Friday, March 18, 2011

Istanbul - Madinah - Mekah (Part VII)

Kali ni gambar2 semasa berada di Madinah ... selain dari ke Masjid Nabawi banyak lokasi bersejarah lain yang kami pergi termasuk perkuburan Baqi, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, Ladang Kurma, Pasar Kurma dan sebagainya. 4 hari di Madinah ni rasa macam tak cukup je.. first day di Madinah macam lost. Masjid adalah sangat2 besar dan pintu banyak sangat... bila masuk 2nd day dah comfortable pergi masjid tak payah tunggu kawan2 lagi dah...Bila dah seronok dan familiar dengan masjid dah nak pergi ke Mekah pulak... memang rasa sangat2 sedih.Kat masjid ni la merasa sembahyang kena langgar dan kena langkah dengan orang.


Dan kat masjid ni juga kita boleh nampak samada orang boleh sabar ataupun tidak, terutama sewaktu nak mengunjungi Raudhah. Kalau jemaah dari Asia Tenggara selalunya memang mengikut arahan pengawal, tapi kalau yang dari belah2 Asia Barat, Turki ke Pakistan memang boleh tahan tahap kebrutelan kedegilan mereka...Main langgar dan redah je...


Di hadapan hotel penginapan ... Durrat Al Fayroz. Bilik hotel besar dan sangat2 selesa.


Senja di Masjid Nabawi


Bumbung yang pada waktu siang berkembang bila malam dah menguncup jadi tiang lampu 


Bumbung yang tengah nak dibuka dan kembangkan....

Bumbung yang dah dikembangkan.... jadi peneduh kepada jemaah... cantik kan... dari tiang lampu dah transform jadi bumbung


 
Mengelilingi Masjid Nabawi di tengah malam


Daddy kat Raudah. Untuk jemaah lelaki senang sikit untuk masuk ke kawasan Raudah sebab sepanjang masa boleh pergi tapi untuk jemaah wanita ada masa2 tertentu je. Lepas Subuh, lepas Zohor dan lepas Isya je. Dan memang kena sabar sebab kita kena tunggu sejam dua sebelum sampai giliran kita.

Nak bezakan samada kita dah masuk ke kawasan Raudah atau belum tengok je warna carpet. Yang warna hijau tu kawasan Raudah (antara tempat2 yang doa kita akan dimakbulkan Allah). Insyallah.


 
Pokok kurma rendang tak berbuah...


Mummy & Farah


@ Jabal Uhud


Di Jabal Uhud ... di mana2 saja ada peniaga...

Sorry ye gambar Daddy x banyak sbb semua ada dalam camera yang hilang tu... huhuh. Daddy tengok je la gambar Mummy... hihihih

bersambung .... bila mau habis daaaaaaa

Istanbul - Madinah - Mekah (Part VI)

Tak habis lagi dengan tajuk n3 yang sama ya puan2... kalau bosan tu, apa lagi tekan je lah X kat atas nu, tapi kalau nak layan gak apa salahnye...


N3 kali ni masa kat melawat ke Muzeum (Exibition of The Two Holy Mosques Architecture) yang menyimpan khazanah architecture dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.


Muzium kesenian...

Amik dulu air zamzam sebelum masuk melawat2...


Kat pintu masuk muzium

 
 
 

 
Casing hajaratulaswad


 


 

 
Hehehe berkilatnye....
 
Kat belakang tu dulu digunakan untuk menaikkan air dari telaga zamzam

Thursday, March 17, 2011

I believe I can fly ....

I believe i can fly...
I believe I can touch the sky ....


Apa kena ngan Mummy ni? Sungguh bermotivasi dan tinggi sungguh angan2 cita2... tapi kan orang kata (ke kata orang? apa2 la labuuuu), kalau kita percaya sungguh2 perkara yang ala2 mission impossible pun boleh berlaku tau... so Mummy harap ianya akan berlaku kat Mummy la... apalah yang Mummy merepekkan ni ye??? Nak tau cerita baca je terus N3 ni...

Masa pergi umrah ziarah dua minggu lepas, Mummy tertinggal camera kat bilik hotel di Madinah. Masa  dalam bas b4 bertolak ke Mekah tu, tour guide dan mutawiff dah few time suruh cek beg kut2 ada barang tertinggl dan Mummy memang dah cek dalam beg sandang Mummy tu dan Mummy pegang cam camera tu ada tapi Mummy tak bukak la pulak beg untuk confirmkan, bila dah hari kedua di Mekah baru Mummy perasan yang camera Mummy tu tak ada dan yang kat dalam beg sandang Mummy tu kotak bedak.... huhuhu... rasa cam nak  menangis pun ada... puas dah selongkar semua beg...

