummy beli 3 ikat = RM3... masak lemak pedas2 dengan petai sedap ni... pas tu goreng ikan masin

Ubi yang baru cabut ni... basah lagi kulit dia....

Sementara nak tunggu lain2 gerai dibuka kita orang breakfast dulu...


Muka ceria sementara tunggu hidangan sampai


Penaja untuk breakfast... tapi tu la... dia kata nak makan apa pun makan la tapi tak boleh lebih dari RM2... terok betul kan YB ni....hehhehe


Sekeping roti telor dan sekeping roti canai kosong...korang agak siapa punye bereakfast ni???

Meehoon soto dan soto nasi yangs angat2 sedap...


Setiap 3 bulan adalah muka abang kopi ni dalam blog Mummy...hehhe. Kami jalan baru sampai depan Pejabat Pos abang ni dah angkat tangan tanya nak kopi berapa kilo....hehheh. Mummy tak beli pun kopi, si Mama Miraki ni beli 2 kg...


Apa kena Mama Miraki ni... klu dah kopi memang bai kopi le... tak kan nak bau cam perfume pulak!

Sementara tunggu abang kopi bungkus kopi yang diorder, Mama Miraki gigih memilih blouse .... tapi tak beli pun


Woittt Mama Miraki cepat lah sikit... Mummy dah penat ni...


Mummy - Pakcik pisang ni petang dah boleh goreng ke belum
Pakcik Jual Pisang - Bila2 pisang ni dah boleh digoreng, kan ada yang suka pisang muda, yang mengkal dan yang dah masak sangat..... ikut suka je bila nak goreng....
Mummy - errrh panjang lebar pulak la pakcik ni bagi jawapan...(dalam hati je la...0


Whuaaaaaaa.... siapa sudah block kereta Mummy ni...


bersambung....

Friday, June 3, 2011

Mummy Gee - Mega Utusan 03/06/2011

Sedikit ceritan tentang hobi Mummy ada di akhbar Utusan Malaysia hari ni.. Nak baca klik di sini







Tapi ada sedikit ralat dalam artikel tersebut, Mummy bukan pengarah di syarikat jualan e-halal2u.com ye. dan blog mummy bukan hobbymummy.blogspot.com ye tapi hobimummy.blogspot.com

Thursday, June 2, 2011

Cuti-cuti Malaysia

Aci tak anak2 camping kat laman rumah je.... senang le bila lapar pegi dapor.... senang sikit nak monitor


Soalan wajib dari Dafiy setiap kali Mummy dan Daddy balik kerja dan setiap pagi masa bangun tidur "Mummy/Daddy, esok cuti kan"... emmm budak 3 tahun pun tahu cuti ... hehhe.

Cuti sekolah dah hampir seminggu berlalu tapi Mummy belum bawak anak2 ke mana2 pun. So dia orang cuma pergi kelas hafazan kat surau dan main je la.

Esok Mummy cuti tau sampai le hari Isnin.... oklah ambik cuti 2 hari. Petang esok lepas solat Jumaat insyallah Mummy akan balik kampung Mummy kat 83500... walaupun cuma 'bercuti' di kampung tapi tetap rasa seronok... anak2 dah remind suruh Mummy bawak khemah sebab dia orang nak camping bawah pokok rambutan....