Tuesday, September 2, 2014

Raya 2014 - Part 10 (Jamuan Tertutup)

Jangan la terkejut ye n3 raya Mummy tiba-tiba dah masuk part 10. N3 raya tahun ni Mummy buat dalam decending order yer...hehehhe

27 Syawal (Sabtu)

Tahun ni Mummy tak buat open house macam biasa. Selain dari turut berdukacita tragedi MH370 dan MH17 tak tau kenapa macam malas dan tak ada mood je. Lagipun sebelum puasa Mummu baru je buat jamuan sempena birthday anak-anak.

Semalam Mummy masak-masak dan ajak adik beradik dan ipar duai. Kira jamuan tertutup la ni... hihih.

Sebelum tetamu sampai meh layan dulu menu Mummy untuk tetamu hari ni.


Jamuan tertutup so mostly menu memang Mummy masak sendiri. Serve pun kat dalam rumah je no khemah-khemah.


Nasi briyani dan aksesorinya ... ayam masak merah, rendang daging, jelatah dan pajeri nenas. Papedom dah beli tapi lupa nak goreng... heheh. Bukan susah pun nak masak nasi briyani, beli je rempah briyani


Soto dan aksesori... nak makan dengan meehoon boleh dengan nasi himpit pun boleh. Takbsempat nak buat bergedil.


Kalau tak nak makan nasi briyan boleh la makan nasi tak berapa berani ni... a.k.a nasi putih dan lauk-lauk kampung. Lemak cili api ikan tenggiri campur belimbing, tauhu tempe cicah sambal kicap atau udang goreng kunyit.


Nak makan lontong pun ada


Satay ni beli la yer. Tak de la Mummy rajin sangat sampai satay pun nak buat sendiri.


Air dan dessert.


Tuan tanah dengan kuih-kuih raya


Tiru macam saya... hahhaha


Kak Mah n family tamu pertama yang datang


K.Noor n family tamu kedua


Family ketiga sampai


Diapit K.Mah n K.Noor


Mummy & Fida ... menantu Pak Lang


Alahai nak bermanja-mana pulak, bersuapan lagi


Me & my SIL


Kalau rasa nak berbekam, membetulkan tulang terseliuh atau slip disc, masalah resdung boleh contact biras Mummy yang baju hitam tu.


2 anak dara Datin S


Susah betul nak ambik gambar 2 anak dara kecik ni


Gossipping after makan-makan


Xtvt rewang membungkus berkat... hihihi. Biasa la Jaworld mana boleh tinggalkan budaya ole-ole untuk tamu. Cuma kali ni tamu bungkus sendiri je la ye...haha


Keberangkatan pulang Datin S n family


Sedih ooo sekejap je berkumpul.... lepas tamu balik hujan pulak tu....

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Kenapa ye says selalu tiada dilokasi kejadian.adakah tersasar dari radar

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete