Monday, June 7, 2010

Projek cuti sekolah....



Untuk yang baru belajar dan bermanja2 buat kek, ni ada petua berguna nak buat kek. Follow jangan tak follow, mesti lepas ni kek yan guols buat gebuszz dan vogue. So daripada anak2 tak buat apa cuti sekolah ni kan, apa kata main masak2 buat kek ngan anak2. Memanglah dapor akan kecah dan bersepah, tapi no hal la, lepas tu kan boleh kemas pun. Mesti anak2 seronok dapat spend time ngan uols. Pengalaman yang menyeronokkan dia orang tu...

Kenapa kek tidak naik sekata:
1. Tepung yang dibancuh tidak sekata dengan bahan lain
2. Suhu dlm ketuhar juga tidak panas sekata memnjadikan kek tidak dibakar secara menyeluruh
3. Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
4. Bancuhan melebihi tahap yang seharusnya tidak boleh melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
5. Pastikan bekas loyang pembakar anda sesuai dengan isi bancuhan


Mengapa kek menjadi bantat dan tidak ringan:
6. Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
7. Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
8. Sewaktu memukul tepung, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
9.Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega dan telor. Jika terus digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu.
10. Suhu ketuhar pula tidak boleh terlalu rendah.

Mengapa permukaan atas kek tidak naik dan jatuh pada bahagian tengah:
11. Suhu ketuhar terlalu tinggi
12. kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
13. Penutup ketuhar yang selalu ditutup buka.


Jika bancuhan mentega tidak sebati dan bergentel:
14. Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
15. Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul betul gebu dipukul.
16. Mentega dan gula tidak betul betul sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.

Kenapa kek anda terlalu berat:
17. Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
18. Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
19. Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.


Kek anda merekah?:
20. Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
21. Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.

Bahan kek buah mendap:
22. Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
23. Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia mencampurkan ke dalam adunan.

Sunday, June 6, 2010

Kahwin lagi....


Cuti sekolah sinonim dengan musim orang kahwin. Cuti sekolah kali ni tak ada pulak saudara mara terdekat Mummy yang kahwin. Best gak klu ada kan, boleh berkumpul ramai2 lagi...

Oklah Mummy nak ucap tahniah lah kepada Tuan Producer kita Aziz M.Osman yang selamat melangsungkan perkahwinannye dengan Puteri Lily. Ini perkahwinan Aziz yang keempat selepas tiga perkahwinan sebelum ini berakhir dengan perceraian. Kalau jodoh tak ke mana dan usia bukan penghalang untuk mereka. 27 tahun perbezaan umur mereka. Oklah tu mak tiri ngan anak tiru umur hampir sebaya. Semoga keduanya kekal ke akhir hayat. Untuk Aziz jangan lupa tanggung-jawab pada anak2 ye. Credit cerita dan gambar dari MStar.

Saturday, June 5, 2010

Pakej 2D1N

Cuti2 Malaysia....cuti2 obersea... cuti sekolah so semua orang pi bercuti kan. So Mummy pun g bercuti gak le. Ambik Pakej 2D1N jer. Destinasi ke Ampang saujana rumah Mama Miraki. Mummy dari rumah pukul 3.45pm dan sampai rumah MMiraki hampir 4.30pm.

Sampai2 tuan rumah jamu minum petang. Jom tengok apa yang ada.

 
Otak2...

 
Keropok lekor dan talam ubi... talam ubi tu memang sedap cuma next time MMiraki kena kurangkan sikit gula

 
Aktiviti anak2

 
Mini farmville MMiraki... Pokok kacang panjang yang sangat subur tapi MMiraki tengah pening sebab tak ada kayu nak bagi pokok kacang tu memanjat..

Bila agaknye nak merasa makan buah mangga ni ye

Jumpa anak Ashaari

Malam tadi Mummy jumpa dengan anak Ashaari. Nak tau Anak Ashaari yang mana satu? Ben Ashaari ke? Atau anak pengasas Arqam? Salah tu...

Mummy jumpa anak Ashaari yang jadi pelakon, pengacara dan model yang boeh tahan fofularnye si Awal Ashaari. Tapi kan Mummy jumpa dia dalam mimpi je... camana dia boleh masuk dalam mimpi Mummy ni. Boleh pulak Mummy gi dating ngan dia... hahahha.... Mummy bukan peminat fanatik dia pun.

Awal Ashaari

Ben Ashaari ... pinjam gambar kejap ya Ben

Friday, June 4, 2010

Cuti sekolah datang lagi ..



Esok dah start cuti sekolah. Anak2 suka emak bapak pening kepala. Ya ke, tak de la Mummy tak pening kepala pun. Bestlah cuti sekolah ni anak2 boleh rehat2 sikit. Tiap2 hari dia orang kluar rumah pukul 7am dan balik rumah pukul 7pm. Mengalahkan orang kerja kan...

Bila dah start cuti sekolah anak2 pun sibuk tanya la, cuti sekolah ni nak gi mana? Kalau zaman Mummy kecik2 dulu cuti sekolah tu maknya kena ikut emak ngan abah ke kebun bukan gi holiday.

Si Danny sibuk ajak gi Langkawi... tau2 je si Danny ni Langkawi tu antara tempat yg Mummy suka (Mummy's team ni...heheheh). Tapi sorry la ye Danny cuti sekolah kali ni tak boleh gi ke sana. Daddy ada business trip ke Pattaya, malam ni bertolak dan hari Khamis nani baru balik.


Jom main ting-ting .... nostalgia nye...

Daddy kata nak bawak anak2 gi bird park, Petrosains dan Aquaria. Percutian budget je, jimat sikit tak perlu bayar accomodation dan travelling cost. Mungkin 12 or 13 hb ni boleh pegi kut. Jom sapa nak joint sekali, boleh kita buat ala2 rombongan Cik Kiah, bawak bekal makan kat Tasik KLCC...heheh.

Hujung minggu 19-20 office Daddy buat family day minggu 26-27 tu Mummy balik kampung daddy nak buat kenduri arway MIL 40 hari. So kelas choc kena postponed la.

Eh! Lagi satu tempat bagus bawak anak2 masa cuti ni, ke Malaysia International Book Fair - ReadMalaysia 2010 di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), 4 - 13 June 2010 (11am - 10pm ). Boleh beli buku atau masuk banyak pertandingan yang diadakan. Nak jumpa Pak Nil pun boleh, dia kan duta untuk event ni.


Esok pagi Mummy nak gi SPA, dah lama tak gi facial dan memanjakan diri. Lepas tu nak ambik frozen pau kelapa goreng dan karipap yang Mummy order dari jiran Mummy kat Nilai (pau kelapa dia tersangatlah marveles nye...)

Petang2 cadangnye nak gi rumah Mama Miraki. Daddy tak ada kat rumah so Mummy gi merayap ngan anak2 la....(boleh kan daddy???.... dan jangan lupa bagi Mummy duit belanja tau!!! hehhehe.... anak2 ni kuat makan jajan cuti sekolah ni tau...)

p/s MMiraki, jangan lupa masak ayam penyet untuk Mummy tau.