Tuesday, May 4, 2010

Ariani : New collection

N3 basi lagi ... Dalam sibuk2 buat preparation untuk jamuan bday anak2, Khamis lepas Mummy sempat lagi singgah ke Boutique Ariani Bangi untuk mencuci2 mata. Dah pasang niat hari ni nak beli tudung yang buy 1 get 1 free jer...

 So sampai kedai memang terus tuju ke tudung yang Mummy nak beli tu. Biasa la sales girl pun follow..... pn tak kan dua je pn , yang ni pun cantik pn, ni pun ada discount, pn dah ada gold membership card amik la yg ni ada tambahan 10% lagi discount, ha yg ni klu pn tak ambik nanti menyesal...bla...bla...blaa... bukak tudung... cuba tudung...tak muat ...tukar yang lain... bukat.. tukar .... cukup ke ni pn? tak nak tambah lagi ke?


Aku insan yang lemah...hanya mampu berserah...akhirnya Mummy berjaya digoda dan diinfluenced oleh sales girl tu. Ni la apa Mummy 'dapat'. Tapi kan klu Mummy tak beli kesian kan sales girls tu tak dapat commission....jenuh di follow dan layan Mummy...(wah murni sungguh hati Mummy....hahaha).... so cukup shop2 untuk bulan ni... no more shop2 Mummy... tapi kan lately ni Mummy memang banyak beli tudung tapi baju baru tak ada lah pulak... camana ni?.... wanita bekerja ni kan ada rules yang dia orang create sendiri... sehelai baju tu hanya boleh dipakai semula selepas tempoh 22 hari bekerja... maknanya dalam sebulan tak boleh pakai baju yang sama...hahahha... itu orang lain lah bukan Mummy... Mummy ni baju seminggu lebih dah recycle ....

Monday, May 3, 2010

Bulan jatuh ke riba!


Mummy tengah drive sorang2 ke KL. Masa tu dah dekat sampai ke tol Sg Besi. Tetiba Mummy pandang ke langit, Ya Allah macamana bulan ada tiga ni. Mummy gosok2 mata nak pastikan apa yang Mummy pandan tu betul. Memang sah ada 3 bulan penuh sedang mengambang. Ni kalau tangkap gambar dan hantar ke stesyen tv boleh buat duit Mummy ni. Tetiba dua bulan tu jatuh ke riba Mummy, tapi yang hairan bumbung kereta ok jer tak de lubang2 pun... dalam keadaan panik Mummy bawak kereta ke tepi dan parking kat situ. Lepas tu ada satu suara sayup2 memanggil2 Mummy...alamak Mummy mimpi bulan jatuh ke riba rupanya... dan suara yang panggil2 Mummy tu si Dafiy la nak 'nenen'.... ntah apa2 lah Mummy mimpi ni....


SIRI JELAJAH BLOG : BEN ASHAARI



Nama  Gee umur dah masuk 4 series dah kahwin dan bakal menyambut 12th wedding anniversary pada 11 May akan datang. Ada 3 hero dan seorang heroin (as of today...hehehe). Nama blog cam ka atas tu la Mummy Gee dan ada blog lain Mummy Gee's Choc (yg tu blog bisness choc ). Blog Mummy Gee ini merupakan kisah dan catatan peribadi Mummy bersama Daddy dan empat orang anak kami yang sedang membesar. Juga catatan tentang saudara mara dan teman2 sekeliling. Kekadang menyentuh juga isu2 semasa. Harap2 catatan Mummy ini akan menjadi harta peninggalan untuk anak2 tersayang.


Segmen siri jelajah ni adik Mummy si Mama Miraki yang suruh masuk. Hari2 dia suruh Mummy buat n3 pasal siri jelajah ni. Sebab busy (mengalahkan PM) barulah hari ni sempat buat n3 ni. Agak2 sudi tak En Ben tu terjah blog Mummy ni ye. Kalau dia nak datang ingat nak bentang carpet merah ke biru ke. Bila En Ben datang nanti Mummy bagi makan chocolat dari Mummy Gee's Choc secara maya je la..

p/s Si Ben ni sekali tengok cam ada ala2 rupa selebriti kan... kalau berlakon sure ramai peminat ni (tak payah susuah2 berlakunkan Ben, jadi blogger tegar pun dah ramai peminat...hihihih). Nak tanya ni, En Ben ni kalau membebel berapa lama baru berhenti????

Birthday Party 2010 - Part V

Bab yang paling ditunggu anak2 nak buka hadiah... saja je Mummy suruh dia orang tunggu Mummy dah siap berkemas semua baru boleh bukak hadiah. Lastnye si Daniel dan Danish sampai tertidur so tengahari Ahad la baru bukak hadiah tu.



Dania dengan sebahagian hadiah untuk dia... sukalah dia dapat banyak hadiah anak patung

Ni khemah Dafiy ke Along?

 
Bekas buffet dan tong air menunggu Daddy untuk  susun dalam stor...

Birthday Party 2010 - Part IV

Dah nama pun birthday so main objektif nak bagi anak2 gembira dan main dengan sepupu2 dan kawan2. Dan potong kek pun kena adalah... Mummy dah beli pulut plan nak buat pulut kuning ngan rendang sikit tapi lastnya pulut tu Mummy buat bubur merah putih jer... hihih

Jom tengok anak2 Mummy potong kek dengan kawan2 dia orang.

Vabilla butter cake untuk Dania

Choc cake untuk Daniel, Danish & Dafiy

 
Apa tak puas hati lagi Dania???

 
Si Danish ni menjeling kek Dania kenapa pulak?Teringin cake pink ke?

 
Susah betul nak ambik gambar 4Ds ni serentak. Ada je yang spoilt kan gambar tu...sampai letih Mummy ambik gambar ni tau...hhaha

Ni la gambar terelok yang Mummy ambik, yang lain tu ada yang pejam, tunduk, garu2 badan, melompat, nampak muka separuh... sakit jiwa gak kalau jadi photografher ni

 
Ok nyanyi kuat2...happy birtyday to you.... Allah selamatkan kamu....

 
Ok mak a wish and blow the candles.. Dafiy tengok apa tu nak?

 
Ok siapa nak kek beratur.. jangan tolak2 jangan gaduh2 banyak cak ni.. tak cukup kat peti sejuk ada dua biji lagi...

 
Dania dan kawan2 tadika dia

 
Dengan kawan2...

Cuaca yang panas terik dari pagi tetiba bertukar mendung dan dalam kul 5.30 pm hujan pun turun. Tapi sempatlah tolah meja buffet ke dalam sikit so tak la terkena tempias hujan.

 
Apa yang penting? Kerjasama....hahha...Kak Noor bekerjasama dengan Erra membungkus berkat...

Lain2 AJK pembungkusan... biasalah kalau dah keturunan Jawa berkat mana boleh tinggalkan...tak banyak sikit mesti nak bawakkan saudara mara berkat...

Kul 6.30 semua adik beradik beransur balik, Kak Long dan anak2nye gi ke rumah Kak Noor. Sebelum tu plan nak gi rumah Mama Miraki last minute tukar plan la pulak...tu la Kak Long lain kali kalau datang KL tu paling2 pun kena 5 hari kan adik2 dan anak ada ke KL...

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi hadir ke majlis kami ni. Kalau ada apa2 yang terkurang tu maaf je la ye. Kalau ada yang kena bancuh sendiri teh tarik dan kopi tu sorry la yer. Tuan rumah 'tak cukup kakitangan'. Kepada 'pramusaji segera' Ayu, Ija, Erra, Arif & Kamaliza terima kasih bebanyak ye.