Pas tu Mummy mintak mutawiff dan tour guide utk called ke hotel Durrat Al Fayroz si Madinah tanya kut2 ada cleaner terjumpa camera Mummy dan camera Mummy tu pihak hotel tolong simpankan... huhuhu... dukacitalah tak de pulak. Mummy memang confident camera tu tertinggal atas katil dalam bilik hotel. Before nak keluar bilik hotel tu Mummy sibuk nak amik gambar Daddy yang dah pakai ihram so lepas ambik gambar tu Mummy ke toilet dan terus keluar hotel.

So penatlah Mummy berposing sakan masa kat Istanbul dan Madinah... nasib baik ada sikit2 gambar daddy ambik guna handphone dia...

Taip tu la, Mummy nak berimaginasi ni... Mummy bayangkan ada cleaner jumpa camera Mummy tu dan diberikan kat check-in kaunter. Pas tu orang kat kaunter cek siapa penghuni on that date. So dia dapat info, dia pun hantar camera tu ke Andalusia (travel agent) dan pihak Andalusia pulak contact Mummy bagitau camera Mummy ada kat opis dia orang.... waaaaaaaaaa sungguh berimaginasinya Mummy... tapi kan mana tau perkara ni jadi kenyataan, kalau dah rezeki Mummy dapat semula camera tu adalah. Wallahualam....

Wednesday, March 16, 2011

Istanbul - Madinah - Mekah (Part V)

Kalau pegi ke Mekah dan Madinah tak  melawat ladang unta dan  minum susu unta fresh tak sah kan... tapi Mummy setakat ikut pegi ladang unta la, tapi belum boleh nak minum susu unta tu la ..

Mummy pergi ladang unta dua kali, sekali kat Madinah dan sekali kat Mekah. Masa kat Madinah tu siapa yang 'lalu' memang betul2 minum susu unta fresh, sebab memang tengok sendiri mat gembala tu perah susu unta manually dan masuk dalam mangkuk ayun ayan besar. Sekejap je dia perah dah sapat semangkuk besar. Pas tu dia cedok guna cawan dan tuang dalam plastik, satu plastik 5 SAR.

Masa kat Mekah dia jual susu tu proper sikit la, tak de la di perah dan terus jual. Dia dah siap masukkan dalam botol2 kecik cantik, sebotol pun 5 SAR.

Anak2 kata yang kat belakang Mummy tu dinasor dan bukan unta... heheh



Ente bukan gembala unta ya!!! 

Group photo kat ladang unta

bersambung...

Istanbul - Madinah - Mekah (Part IV)

Lagi gambar2 sekitar lawatan ke  Mekah ... Ziarah Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur dan banyak lagi. Selain dari tu dibawa melawat ke Mina, Padang Arafah, Muzdalifah dan lain-lain tempat lagi.


Dah sampai kawasan Jabal Rahmah

 
Posing2 dulu sebelum panjat bukit kat belakang tu, nampak cam rendah je tapi rasanya mau berpeluh gak tu!

 
Berpeluh gak le sebelum sampai atas...

Camera trick or what? Tapi Mummy nampak kurus kan? Hehehe

Ramai gak orang yang gatal tangan tulis nama atas batu ni...

Kat atas Jabal Rahmah pun peniaga tak lepaskan peluang

Walaupun keadaan agak panas terik, orang ramai tetap sanggup memanjat untuk sampai ke puncak Jabal Rahmah

 
View dari puncak Jabal Rahmah

Daddy di Masjid apa ntah...lupa la nama masjid ni

Padang Arafah

Nampak tak tembok lama tu?  Kalau kat China terjaga dan terpelihara kan Tembok Besar tu tapi yang ni terbiar dan tak mustahil akan dilupakan pada masa akan datang.

Kalau musim haji penuh ngan orang, la ni tinggal toilet je.... tunggu next musim haji untuk digunakan semula

Khemah2 ni beraircond rupanya

Kawasan perkuburan cuma ditanda dengan beberapa ketulan batu je, tak de batu nisan cantik2 atau sebarang binaan. Setiap 6 bulan kawasan perkuburan ini akan digali semula bagi membolehkan jenazah baru dikebumikan di sini.

 
Posing2 sebelum balik...