Saturday, September 6, 2014

Clearance Stock

Happy weekend...

Pagi tadi Mummy pergi sekolah anak-anak sebab ada hari sukan. Apalah cikgu ni dah nak hujung-hujung tahun baru nak buat sukan. Masa Mumy sekolah dulu kalau tak silap penggal pertama semua sukan dah selesai.


Nak gi sekolah punya pasal tak dapatlah nak pergi pasar hari ni


Danish


Dania n friends


Cuaca sangat-sangat panas. Khemah untuk ibu bapa yang disediakan tidak mencukupi. Nasib baik Mummy bawak payung (bukan payung petronas yer...)


Balik dari sekolah dah lewat so malas nak singgah kedai beli stock lauk pauk. Masak je la apa yang ada di esbok


Sambal petai udang + sotong


Goreng ikan parang + tenggiri. Plan nak buat masak lemak cili api tapi cili api habis la pulak


Sup sempoi ... carrot + potato + telor


Mummy beli cempedak 2 hari leps. Nak goreng macam jemu la pulak, so Mummy buat cempedak nangka + jagong

Nampaknya menu Mummy semua campur-campur kan...heheh

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment