Tuesday, August 19, 2014

Kalau bukan rezeki ...

Waktu Kejadian : 26/7/2014
Lokasi Kejadin : Kedai kek belakang Warta Bangi
Waktu Kejadian : Sekitar jam 2.30 PM

Beli birthday kek untuk Daddy, sementara tunggu dia org tulis atas kek tu Mummy duduk kay kerusi sambil berwassap. Tiada pembeli lain dalam kedai. Al-maklum dah nak raya, orang dah sibuk nak balik kampung mana ada lagi nak ke kedai kek. Ada dua pekerja di kaunter, seorang lelaki dan seorang perempun.

Bayar dan nak keluar dari kedai kek. Dafiy buat muka monyok. Rupanya dia nak topeng batman. Dia ambik topeng dan Mummy ke kaunter. Letak Note3 atas meja kaunter, keluarkan RM2 untuk bayar topeng dan keluar dari kedai kek dan balik dari rumah.

Halfway balik rumah teringat hp. Cari-cari dalam hand bag tak ada. Hati kuat mengatakan memang hp tertinggal di kaunter bayaran. Jalan one way tak boleh nak uturn. Hantar Dafiy balik ke rumah dulu. Call hp Mummy, as expected dah di'off' (masa tak sampai 10 minit dari Mummy keluar dari kedai). Dalam hati memang dah pasrah la, hp tu dah diambil orang.

Pergi semula ke kedai kek. Kedai tetal kosong tiada pembeli. Pekerja lelaki duduk di bangku luar dan pekerja perempuan duduk di kaunter.

Mummy : Adik ada tak nampak akak tertinggal hp cover pink atas meja kaunter ni tadi

Pekerja : Tak ada la kak, saya tak nampak pun ada hp kat sini. Lepas akak keluar tadi ramai orang datang beli. (macam tak percaya je!!!). Mungkin ada yang ambil kut.

Kedai kecil je , CCTV pun tak ada. So nak buat apa lagi... redha dalam paksa la jawabnya sambil dalam hati berkata mungkin Mummy tak cukup bayar zakat atau kurang bersedekah kepada yang hak.... huhuh


Gara-gara topeng batman ini la...huhuhu. Oh Note3 ku

No comments:

Post a Comment