Saturday, March 13, 2010

2gether-gether @ Wong Solo

12/03/2010 (Jumaat) - Acara together-gether malam ni...lepas maghrib Mummy dan anak beranak semua dah bersiap. Tinggal tunggu Daddy balik jer. Daddy sampai rumh mandi solat terus kami keluar. Tapi bukan terus ke lokasi majlis together-gether tu. Kita orang pegi ke rumah Puchong. Ada orang call Daddy nak tengok rumah malam ni. Ala...lain kali je la tengok kacau program orang betul la... Sampai Puchong dah 8.40am nasib baik orang tu dah sampai. So tunjuk rumah bla bla bla RM ... bla 2 + 1 + 1/2 month ...bla ... bla... closed deal...confirmed...bayar booking ....1 April masuk.

Tengok jam dah 9pm. Alamak janji dia orang ku 9pm ni, Mummy ada lagi kat Puchong, klau jalan tak jam paling cepat pun 30 minit baru sampai. Tapi selalunya MRR2 Jumaat malam Sabtu memang jam punye la. Mummy sms Mama Miraki kata Mummy lambat. Seperti dijangka MRR2 memang jam gilos. Kul 9.45 baru sampai Pandan Indah. Suruh Daddy call hubby Mamam Miraki tanya restoran tutup pukul berapa, ya la klu kul 10 dah tutup nampak gaya memang bukan rezeki kita orang la...ooo nasib baik dia orang pun tak makan lagi, makanan baru je sampai...so kira kami sempat sampai le sebelum tutup.

Pas tu calling2 lagi sebab kami tak sure lokasi restoran kat mana. Dia orang kata depan IPD Ampang, tapi masalahnya IPD Ampang kita orang tak tau pun kat mana. Balai Polis AMpang tau lah...hihih...Tapi Alhamdulillah akhirnya sampai gak ke tempat yang dituju.

 
Akhirnya selepas calling2 sampai gak ke tempat yang dituju...Wong Solo Ampang

Masa Mummy sampai semua orang dah ada. Family Kak Noor beserta anak menantu dan cucu serta 'bakal menantu', Family Kak Lah beserta 'Penaja' dan family Mama Miraki. Family Kak Mah tak dapat turut serta. Kira ni cam mini family gathering untuk Central Region la, tapi rugilah sebab Mummy sampai lambat terlepas dah sesi pembukaan majlis....hehheh....

Waiter, ayam penyet satu dan pecel lele satu. Cepat sikit yer...hantar meja depan tu

 
Menu yang dah sedia menanti...set ayam penyet untuk semua dan special set pecel lele untuk Bibik (bibik tak makan ayam)

 
Sebelum makan kena la snap2 dulu... kalau tak nanti makan tak kenyang..

 
Alah ngkorang ni kacau betul la, Mummy nak makan pun ngkorang sibuk ajak posing...
  
 
Belah kiri tu meja orang2 muda dan kanan tu meja orang tua lama ....heheh

 
Mummy & Anak2 saudara dan kakak2...ops adik pun ada

 
Lokasi sama model berbeza... sapa lagi vogue? Emm... tak yah susah2 nak jawab la...jawapan dia tetap sama jer....sapa lagi Mummy la ...hihihii

 
Muka kekenyangan....

 
Ni penyokong MU ke apa ni... over acting la pulak si Danish & Danny

  
Anak 'Awang Hitam' yang terlalu mesra alam... klu tak sila nama budak ni Bobo. Siap lawan shuffle lagi ngan Danny..

Mesti ada gambar Mummy ngan Daddy...terselit si Dafiy ...

Mummy dgn penaja majlis makan2 ni...tq apis...nanti belanja lagi yer...

Restoran ni dah masuk dalam rancangn Jalan-jalan Cari Jantan Makan ...

