Saturday, October 10, 2009

Open House Lagi...

10/10/2009=21 Syawal (Sabtu) - Semakin nak habis Syawal, aktiviti open house semakin rancak. Dan hari ni Mummy dah berjaya memecahkan rekod sebab pergi ke 4 open house dan 1 open office. Mula2 Mummy pergi ke rumah jiran depan rumah. Dua jiran depan rumah kami masing2 buat jamuan raya. Dari rumah jiran2, kami pergi ke open office kawan Daddy kat Sek 3 Bangi. Lepas tu kami bergi pulak ke rumah sepupu Daddy kat Equine Park Puchong. Dan dari Puchong kami menyerbu pulak rumah Kak Lah @ Mama Shasha. Masa kami sampai sana semua orang dah sampai. Semua orang? Allah muka2 yang sama ler Kak Noor & fmaily, Kak Mah & family, Mamam Miraki & Family dan Arif. Dan masa tu dia orang tengah sibuk berposing, cit nasib baik ler tak ketinggalan aktiviti paling best ni....hhi...posing2 tetap posing walau sibuk beraya...

Rasanya muka2 yang sama jer yang datang open house, cuma lokasi dan menu jer berlainan.


Kita orang sibuk berposing kat dalam, kaum suami santai jer sembang sambil ngeteh dan 'bakar diri sendiri'...(hisap rokok ler...) kat luar....

Agak2 ngkorang apa yang dikerumuni oleh dia orang ni???? Kalau nak tahu dia orang ni sibuk tengok gambar2 kenangan, bukan setakat gambar2 raya terkini utk tahun ni tapi gambar lama yang dah masuk dalam komputer semua....hihih...selain dari tengok gambar standard le sesi kutuk mengutuk gambar...tapi paling teruk kenu kutuk ada sorang tu ler... baju hijau eyeshadow hijau....hahaha...jangan marah le ain, ok apa make-up cam tu, susah tau nak cari make-up artis yg kreatif cam tu sekarang ni...hihihihi

Kiri - Handsome tak budak ni? Cam anak orang arab sikit kan...hihih...Kalau nak tau inilah Danish masa umur dia 3 tahun. Gambar ni Mummy snap dari komputer Hafeez.
Kanan- Hah cuba bandingkan Danish masa kecik ngan Dais sekarang mana yang lagi handsome???


Gaya ala2 ayu nak tunjuk baju baru...jangan jeles ek


Asyik2 terselit jer gambar Mama Miraki ni...bosan sungguh....

La dia lagi...


Kiri - Inilah sebahagian menu, ada nasi dagang, kari ayam, gulai ikan tongkol, jelatah, meehoon goreng, tauhu + tempe cicah sambal kicap, bubur kacang, kuih muih dan banyak lagi ler. Taklupa ketupat palas dan rendang Mama Miraki.
Kanan - Rasalah ketupat palas Mak Bedah buat ni, sedap tau...ingat tak terror ker orang Johor boleh buat ketupat palas dan masak nasi dagang...'multi purpose' wife zaman sekarang katakan... jadi pekerja, cooker, blogger, camera woman dan yang sewaktu dengannya..

Mana lagi anggun? Couple muda ke couple 'senior' (heheh bukan tua tau ...)

Lepas makan2 kat dalam lepak2 lak kat luar rumah...

Kiri - Jom sapa nak ikut Dania gi jalan2 naik motor...cepat sikit sapa lambat kena tinggal.
Kanan - Eh! Ni rampasan kuasa ni, tadikan Dania yang bawak motor, apasal korng tolak Dania ke belakang?

Alahai tak senang betul le, orang nak bawak motor pun Mummy ngan Mama Miraki kacau.


Datuk 'T' dan Datin 'S'. Woit pegi open haouse pun balik bawak berkat ker??? Johorean betul ler...mana2 pergi berkat tak tinggal.

