Tuesday, October 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam Aidil Adha dari Mummy & family.... Tak sempat nak posing raya, Daddy dan anak2 dah tukar uniform sebab nak pergi gotong royong kat surau....huhuhu

Raya haji tahun ni kami beraya di rumah masing-masing. Nak meraikan bersama jiran-jiran tetangga. Daddy pun nak gotong royong kat surau. Bibik mintak cuti untuk raya haji ni so malam tadi sebelum tidur Mummy dah masak sikit-sikit menu raya. Pagi tadi bangun pukul 6am dan sambung masak. Ni la menu raya kami anak beranak.


Tak de maknanya jadi orang Johor kalau pagi raya tak ada menu ketupat nasi. Tak kisah le ketupat anyam ke, ketupat seger atau ketupat daun pisang. Yang penting ketupat nasi. Aksesori dia Mummy masak sayur lodeh, sambal kacang dan rendang daging. Kalau ada kari ayam lagi sedap ni.




Daddy dan Danish tak berapa suka makan ketupat nasi, so Mummy masak nasi briyani. Sedappp ni kalah nasi briyani Mat Sah yang fofular kat Batu Pahat tu...heheh. Mummy masak ayam masak merah dan buatkan acar darat. Nak buat nenas paceri malas la pulak

Kuih raya tak de buat apa cuma buat chocolate cake ni seketul dan

Caramel crunchy almond yang tersangat lah sedapppppnya....

Mummy di hari raya


Sempat gamabr dengan Dania jer...heheh




2 comments:

  1. mabuk semua kaum kerabat kita ni.semua wat nasi briani

    ReplyDelete
  2. biasa le mama janet, kalau sorang buat semua ikut buat, daripada mintak2 kan baik buat sendiri..... SELAMAT HARIRAYA AIDILADHA

    ReplyDelete