Dari Mandurah 3.5 hours drive menuju ke Kerriley Park Farmstay. Dah duduk kat apartment kita pindah duduk di rumah ladang pulak ya anak2. Kerriley Park Farmstay ni terletak di antara bandar Busselton dan Margarate River. Perth - Bunbury - Busselton dan sebelum ke Margarate River kena exitlah untuk ke farmstay ni
Dah sampai Busselton bermakna dah dekat la farmstay yang kami akan tinggal untuk 3-4 hari
Perjalanan ke Selatan Perth menuju Margaret River kita akan disajikan dengan pemandangan ladang anggur dan ladang binatang. Sekarang ni musim sejuk so pokok2 anggur semua memang masih togel lagi atau ada yang baru nak tumbuh tunas daun baru
Dapat capture pelangi penuh ni....
Yesss akhirnya selepas 3 jam drive dari Mandurah sampai juga ke farmstay ni
Family operated farmstay
Hanya untuk guest sahaja
Cottage kami nama Banksia... nampak tu nama OMAR
Ikut jer arah sign board sure jumpa mana satu cottage yang kami akan tinggal
Persekitaran cottage
Inilah kediaman kami untuk 3-4 hari. Bayar 3 hari dapat 1 hari percuma...
Dikelilingi pokok ala2 belukar
Rumah kayu jer....hehhe
Bahagian hadapan untuk BBQ... tiap2 hari berBBQ ni
Master bedroom
2nd bedrooom
Bilik ke 3 cum bilik main. Ada 3 single bed
Dapor Mummy untuk 3 hari.... perfect!
Living area
Laundry area
Fresh telor ayam dari reban
Kami sampai sini dalam pukul 3.15pm. Lepas solat jamak Mummy terus bersilat kat dapor dan cuci kain baju yang kotor.
Anak-anak kat luar berbbq dengan daddy
Memang puas hati dengan keadaan rumah yang selesa dan bersih. Rate pun ok. Stay 4 malam bayar 3 malam, stay 7 malam bayar 5 malam... so untuk yang stay lama memang berbaloi-baloi la.