Thursday, April 17, 2014

Paridahhhh oooo paridah

Dalam sibuk-sibuk cerita pasal kehilangan MH370 yang belum ada kesudahannya lagi, kita juga 'disibukkan' dengan cerita 'patern' tudung paridah yang kena ciplak 'katanya'.

Mummy bukan peminat tudung paridah pun so tak adalah nak ambil pot sangat. Tapi bila orang dah bercerita tu tergerak juga la nak membaca komen-komen pasal isu ini. Lagipun rasanya bentuk muka Mummy tak sesuai dengan patern turund paridah kut. Dan Mummy pun tak suka dengan patern tudung paridah yang bertingkat-tingkat sangat tu. Abang ipar Mummy kata tudung paridah tu macam skirt budak-budak yang bertingkat-tingkat dengan warna yang kebanyakkannya sangat-sangat cerah . 

Statement yang orang tak puas hati bila dalam fan page paridah keluar ayat kalau nak berfensyen tu ikut la kemampuan. Dengan bahasa halusnya kalau ko tak mapun tak payah le nak tiru2 pakai style tudung mahal...hehe

Ekoran dari cerita ini blogger yunabella.blogspot.com sangat-sangat meletops dengan kaedah pemakaian tudung bawal versi paridah yang dia buat step by steps.

Mummy pun menyibuk le nak pakai tudung ala yunnabella ni.....


Mummy hari ini... purple hijau... berbawal yunabella aka bawal paridah lagi


Semalam biru - gray. Pin panjang baru beli RM10 jer pun. Saje beli pin yang ada banyak warna so boleh match dengan mana-mana tudung. Sengaja Mummy beli pin bentuk panjang dan bukan yang bulat. Sebab kalau yang bulat besar tu dah macam lampu kat badan ultraman yang berblink-blink bila kuasa nak habis kan...heheh





Kelmarin maroon-black. Masa ni tak beli lagi pin tudung panjang so tak menjadi sangat rompol paridah.

Amacam ok tak? Tudung bawal pasar malam RM9 + brooch RM10  (boleh mix & match). Ni kira berfesyen ikut kemampuan la kan.... heheh

6 comments:

  1. Subhanallah... serious mmg cantik and kemas Mummy buat gini. Ingatkan tadi mmg Mummy pakai FNJ. Tipah tertipu.

    ReplyDelete
  2. nanti aku nak cipta tudung Junaidah pulak ler.kot2 meletops

    ReplyDelete
  3. try jugak buat.. okla.. cantikla.. haha..
    cik mek: kahkah.. lawakla cik mek ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba jgn tak cuba....dptkan p8n panjang dulu...hihi

      Delete