Sunday, November 7, 2010

BBQ Nite

7/11/2010 (Sabtu) - Petang ni plan nak buat jamuan makan & BBQ untuk ahli keluarga terdekat Mummy & Daddy, lagi pun raya yang lepas kami tak sempat nak buat open house kan.  So pagi2 Mummy, Daddy & Danny dah terjah ke pasar kajang cari bahan2 untuk BBQ. Dari pasar terus terjah ke Tesco pulak. Hehehhe....first time sampai Tesco sebelum jaga bukak pintu Tesco...hehhe...7.55am. Balik Tesco terus bersilat kat dapor dengan bibik siang itu ini.

Tak ada pun nak masak macam2 cuma takes time nak mencuci ayam, udang dan sotong. Bercinta gaklah nak cucuk udang dan sotong kat lidi... sebelum Mummy ngap udang tu, udang tu dah gigit Mummy dulu... berdarah gak le jari2 ku yang gebu runcing tu...




Jomlah layan gambar2 je...

 
Daddy gigih menyalakan arang dengan bantuan anak2....

Bahan2 utk BBQ

 
Ayam dan sotong

 
Udang dan jagung

 
Nasi lemak & soto dengan aksesori

 
Nasi goreng cina dan soto goreng liat... hehehe... kalau pakai gigi palsu harus tertanggal...heheh

Potato salad... sedap makan sejuk2...

 
Kek oren dan blueberry muffin

 
Cripsy choc & tembikia yang sangat manis

OK makanan semua dah ready cuma tinggal tetamu je, manalah tamu Mummy ni tak sampai2 lagi. Cakap kat dia orang jamuan mula 5pm onward dah 5.30pm tak de lagi orang datang... dia orang ni terlupa ke?

Ketibaan KKay & family


Diikuti dgn ketibaan MMiraki & family


Sampai2 terus posing2...




Lambat sangat bara api nak menjadi, Mummy dah bakar sebahagian udang dan jagung dalam oven je...


Shasha & Ika gigih membakar ayam...


Silalah makan...

Cinta hatiku...

Ketibaan anak2 Datin S dan Datuk T disambut oleh Kakak Kay... Iwan dan Aril tak larat nak melayan isteri dan adik2 yg asyik nak posing je...
  
Apa aku nak ngap dulu ye?


Sedih la emak tak ada huhuhu...

Mummy la

Makcik melayan anak2 saudara makan.... boleh gitu

Terbalikkan ayam tu jangan sampai rentung....

Daddy dan hubby Kak Kay dan Mama Miraki

Daniel dal kawan2nye...

Kesian si Danish, time ni lah ni Demam...

My anak dari Dania & Ika anak Mama Miraki

Anak dari Kak Kay dan Mama Miraki

Kak Kay takkan dah nak terlelap pulak, malam masih muda laaaaaa 

Anak2 Datin S ni sentiasa dalam kumpulan.... hehhee...

Dah makan jom la kita lepak2 dan posing2 lagi...

 
Apa perbezaan kedua2 gambar di atas? Siapa dapat jawab dengan betul dapat hadiah misteri....

Wah si Dafiy pun dah pandai ngap udang ye...baik2 Dafiy nanti tercucuk lidi tu

Makcik2 yang tka lekang dengan camera... peduli apa orang nak kata... betul tak???

Nak jagung sikit boleh tak???

Ipol & family anak Maklang dari Puchong. Mak Lang tak dapat datang kali ni.

Dua budak yang tak tau siang ke malam...

Ehem...ehem... Dania dating ngan sapa tu... hehehe....ni kawan Daniel 7 Danish nama Danisy Israf.

 
Not bad gak ye hasil photo snap si Dafiy ni... hampir 30 keping gambar kut yang si Dafiy snap nasib baik lah camera ni tak guna filem bergulung2 tu..hehehe 

Kita tumbuk dia....


Mak saudara dengan anak2 saudaranya...

Orang busy posing2 Daddy busy ratah udang....hahahah....

Iwan dan Ayu ... mak buyung yang bakal melahirkan anak kedua March 2011

Mummy & Iwan

Ntah aksi apa2 la Mama Miraki ngan Eija ni...

Kat mana2 rumah pun, sudut internet menjadi tumpuan anak2... makan2 dah jadi no dua...

Mummy & partner...Dafiy dan cucu Mummy si Echah

Kul 10.30 anak2 Datin S nak balik dah... terasa gak la ketidakhadiran Datin S kali ni...tak apa semoga beliau dan Datuk T tenang menalani ibadah haji... anak2 yang ditinggalkan semua ok je...

Tamu akhir yang balik Mama Miraki dan Kak Kay.... eh... Mama Miraki dah tukar uniforn la pulak.....

Thank u pada semua yang dapat hadir... pada yang tak dapat hadir insyallah kalau ada rezeki kita buat makan2 lagi ye...

p/s Sila abaikan tarikh kat gambar2 tu yer... lupa nak setting la masa tukar bateri...hahaha

Thursday, November 4, 2010

LENGGANG KANGKUNG

Ingat tak Mummy ada buat N3 pasal pinggan zaman dulu2. Kalau tak ingat klik kat sini. Masa balik kampung raya dulu Mummy ada bawak balik bebrapa keping pinggan lama ni. Dan sejak tu cam dah terjatuh tangga cinta la pulak kat pinggan bunga kangkung ni. So lepas tu memang Mummy rajin blog walking ke rumah2 penyimpan dan penjual pinggan ni. Demand memang tinggi untuk pinggan corak bunga kangkung ni. Tak ada orang yang jual complete set pun. Kekadang ada orang jual teko sebiji, pinggan dua biji so kalau nak buat collection memang kena sabar la nampak gayanya. Dan selalunye sekejap je orang publish kat blog dah sold.

Dah nak jadi rezeki Mummy kut 2 hari lepas masa blog walking ada orang nak jual pinggan corak bunga kangkung ni. Cepat2 Mummy sms dan alhamdulillah masih available. So malam tadi masa hantar KNoor ke Tabung Haji Kelana Jaya, Mummy ambiklah barang yang Mummy  beli ni. Tak sabar2 nak balik rumah dan membelek2 pinggan yang comel2 dan cantik ni. Sekarang sedang menanti ketibaan tea set yang berjaya dibeli dari sini, rasanya hari isnin baru dapat kut sebab baru nak diposkan hari ni. Oklah korang layan je la ye...

Set pinggan bunga kangkung yang berjaya dibeli....2 tea set (cawan besar dan cawan kecil), 1 teko, 1 bekas susu, 1 bekas gula, 6 cawan teh cina, 5 mangkuk lauk, 4 pinggan nasi, 6 pinggan bujur, 13 pinggan kuih dan 1 sudu... ada 60++ pcs... tengah tunggu baran2 yg tertinggal 1 sudu, 1 cawan, 1 piring kuih dan 1 mangkuk lauk

Teko, bekas susu dan bekas gula... cantik kan....


Tea set


Ini 3 keping pinggan makan corak bunga kangkung yang Mummy amik kat kampung...

Sekarang ni pinggan kat atas terpaksa diperap kat dalam kabinet je la dulu sebab almari display tak sampai2, towkey kedai tak nak jual kat Mummy la... camana tu... hahahha....

p/s Kalau ada silent reader Mummy mempunyai pinggan, mangkuk, teko dan yang sewaktu dengannya bercorak bunga kangkung cam kat atas tu dan nak jual boleh la tinggalkan message kat chat box tu ye.

KT 86

Semalam Mummy & Daddy ambik halfday sebab nak hantar kakak Mummy, KNoor dan Abg Rin pergi haji. Dia orang naik KT86 dan akan terus ke Mekah. Pukul 3.30pm Mummy bertolak ke rumah KNoor dan sampai dalam pukul 4.45pm. Masa tu MMiraki dah sampai.

Best je tengok orang nak pergi haji ni kan. Semoga sampailah giliran Mummy & Daddy nanti.

KNoor tengah siap2 pakaikan Abg Rin kain ihram...


Datin S @ KNoor & Mummy... jarak umur kami almost 18 tahun


Cek lagi beg nak pastikan semua dah ada...


Wajah kau dan aku ada dimana2... hahahha


Datuk T @ Abg Rin & Pak imam


Mengaminkan doa yang dibaca


Azan sedang dilaungkan... rasa cam sayu lah pulak. Dan suara pak imam ni sangat sedap.


Bye2 semua...

Cuma anak menantu yang menghantar dan Mummy, Daddy & Dania. MMiraki tak confident nak drive sampai ke Kelana Jaya (walau hati melonjak2 nak hantar sampai ke sana) so bila kita orang bertolak dia pun bertolak balik. Pukul 5.45pm bertolak ke TH Kelana Jaya. Alhamdulillah jalan tak sesak sangat sebab ikut DUKE.

Sampai kat Tabung Haji Kelana Jaya pukul 6.45pm. Oklah tu hari masih cerah.


Keadaan kat TH masih lagi lengang

Perasan tak dua orang pakwe berbaju Melayu putih, Mummy ingat dia orang tu pekerja TH rupa2nya pekerja syarikat telco yang menjual pre-paid card


Makan sikit KNoor walaupun rasa dah tak lalu nak makan....


Acara mengisi perut...sambil berposing
 
Duduk sambil tunggu masa pendaftaran


Eira sedih je nak kena tinggal.... heheh


Ada gak orang yang sampai pasang buai kat bawah khemah menunggu ni... hehehhe
 
Penerbangan yang hujung2 ni dah tak ramai sangat rasanya dan kebanyakaannya yang pergi secara pakej.Itu yang suasana kat TH ni tak terlalu sesak. Selain dari tu kalini TH sediakan khemah menunggu yang banyak dan besar jadi orang dapat menunggu dengan selesa.

Mummy tak tunggu sampai KNoor masuk daftar, pukul 8.45 Mummy dah balik sebab ada janji nak jumpa orang yang Mummy nak jumpa dah sampai kat luar TH. Selain dari tu Mummy tak nak tunggu sebab nanti sedihlah bila nampak dia orang sorong beg masuk ke dalam tu.

Rupanya pukul 9mlm dia orang dah dipanggil daftar masuk. Masa Mummy call Ain (anak KNoor) dalam pukul 9.30 mlm, dia orang pun dah on d way balik.

Kat TH dah macam mini pasar malam, macam2 ada dari makanan pakaian dan paling banyak orang jual mainan dan aiskrim. Belon2 ni hasil beli kat TH la... itu pun setelah muncung dania boleh diikat... kalau bawak anak2 memang jenuhlah nak bawak mereka keluar dari 'zon bahaya' ni...


Dania dan telekong barunye...

Kepada Kak Noor dan Abg Rin, semoga selamat di perjalanan pergi dan balik. Semoga diberi kesihatan dan dapat melakukan ibadah haji dengan sempurna dan didoakan  mendapat haji yang mabrur. Harap2 giliran Mummy dan Daddy untuk menjadi tetamu Allah disegerakan. Amin.

Monday, November 1, 2010

Makan2 di hujung minggu...

Hari Sabtu seharian sibuk dengan kelas choc so hari Ahad baru nak lepak2 santai, tapi tak de pun lepak2... kul 7am dah terpacak pun kat pasar Kajang ni. Stock lauk pauk dalam peti sejuk dah nak clear. So marathon kat pasar by 8.30am dah sampai rumah. So pas kat bibik untuk urusan cuci2 dan simpan ikan dalam peti sejuk. Hasil tangkapan biasalah stock lauk pauk untuk 2 minggu... ayam,ikan tenggiri, ikan sardin, ikan kembung, ikan gelama, ikan senangin & ketam. Ikan bilis, ikan masin bawang2 dan yang sewaktu dengannya.

