Tuesday, January 22, 2013

Cuti-cuti Malaysia - Terengganu (Episod pasir putih tepi pantai....)

Dari KB ke Kuala Terengganu we all banyak ikut jalan tepi laut. Bila ada tempat cam best sikit we all berhenti lepak2 kejap. Memang betul2 macam sabut hanyut.

Pantai di sebuah kampung nelayan... cantik kan

Pasir putih tepi pantai... ombak saling berkejaran....

Hanya kami di sini.... pantai ini seperti ana yang punya

Merasa gak la dia orang ni main air laut... pantai kat Terengganu ni bersih dan pasir pun halus2 jer


Dikejar ombak

Tulis nama atas pasir

 him

Petua orang tua2 kalau nak muka putih berseri2 bak buih dilautan, cuci la muka dengan buih ombak ni...

Di Kuala Terengganu, Mummy stay di Hotel Grand Continental. Dalam pusat bandar la about 5 minit nak ke Pasar Payang. Masuk je kat lobby mata dah ternampak deretan patung2 tanpa kepala ni.... hohoho... i likeeeeeeeee 



Oklah bilik ada 2 katil queen, dan yang penting ada wifi.  Cuti-cuti gak tapi kerja pun tetap kena kerja walau dalam cuti. Sebab tu Mummy angkut gak MacBook tu sebab dah agak mesti akan ada gangguan2 dari office dan customer....huhuhu

Orang kata kalau gi ke KT harus makan di D'Ganu Cafe sebab makanannya murah dan sedap. So tergoda punya pasal we all pun gi terjah ler cari kedai makan tu. Alang2 orang memang tak jumpa kut kedai tu sebab masuk lorong2 yang gelap tapi bila sampai ke sana memang tempat tu happenning betul. So apa yang special kat situ? 

Hoho that my lucky numberrrr..27

Set BBQ dan steamboat.... Mummy sukalah platter dia ni... mana boleh beli yer...sangat2 comel

Jom main bakar2 dan rebus2...




So seperti bagi dikata... makanan dikedai ni memang sedap, cepat dan harga yang sangat2 berpatutan. Malam tu we all makan tak sampai RM80 pun for the whole family. Dah le air bergelas2 fresh fuite juice saja.... so memang highly recommended untuk dikunjungi. Cuma nasihat Mummy kalau pergi selepas Isyak mungkin anda akan pulang dengan perut kosong sebab meja semua dah penuh dan makanan pun habis. So dicadangkan buat reservation dulu sebelum datang atau pun datang awal sebelum maghrib. Surau ada kat situ.

Kat belakang yang bumbung tingi2 tu D'Genu Cafe

Lampu2 kat belakang tu ICT Kuala Terengganu. Malam yang sama kakak Mummy , YB Bukit Mutiara dan Mama Miraki and family pegi ke ICT Shah Alam... so kira oklah tu sama2 gi ke i-City walau lain lokasi....

Perasan tak si Danish sekarang ni dah berisi sikit badan dia. Tak de la sekeping jer

The Gurls

Di Kuala Terengganu pun kami stay 2 malam gak. Cuaca di KT ni pun sekejap hujan sekejap gerimis sekejap panas, tapi at least second day tu dari pagi memang panas je so sempat le jalan2 kat KT ni.












1 comment:

  1. pantai begitu cantik tak ada penghuni

    ReplyDelete