So kepada pihak penaja majlis together-gether ni (Hafeez la sapa lagi...), tima kasih banyak2 yer. Semoga makin dimurahkan rezeki, lain kali boleh belanja lagi. Dapat duit insurance nanti belanja lagi yer...hahaha

p/s Khas utk Ija, cepat sikit cari kerja, kita orang semua tak sabar untuk dibelanja ni.... hehhe. Majlis together-gether untuk Southern Region akan diadakn kemudian, diminta wakil Southern Region untuk arrange ye....heheh

Oklah tak larat nak tulis panjang... dah ngantuk...esok kena gi opis awal pagi...good niteeeee

Wednesday, March 10, 2010

Semanis senyumanmu....

Kul 11pm anak2 dan daddy semua dah zzzzzzzzzzzz.... Mummy tak ngantuk la pulak...nak tengok tv malas, so apa nak buat? Nak siram pokok dah sudah, bulu kuda pun dah berus, susu lembu dah kutip emmm.... main masak2 jom. Ok gak ni main masak2 sorang2 anak2 tak kacau....

Sila la layan mata yer... kalau teringin nak layan perut datang ke rumah...heheh...


Special choc box untuk Daddy. Choc rose tu dalam dia ada bluberry...so rasa choc ni ada masam ada manis...masam2 manis la...

Lollichoc fairy tale theme utk Princess Dania... ada lolli princess, istana dan kereta kuda....waaaa macam cinderella.....  cam mainan la pulakkan? hampir nak berjanggut gak le melukis2....hihi... patut la orang jual mahal sikit...

Lollichoc lagi... ni senang sikit nak buat compare ngan yang kat atas tu...

Ada lebihan mashmellow so dip je ngan choc dan tabur hiasan sikit...

Lolichoc oreo...200% sedap...hehehe

Wafer in choc dan tampal ngan sugar paper...

Little roses pelbagai filling...

Musim panas kena ada kipas...

Cam biasa ni duta merangkat tester....

Sedapnye Mummy, nak bawak gi sekolah boleh tak?.... tu comment anak2. Aci tak kalau testimonial dari anak2 sendiri...hahah...

Monday, March 8, 2010

Percutian Singkat


Gambar ambik dari website rasmi http://www.eagleranch.com.my/

6/3/2010 (Sabtu) - Kul 6.00 pm kluar rumah untuk ke PD. Ini memang percutian yang tak dirancang langsung. Office kawan Daddy buat outing kat Eagle Ranch Resort PD ni, pas tu last minute ada 3 family yang tak dapat datang. Daripada bilik tu kosong dia ajaklah Daddy dan dua kawan Daddy yang lain pegi sekali. So Daddy dengan tak malunye pun setuju jer la... hhhee... Mummy pun automatik je setuju sebab kawan2 Daddy dan family dia orang semua tu Mummy dah kenal.

Sebelum tu singgah dulu ke Nilai, rumah adik C-Kin yang buat kenduri doa selamat. Orang jemput datang lepas maghrib tapi kami singgah datang awal. Daddy kata tak apa la je tunjuk muka kat je sekejap, segan pulak kalau tak datang langsung, lagi pun kalau Mummy jemput dia orang pun selalu datang. Mummy memang baik dengan family C-Kin ni...emak C-Kin (mummy panggil dia Opah) memang pandai masak ... tukang masak la katakan. Standard la orang Jawa tamu datang mesti terus disuruh makan. Tapi Mummy cakap tak payah sebab anak2 dah tidur kat kereta. Pas tu dibungkus berkat untuk kami. Terima kasih c-kin & family, lain kali jemput lagi...hehhe

Sampai kat PD dah hampir kul 8.45 pm. Tengok sekejap pertunjukkan api. Tapi Mummy tak snap2 gambar sangat sebab lupa nak bawak camera. Klu guna camera kat hp Mummmy untuk gambar waktu malammemang out la. Lepas tu terus gi dinner. BBQ dinner.



