Monday, January 21, 2013

Cuti-cuti Malaysia - Kelantan

Dah lebih sebulan terperuk dalam draft mode---layan jer la yer.

14/12/12 (Jumaat) - 16/12/12 (Ahad) - Dari Penang kami merentas Semenanjung menghala ke Kelantan pulak.

Kami exit tol Kulim... masuk baling redah Grik.... laluan dengan selekoh S... naik bukit turun bukit. Signal Hp pun sekejap ada sekejap tak de...

Tasik Banding.... masa Mummy sampai dah pukul 11.30am. So we all miss boat trip keliling Tasik Banding ni... so setakat ambik2 gambar je la kat sini

Banjaran Titiwangsa... walaupun tengahari tapi cuaca hat hentian ni nyaman sejuk jer...



Mr Daddy yang tak henti2 mengunyah kuaci sepanjang perjalanan...


Lunch yang sempoi ... bila nampak air botol tu teringat le zaman kecik2 dulu. Mummy dan adik beradik yang lain minum air botol ni (kami panggil air "jin-jer") masa demam jer. Kalau tak demam jangan harap le dapat minum air 'mewah' ni...

Di Kota Bahru kami stay di Perdana Resort (are Pantai Cahaya Bulan). So sampai-sampai terus ke pantai dulu. Tapi kan angin dan ombak kat PCB ni sangat-sangat kuat. Ombak pun boleh tahan tinggi... takut Mummy tengok

Anak-anak diri dekat batu-batu penahan pun Mummy dah terjerit-jerit suruh dia orang berundur sikit. Takut ombak melepasi batu penahan pulak...

Kat belakan gmUmmy ombak biasa-biasa jer masa ni

Tengok ombak kat belakang Daddy tu.. tinggi kan. Bila ombak tu terhempas ke pantai bunyi dia punya la kuat.

Aku tidak akan jemu menyintai dirimu sebagaimana ombak yang tidak jemu menghempas pantai....heheheheh

Kecewa tak dapat mandi laut....

Tengok lah pelepah kelapa pun cam terpusing kena angin kuat

Bilik Mummy menghadap swimming pool ni. So dari beranda jer dah boleh nampak anak2 berenang

Memang puas la dia orang ni swimming. Danny, Danish & Dania ni tiga2 dah pandai berenang. We all tak ada pun hantar ke mana2 swimming kelas. Tapi Daddy rajin bawak dia orang berenang kat UKM atau kalau cuti2 macam ni Daddy ajak la dia orang berenang. Jangan ikut style Daddy ajak dia orang ni berenang, memang boleh sesak nafas kalau tengok. 

Along dengan renang berirama...

Kolam kat resort ni besar dan jangan risau kalau uols tak pakai swimming suite pun tak de pak guard yang akan terjerit-jerit atau tiup wosel suruh keluar dari kolam...

Nak berkayak keliling tasik boleh gak

Cantik kannnnn

Pagi2 muka bangun tidur terus ke tepi pantai.... tapikan serius la PCB ni kotor sangat....

Tengok le muka boring Dafiy... dia nak naik kayak tapi masa ni oran gyang jaga kayak ni pun belum datang lagi

Tak dapat mandi kat pantai dapat main tepi pantai pun jadilah...

Mummy stay kat Kota Bahru ni 2 malam. Aktiviti biasa2 jer teman anak2 berendam. Nak gi jalan-jalan pun cuaca mondom jer, sekejap hujan sekejap gerimis sekejap teduh...kira bosan gak le.. Adalah dua kali pegi pasar Siti Khadijah. Kalau ke KB biasalah apa lagi nak beli selain dari serunding daging, serunding ayam, keropok-keropok dan kain batik sutera. Yang banyak Mummy beli serunding daging dan ayam la, sampai 12 kg tu...kain batik sutera 2 helai jer sebab dah plan nak beli kat Terengganu jer. 

No comments:

Post a Comment