Saturday, September 5, 2009

14 Ramadhan

4/9/2009 = 14 Ramadhan (Jumaat) - Hari ni mummy masak paling sempoi. Letih shopping punya pasal balik sampai rumah dah tak larat nak fikir masak apa. Daddy pulak kata masak apa jer. So finally inilah menu buka puasa hari ni.

Ikan terubuk bakar cicah kuah kicap...terubuk ni besar sangat, so bakar separuh jer ler. Ikan ni patutnya bakar masa mummy buat jamuan buka puasa last week tapi sebab Mama mIrki dah bawak ikan bakar banyak sangat mummy simpan balik ler ikan ini...

Pecal kegemaran Daddy. Ada 2-3 kali beli kat pasar ramadhan tapi ntah rasa apa...silap2 sayur2 dia dah basi sebab celur dari tengahari.

Sagu gula melaka. Sedap betul makan sejuk2. Mummy siap letak ais kat santan tu lagi. Si Dafiy pun bukan main suka lagi makan.

Lauk tunjuk2 Daddy beli kat pasar Ramadhan. Lemak nenas ikan masin dan ikan keli.

Ayam golek 'tunjuk-tunjuk' pun beli kat pasar Ramadhan.

Malam lepas Maghrib layan anak2 main bunga api sat. Mummy beli bunga api kat pasar Ramadhan semalam. Ada satu kedai jer yang jual. Mahal lak tu. Untuk anak2 mummy beli lah sikit Buat naikkansemangat diaorang untuk habiskan puasa. Lastnye bukan anak2 jer yang main bunga api, Mummy dan Daddy pun main sama...heheh. Gambar yg mummy ambik tak clear so tak mau la nak letak kat sini. Tunggu mummy beli kamera baru.

Okey tak kalau boleh main bunga api cam ni masa raya kat kampung? Hehehe. Mau berpesta satu Parit Sulung....

13 Ramadhan

3/9/2009 = 13 Ramadhan (Khamis) - Hari ni Daddy buka puasa kat Sheraton Hotel Subang Jaya. So tinggal mummy ngan anaka2 dan bibik jer yang buka kat rumah. So menu hari ni memang sempoi gilos. Mummy perhangat lauk2 semalam yang tak habis lagi dan masak telur burung sambal jer (favourite anak2 ni).




Telur burung masak sambal

Tembikai dan limau pencuci mulut
Lepat ubi yang sedap...beli jer
Selalu tunjuk menu buka posa jer kan, boring lah. Sekarang tengok pulak anak2 mummy waktu bersahur. Kekadang dia orang ok jer kejutterus jer makan tapi ada masanya dah bangun pun boleh sambung tidur lagi kat meja makan. Oh anak2 ku.

Tutup sikit mulut tu Danny. Bukan main besar menguap. Nanti masuk lalat pulak..hehhe

Si Danis pulak memang lelap semula kat meja makan. Puas dah mummy basuhkan muka dia tetap lena semula...

Thursday, September 3, 2009

12 Ramadhan

2/9/2009 = 12 Ramadhan (Rabu) - Hari ke 12 berpuasa, tengahari Daddy call. Dia kata petang ni dia ajak kawan dia, rustam & family datang rumah buka puasa. Alamak nak masak apa yer. Ni acara mengejut ni...hehehe... kalau weekend boleh masak lebih2 sikit, segan lah nak jamu orang makan ala kadar jer, kesian nanti orang datang jauh2 kita serve ntah apa2...emmm tapi tak per lah balik kerja nanti mummy cuba masak mana yang sempat.

Cam biasa kul 4.45 mummy dah balik dan kul 5pm dah sampai rumah. Terus ke dapor ler. Nasib baik lauk pauk semua bibik dah rendam dan tinggal nak masak jer. So hasilnya inilah menu berbuka kami semalam.

gulai ikan sembilang

telur dadar untuk budak2 (emak budak pun masuk sekali...hehe)


ikan 'kuching' goreng....kalau buat masak sambal mentah cam masa kat kampung dulu2 sedap ni

penambah selera...terubuk pekasam dari Sarawak

udang goreng tepung...cicah ngan sos or mayonis..sodap dimakan panas2

ikan tenggiri goreng berlada...boleh tahan pedas sebab mummy guna cili api

kacang buncis goreng...

kuih tako...favourite mummy & Danish....sejuk2 makan sedap

seri muka, koleh kacang dan talam ubi...semuanye sedap dan licin

makanlah yer apa yang ada...

