Sunday, October 6, 2013

Makan makan dan makan

Dua hari cuti tak ada ke mana pun. Daddy gi ride ke utara dari hari Jumaat, malam ni baru balik. Plan nak pergi ke Nilai 3 untuk beli bunga telor untuk majlis aqiqah dan cukur jambul Dhiya pun tak jadi. Lagi pun 2 hari ni cuaca mondom dan gerimis je, in the end menipiskan sofa je la bangun tidur bangun tidur masak makan.

Pagi tadi Mummy ke pasar tani. Mak datuk harga lauk pauk semua naik mencanak2. Yang Mummy paling terkejut daging salai. Bulan lepas Mummy beli sekilo baru RM40, hari ni dah naik RM60. Daging batang pinang sebelum ni RM 25 dah naik ke RM32, daging biasa dulu RM22 dah naik RM27, patutlah daging salai pun naik harga.

Udang besar 2-3 bulan lepas sekilo dalam RM18-RM20. Hari ni Mummy beli RM30.50/kg. Ayam turun sikit RM7.70/kg. Ikan bawal putih RM30, jenahak dan tenggiri isi RM29, ikan kembung RM12, ikan kucing RM10. Satu troli je dah RM200++. Semakin kecil nilai matawang kita


Umbut RM9/kg. Yang ni patutlah sebab susah nak cari pokok kelapa. So Mummy masak kari umbut campur dengan ayam


Tumis pedas sulur keladi. Korang tau tak apa benda alah ni. Sedap oooi. Tapi kena masak pedas2 dan letak ikan bilis banyak2


Ayam goreng untuk anak2


Petang-petang layan FB tanpa rasa bersalah menghabiskan 1 slice choc cake yang sangat-sangat sedapppp (sendiri buat sendiri makan sendiri puji....hahah)


Tak tergoda ke


Mummy letak choc ganache banyak2...terasa2 cam makan choc la pulak..hahha...haven
posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. umbut oh umbut.nape ko sedap ye....walaupun ko adalah makanan gajah.hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de la sedap sangat kan.... errr tapi sedap la juga....hahahha

      Delete