Breakfast hari ni ringan2 jer, muffin yang Mummy buat malam sabtu, goreng nugget dan rebus kentang.


Muffin oren lagi... Kali ni Mummy tak guna muffin cup tapi try guna muffin mould baru beli kat Bake With Yen. Maybe sebab first time guna so ada la pulak yang melekat2 kat mould tu...hehehe... wajib cuba lagi lain kali sebab nak dapatkan hasil cam kat sini

Lepas breakfast tu anak beranak semua pegi tambah pelaburan kan Tesco Saujana Impian Kajang.

Sebahagian hasil pelaburan kat Tesco... barang2 keperluan bulanan. Mummy sempat sambar 2 helai 'baju ngaji' .... stock raya puasa tak habis kut tu yang dia jual murah2 kut...hehhe... baju ngaji pun ok la...

Sampai rumah dah almost 12.30pm. Nasib baik bibik dah siap masak, Mummy tinggal tambah masak satu lauk je.

Ketam goreng berladayang memang mables... memang sedap dimakan begitu saja... heheh.... dulu2 beli 4 ekor ketam je dah cukup untuk Mummy dan Daddy. La ni kena beli lebih la pulak sebab Danny & Dania dah jadi hantu ketam....


 
Masak lemak tauge & tauhu dan ikan sardin goreng


 
Sambal belacan 'membunuh' dan ikan masin tengiri.... satu taman bau ikan  masin... hehehe

Lepas lunch dan fikir nak sambung bersilat lagi kat dapor... hehehe... makan... makan... makan.... Dari hari sabtu dah plan nak buat koci labu. Lebihan labu ada separuh lagi. Daun pun dah beli kat pasar Kajang, yg spoil tepung pulut ada ciput la sangat. So menukar plan nak buat lepat labu la pulak tapi dalam pada tu tekak tetap terasa2 nak makan koci labu so hendak tak hendak merempit kejap ke kedai beli tepong pulut. So finally Mummy buat dua2...hehehe.... buruk makan betul ... hehehhe..... jemput la rasa koci dan lepat labu Mummy ni yer...

Assistant pengacau tetap xtvt memasak

Koci yang sedia untuk dingap, sorry le segan la Mummy nak tunjuk koci yang masih berbungkus sebab buruk ya amat bentuk dia tu... hihihi... Rasanya ini first time Mummy buat koci labu dan 2nd time buat koci. Kat rumah Nilai dulu ada sekali Mummy buat koci pulut biasa.


Tapikan walaupun bungkusan koci tu buruk tapi rasa dia....walaaaaaaaaaa.....sedapppppppp dan lembut sangatttttttttt.... memang Mummy lebihkan labu dia tu yang xtra lembut tu, cuma susah sikit la masa nak bungkus tu. Menambahkan kelembutan dan kesedapan koci tu kan...emmmm tengoklah santan pekat likat kat koci tu..... Daddy kata sedapnyeeeeeeeee.... baru angkat panas2 dia ngap 3 ketul...nasib baik tak melecur kepanasan.... makan sambil pekena teh-o panas kurang manis waktu hujan gerimis pulak tu..... memang layan la.....


Lepat labu yang sedap gak....


Memang terasa betul labu dia, Mummy campur tepong gandum ngan tepong beras sikit dan yang pasti letak pati santan lagi. Dan kelapa parut kat tengah2... kalau kelapa partu tu dapat yang mudah lagi mablesssssssssssssssss...... lepat labu ni dah habis ye....koci ada dalam 10 ketul lagi kut.... tak sangak pulak si Daniel suka, pagi tadi sebelum g sekolah agama habis gak 3 ketul dia makan... si Danish pulak tak minat....