Pada rustam & family, jangan serik datang yer. Tak tau ler apa rasa masakan mummy. Almaklum ler bulan puasa , tak boleh nak merasa...hehehe...

Wednesday, September 2, 2009

4Ds in actions

Tengohlah aksi anak2 kesayangan mummy ni. Gambar2 ni mummy ambik pagi semalam sebelum g kerja. Masing2 ngan aksinya.

Dania tak sudak2 membelek pencels color yang mummy baru beli malam tadi. Tak tau masuk yang ini ntah dah berapa kotor pencel color mummy beli untuk dia. Asyik hilang dan ntah mana2 peginya. Makan pencel ke bebudak ni...
Dafiy ni biasaler pantang gate terbuka, nak keluar jer. Maklumlah dah 'dapat kaki' boleh jalan sendiri tak perlu orang nak dokong2 dia...dia ni kalau nampak camera mesti sibuk. Bila kita dah siap ambik gambar mesti sibuk nak tengok....

Rajin Daniel layan Dafiy sementara tunggu aunty van datang...

Ni lagi satu kesukaan Dafiy, menarik apa2 benda yang boleh ditarik. Logo keta daddy ni dah berapa kali tanggal, mummy rasa akhirnya patah kut logo ni..heheh


Mummy kalau tengok gambar ni mesti nak tergelak. Si Danish ni sebenarnya bogel. Selalu dia yang lambat bangun sebab dia g sekolah kul 11. Masa mummy nak ambik gambar anak2 yang lain si Danish baru nak mandi, so bila dia nampak terus berkejar keluar. So bila mummy ambik gambar yang lain2 semalam sibuk ler dia nak bergambar gak...Ada lak idea dia ambik kusyen kat buaian untuk cover ***** dia tu....macam2 perangai betul le dia orang ni. Apa2 karenah pun nilah 4 orang buah hati mummy. Mummy luv all of you soooooo much...muah...muah..


11 Ramadhan

1/9/2009 = 11 Ramadhan (Selasa) - Tadi Dania call. Dia suruh mummy balik rumah sekarang juga. Dia kata dia rindu kat mummy dan nak tidur dengan mummy. Dia kata bibik tak kawan dia sebab dia buat Dafiy. Biasalah si Dania tu bila orang marah atau buat2 tak kawan dia susah hati ler dia. So time tu sibuk ler dia call mummy & daddy.

Seharian kat office mummy terasa cam nak makan choc cup cakes jer. Mungkin sebab cuaca sejuk dan hujan sepanjang hari kut, so perut tetiba rasa lapar tu yang fikiran menerawang nak makan macam2. Sabor jer ler...cam budak kecik pulak.

Hari ni masak untuk buka sempoi jer. Daddy hari ni ada majlis buka puasa office dia. So tinggal mummy dan anak2 mummy layan jer selera anak2. Dia orang ada ayam goreng ngan kuah lemak settled dah. Oh ye ... pagi tadi dah terjanji dengan dia orang nak buat ice blended lagi. Hari ni dia org nak straberry ngan mangga. So balik ni nak kena beli buah mangga sebab tak der stok kat rumah.

Inilah menu sempoi utk buka puasa hari ni.


Ayam goreng for the kids
Straberry ice-blended for the kids gak
Kari...kari..kari


Ikan goreng mesti ada...

Sup sayur pun mesti ada gak, mummy boleh habis kan sup semangkuk ni...lagi2 makan time panas2...sedap dan berkhasiat
Kuih2 cam biasa tak pernah buat lagi. Beli jer kat pasar ramadhan. Bukan nak makan banyak pun so cam tak berbaloi jer nak buat (alasan...sebenarnye malas nak buat...hehehe). Tapi klu kuih tu mmg lagi jimat beli lah, kuih2 kat bawah ni semuan RM6 jer...karipap RM2, tako RM2, koleh kacang + puding jagung RM2... kuih2 ni mummy beli dari kedai yg sama jer...memang sedap tak rugi beli walupun size dia 'XS', tak terbuang langsung pun...