Lepas Datuk T ngan Datin S balik turn Mummy pulak nak balik. Tapi sebelum tu sempat dulu petik buah cherry...

Kiri - Bye2 kami balik dulu, Mummy dah ngantuk ni...hihih
Kanan - Mama Miraki sama tuan rumah. Mama Miraki masih mengekalkan rekod sebagai tetamu yang balik paling lambat kat semua open house...hihi...kekalkan rekod itu kat rumah Kak Mah esok dan Sabtu depan kat rumah Mummy yer...


Mummy berjaya mengimport anak2 Mama Miraki, Ika dan Iki ikut balik rumah. Anak2 mummy memang suka betul le. Apa aktiviti dia orang???? Lepas bateri kereta remote control habis, masing2 main computer games ler !!!

Friday, October 9, 2009

ShOp2 Lepas Raya

9/10/09 (Friday) - Lunch time tadi Mummy g Mines Shopping Fair. Tujuan utama sbb nak ke RHB bayar EPF dan PERKESO (emm biasa ler kita le boss kita ler kuli, kita ler minah dispatched dll). Tak ramai pulak orang kat bank so urusan sekejap jer dah selesai. Tak kan nak terus balik opis kan, baik le ronda2 dulu...actually perut cam dah menggoda suruh masuk ke KFC, McD, Kenny Rogers dan sewaktu dgnnya tapi hati berbelah bagi....(ahhhhhh seksa gak yer menahan nafsu makan ni...)...so nak elak makan punya pasal Mummy keluar masuk dari satu kedai ke kedai lain jamu mata dan finally mata telah tergoda pulak ngan baju2...bukan baju tau tapi baju2...hihi...emm kalau dah nama pompuan mmg ler, selera yg ni mmg tak boleh nak elak....

so belek punye belek, cuba punya cuba akhirnya Mummy dah terjebak beli baju kurung moden sepasang, blouse ala2 kebaya 2 helai dan slack sepasang.....baju kurung moden tu sbb nak g open house, alah baju raya semua dah pakai ler, nnt nak update dlm blog tengok pakai baju yang sama lah pulak......(artis ke Mummy sibuk2 ada pantang larang tak boleh bergambar pakai baju sama...aduh teruk ni....)...

Selain dari u Mummy beli legging paras lutut untuk pakai2 kat rumah tapi lpa la plak nak snap gambar, dah campak ke dalam washing machine cuci dulu b4 pakai.....

Kurung moden kain chiffon yang tersangat la lembutnya...dan slack kelabu. Esok open house wajib pakai baju kurung ni...heheh...cam budak2 mummy ni pantang ada baju baru...

blouse kebaya ni rasa2nya ngam klu match kan dgn sluar putih atau hitam, tapi tu lah dua2 tak der ler saiz kecik (????saiz kecik ke besar??? kwang2222)..so mummy amik slack kelabu utk g kerjalah....Kebaya ni murah jer buy 1 get 1 free, emm kira oklah tak sampai pun RM40 sehelai.

Tuesday, October 6, 2009

S -> M -> L -> XL

Mummy tension ler sekarang ni, berat badan ni cam dipam2 jer. Puasa sebulan berat turun 3kg, raya baru dua minggu dah naik semula 2 kg. Camna ni. Dari lepas bersalin Dafiy mummy pasang niat nak turunkan badan, tapi tu lah niat tinggal niat tak der nye terlaksanapun. Zaman2 belum kahwin dulu berat badan 45-48 kg jer. Tapi tak nak ler kurus sangat cam tu pulak, sampai orang kata tiang berjalan dan jerangkung dalam almari (lagu popular Wings zaman tu). Nasib baik ler Mummy ni kategori tinggi so gemuk tu 'tercover' sikit, kalau mummy pendek sure nampak gemuk yang amat sangat. Sepatutnya dengan ketinggian Mummy sekarang ni berat ideal Mummy dalam 58-63 kg. Nak kata makan banyak sangat tak ler gak, Mummy rasa Daddy makan lagi banyak tapi Daddy slim jer. Tapi tu lah daddy selalu gi exercise 'menebas' kat padang2 mummy di bersilat kat dapor jer, so rasanya lepas ni nak beralih angin lak ler...hehhe...dah 'tua2' cam ni (emmm tua ker???) cam malas nak bersukan kan...nak kurus punya pasal mummy dah 'terbeli' minuman Jus Mate 5. Tengok testimonial orang gila2 betul, tak tau ler betul ker atau iklan dan propaganda semata. So nak tau betul ke tidak esok mummy ikut program diet dia le....harap2 mummy berjaya ler, alah bukan nak turun sampai 20-30 kg pun setakat turun 5-10kg pun cukup ler....
Sebelum beli product ni Mummy ada survey gak few product dan kaedah diet dia tapi product lain2 tu cam tak bagi kita makan jer...hihih...setakat makan sayur2 ngan buah2, ingat kambing apa.....jus mate 5 ni program diet dia kit aboleh makan apa yg kita makan sekarnag cuma kurangkan kuantiti jer... tunggulah sebulan dua nanti mummy update apa progress dia ok or not....tungguuuuuuuuuuuuuuuu

Sunday, October 4, 2009

Open House @ Datuk T & Datin S

3/10/2009 = 14 Syawal (Sabtu) - Dah dua minggu raya nampaknya aktiviti open house kat KL ni semakin rancak dan untuk hari ni kami ada 3 undangan open house, satu rumah jiran, rumah kakaak Mummy (Kak Noor) dan rumah kawan Daddy kat Klang. Tapi cuma rumah jiran dan rumah Kak Noor yang mampu kami pegi.
Sebelum g rumah Kak Noor kami pegi dulu rumah jiran. Dia buat open house cum house warming, ok ler tu 2 in 1. Si Danish dah ulang alik ke rumah jiran mummy tu sebab tu rumah best friend dia (Danisy). Kul 3.30pm baru Mummy g rumah Kak Noor.
Masa Mummy sampai cuma Kak Mah jer yang dah ada, Mama Miraki dan Kak Lah belum sampai lagi, dia orang masih bersantai2 kut kat rumah...tapi tetamu ramai memang dah ramai datang.

Tenda biru setia menyambut tetamu, tak muat kat khemah dalam rumah pun dia orang duduk.
Kesesakan 'lalu lintas' dilaluan buffet. Kat khemah dan dalam rumah penuh ngan orang
Menu utama nasi briani, ayam masak merah, dalca, nasa himpit, rendang daging, sambal kacang, masak lodeh, sate, laksa, soto...emm yang mummy makan soto ngan nasi himpit jer..

Side bemu...ada roti jala cicah kuah durian, homemade choc moist cake s (Ain buat ni...emmm ya ke ain yang buat, ntah2 si Ariel yang buat...), rojak buah, kuih muih yang berbagai, buah2an dan lain2 ler...
Oh ya, acara BBQ pun tak tinggal. Danish & Iki sibuk membakar... ini boleh didakwa sebab penggunaan buruh dibawah umur ...hehe

Nak gak bergambar kat kerusi PGA mahal ni, emm klu ada kat rumah Mummy rasanya sehari jer dah calar-balar ku...hehehe
Kak Noor (tuan tanah, ops ! silap tuan rumah le) Dania dan Kak Mah

Ambik jer lah makanan tu, sibuknye nak posing...
'Cucu kami' si Echah
Bosannye tak der muka lain ke...

Muka ni lagi....
Makan makan gak tapi posing pun tak blh tinggal

Daddy dah tersandar selepas kekenyangan...rasanya kejap lagi zzzzzzz tu
La kan betul Mummy cakap, Daddy dah zzzzzzzzz. Ni dah lebih ni, orang suruh datang makan open house, daddy boleh layan mata lagi...

La Dafiy pun zzzzzzzz sama. Memang bapak borek betul ler...