 
Kiri - BBQ dinner... segala seafood ada...ketam bakar, udang bakar,sotong bakar cuma kalori jer yang tak terbakar hihihi
Kanan - Salad & mashed potato
 
Danny dah aim kolam yang dia nak berenang esok...Kat belakang yang kerusi banyak2 tu ada group tengah buat performance...so kita orang tumpang tengok le ...heheh. Gambar dari camera hp yang cuma 3.2 megapixel

 
Banyak jenis bilik kat resort ni...ada Log Cabin, Paddock Chalet, Kampung House, Bandwagon dan Tepee. Kami menginap kat Paddock Chalet. Tengok tu sebesar2 mangga dia guna...betul2 terasa cam duduk kat cowboy town!

 
Kiri - Pintu masuk ke bilik.
Kanan - Padang kuda betul2 kat belakang bilik... bangun pagi sejuk jer sebab dikelilingi pokok2 besar. Anak2 cam biasa la suka berangan2. Bestnye Mummy kalau kat belakng rumah kita ada ladang kuda, tak payah la main skate board lagi...

 
Keadaan dalam bilik. Boleh tahan. Bilik memang luas.

 
Breakfast kat Melting Pot Cafe

Eagle Ranch ni sesuai untuk nak camping atau xtvt teambuilding. Mummy tengok banyak group yang buat teambuilding dan explorace pun ada. Nak main paintball atau gocart pun ada. Konsep resort ni ala2 Cowboy Town. Siapa nak experience jadi cowboy boleh la datang ke sini.

 
Wagon lama ni...

 
Dania ngan Daniel bergambar kat kuda yang kena hukum pancung...tu yang badan kuda dah tak ada....

 
Majoriti bangunan2 kat sini memang gunakan kayu dan hiasan atap2 rumbia...

 
Yang baju merah blah kanan tu pekrja yang pakai uniform ala2 cowboy

 
Game room pun ada. 40 sen jer sekali main. Banyak dah yang rosak...

Dah nama resort pun Eagle Ranch, sebab tu replika helang di mana2.

Awal pagi Ahad tu hujan gerimis so pagi tu memang sesuai le kalau anak2 nak berendam dalam kolam.Kalau dah siang mesti panas terik. Daddy ngan kawan2 dia gi menebas kat Palm Spring Resort. So lepas breakfast Mummy dah lepaskan anak2 mandi kolam. Mummy pun ikut sekali le. Oh ya kolam jakuzi pun ada, tpai khas untuk orang dewasa jer, merengek2 si Danny nak masuk kolam tu... sorry la yer Danny, biar Mummy sorang je kat kolam tu... Awal2 pagi ni tak ramai sangat lagi orang mandi so memang anak2 menguasai kolam le...heheh

 
Aktiviti yang dinantikan oleh anak2....si Dafiy pun tak nak tinggal gak. Mummy pun joint sekaki gak...heheh

 
Bestnya kalau kat rumah kita ada kolam kan... boleh kita mandi kolam hari2...rasanya itu kut yang anak2 fikirkan massa berendam ni

Kat mana2 kolam renang mesti ada aksi gimrama si Danny...

Hampir 3 jam gak lah anak2 berendam. Masing2 tak nak naik. Pas tu pusing2 kawansa resort snap2 gambar sikit. Anak2 nak naik kuda tapi cuaca masa tu tersangatlah panasnya. Kul 2.30pm kami pun chow dari Eagle Ranch. Betul2 singkat kan prcutian Mummy, cuma 17 jam jer...tolak tidor 7 jam dan atas jalan 2 jam tinggal 8 jam jer...hehhe

On d way balik rumah kami singgah ke gerai cendol bawah pokok yang femes kat PD ni... lokasi gerai dia kat bawah pokok2 besar, berangin je duduk bawah tu sambil minum cendol...

 
Singah2 ada ABC, Cendol...bla...bla...bla...

  
Daniel dan Danish minum ABC, yang lain minum cendol. Memang kaw2 cendol dia. Daddy sampai order 2 mangkuk. Sejuk2 dapat minum cendol yang sejuk2 ni memang nikmat...

 
Meehoon sup dan mee kari dia pun sedap. Kuih2 dia pun sedap gak, RM1 3 pcs. Mummy tapau bingka ubi, kuih dadar ngan goreng pisang lagi.

Dalam kereta semua zzzzzzzzzzz.... penat beb swimming....