Saturday, April 5, 2014

N3 Rojak


Kalau ikut jadual esok dan lusa kawasan perumahan Mummy terlibat dengan catuan air. So sebagai persediaan Mummy dah simpan air dalam tong. Ini untuk kegunaan mandi dan wudhu. Untuk masak-masak Mummy simpan air dalam tong dan letak di dapor.


Tengahari tadi masak lemak cili api daging salai + pucuk ubi + belimbing. Masak pedas-pedas dan santan kena pekat-pekat sikit.


Dah laju Dhiya merempit dengan ferari dia...hahha


Dah pandai layan iPad


Datuk Kapten Nik Huzlan... orang yang sangat pupular akibat dari kehilangan pesawat MH370. Semua stesyen TV berebut-rebut panggil beliau jadi tetamu. Penerangan secara santai dan penggunaan layman term membuatkan orang mudah faham. Kalau dia on air memang Mummy tunggu-tunggu.


Walau sudah hampir sebulan berlalu MH370 hilang tapi Mummy masih mengharapkan MH370 akan kembali dengan selamatnya. Ramai yang mengharapkan keajaiban berlaku. Namun yang pasti dengan izin Allah semua boleh berlaku.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment