Sunday, March 25, 2012

♥ Happy 7th Birthday Dania Batrisya ♥

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 
HAPPY 7th BIRTHDAY
DANIA  BATRISYA
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 

25th March 2012 (Ahad) - Hari ni genap umur anak dara kecik Mummy, Dania Batrisya yang ke 7. Happy 7th Birthday Dania, Mummy dan Daddy selalu doakan agar Dania dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, jadi anak yang bijak dan semoga jadi anak yang solehah. Kami semua sayangkan Dania.

Jom layan birthday Dania yang lepas2....

Dania's 6th birthday...

Dania's 5th bday


Dania's 4th bday


Dania's 3rd birthday


Dania's 2nd birthday


Dania's 1st birthday


Dania 3 months

Dania 3 months di apit Danish & Daniel... cepat betul masa berlalu....

Saturday, March 24, 2012

Ngeteh kat rumah je,...


Koci labu dam teh-o untuk minum petang. Koci tu panas2 lagi..baru jer angkat dari pengukus.... Nak makan jangan gelojoh sangat ye, takut ada yang tercekik pulak

Adunan tepong pulut dan labu yang telah dikukus

Inti kelapa.....kalau tambah durian lagi sedap ni...

Daun pisang tu lap dan layurkan dulu tau

Minyak masak sapu kat daun biar koci tak melekat2

Santan pekat dan sedikit tepong beras ... masak hingga mendidih


Sedia untuk dikukus... abaikan kualiti bungkusan kuih koci Mummy yang sangat2 sememeh...

Hahahha....semua dah terbukak...hihih. Sememeh betul kan. Tak pe la yang penting sedappppp (pada Mummy laa....)

Friday, March 23, 2012

‘Kalau tidak mampu sudahlah’

KURANG ASAMMMMMMMMMMMM.....

Dari sinarharian.com.my....

Apabila kerajaan Indonesia mengumumkan bahawa pembantu rumah dari republik itu hanya akan menjalankan satu tugas dengan gaji minimum RM700 sebulan, ia mencetuskan kontroversi. Kerajaan Malaysia pula menegaskan, apa yang diumumkan oleh Indonesia minggu lalu itu bercanggah dengan memorandum persefahaman yang dimeterai tahun lalu. Dalam temu bual dengan Sinar Harian Online di pejabarnya kelmarin, Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia, Suryana Sastradiredja mengupas isu ini kepada wartawan RUZY ADILA IDRIS.

Meskipun MoU sudah dimeterai dan pertemuan susulan Pasukan Petugas Bersama, nampaknya masih wujud kekeliruan kadar tuntutan gaji pembantu rumah dari Indonesia?

Saya turut ditanya soalan sama oleh media lain mengenai perkara itu. Nampaknya berlaku kekurangan kolaborasi dan penyampaian maklumat daripada pegawai Malaysia kepada kerajaan dan juga kepada Perdana Menteri kerana ahli Pasukan Petugas Bersama bercakap kepada media selepas saya membuat kenyataan.

Dalam kandungan perjanjian nampaknya menekankan satu pembantu rumah satu tugas. Boleh jelaskan?

SURYANA: Sebetulnya begitu. Pada awalnya, kadar gaji ditetapkan antara RM600 hingga RM800 (sebulan) untuk satu pengkhususan kerja, tetapi daripada angka itu kita dapat RM700 dan pembantu rumah Indonesia perlu melalui latihan 200 jam. Latihan merangkumi empat jenis iaitu pembantu rumah, pengasuh, penjaga orang tua dan memasak di mana majikan Malaysia hanya boleh pilih satu bidang tugas. Masalahnya, saya tidak pasti di mana kekurangan maklumat dan mungkin Pasukan Petugas Bersama (di pihak) Malaysia tidak memaklumkan kepada menteri atau perdana menteri.

Oleh sebab itu, saya redakan berita itu. Okeylah, anda boleh minta pembantu rumah kerja lebih, boleh minta pembantu rumah buat dua atau tiga kerja lain, tetapi harus sepakat dulu. Jika majikan perlukan pembantu rumah membuat tugas tambahan, mereka perlu membuat perjanjian dan bersetuju bayaran tambahan yang dipersetujui bersama (oleh majikan dan pembantu rumah). Misalnya, jika pembantu rumah diambil untuk membuat kerja rumah dan majikan perlu bantuannya untuk menjaga anak, ini kerja tambahan, jadi bagilah dia bayaran tambahan. Jika majikan cakap pembantu rumah buat anak cedera, perjanjian menyatakan pembantu rumah hanya membuat kerja rumah dan majikan perlu bertanggungjawab sendiri, kalau terjadi apa-apa, majikan tidak boleh saman.

Jika begitu, berapa bayaran tambahan?

SURYANA: Bergantung perjanjian antara majikan dan pembantu rumah. Patut satu bidang satu gaji, jadi buatlah perjanjian dengan pembantu rumah berapa tambahannya.

Apakah perbezaan perjanjian dahulu dan sekarang?

SURYANA: Mungkin orang Malaysia tidak faham makna hak asasi manusia. Sebetulnya saya jamin itu. Definisi pembantu rumah ialah pekerja rumah. Perjanjiannya pun itu domestic helper, yang tugasnya memang di rumah untuk membersihkan rumah, menyapu, bersihkan kaca dan sebagainya. Sementara urusan anak atau orang tua itu ialah nyawa. Boleh anda bayangkan seorang pembantu rumah perlu menjaga anak, perlu menjadi jururawat. Itu melibatkan nyawa. Kalau sudah kerja melibatkan nyawa itu bukan kerja pembantu rumah. Bagaimana kalau salah? Salah beri suntikan atau ubat untuk orang tua, nanti majikan akan salahkan pembantu. Padahal dalam Konvensyen ILO jelas menyatakan tugas pembantu rumah hanya kerja membantu. Itu harus difahami. Masalahnya selama ini, orang Malaysia selalu berfikir ke belakang, selalu melihat ke belakang di mana pembantu itu sebagai superwoman, supermaid yang perlu kerja sampai cuci kereta, mandikan dan beri anjing makan. Itu bukan kerjanya.

Orang Malaysia selalu berpendapat mereka bayar murah, tapi beri kerja banyak kepada pembantu rumah. Kadang-kadang pembantu rumah dibawa ke rumah saudara-mara untuk buat kerja atau di sebelah siang disuruh masak di restoran manakala di sebelah malamnya disuruh tunggu kedai. Ini berlaku kerana tiada justifikasi mengenai tugas patut dijalankan sedangkan mereka sepatutnya bekerja di rumah.

Gaji RM700 sebulan dilihat terlalu tinggi? (Tetapi hakikatnya) bukan semua orang ada orang tua ada di rumah mereka.

SURYANA: Kita faham pembantu rumah itu apa. Dalam kontrak ada disenaraikan tugas dan tanggungjawab majikan, tenaga kerja. Ini kontrak perlu ditandatangani majikan, pembantu rumah dan agensi. Hanya boleh bekerja untuk majikan dan dilarang mencari pekerjaan lain atau disuruh kerja di tempat lain. Harus patuhi arahan daripada majikan dalam mengerjakan pekerjaan rumah sehari-hari meliputi - memasak, mengemas rumah, membasuh pakaian dan menggosok pakaian. Ini perjanjian kerja untuk ditandatangani. Ini sangat jelas. Sekarang, saya juga punya dua pembantu rumah dan seorang pemandu. Di sini saya ada dua pembantu rumah dan dua pemandu. Tetapi saya tak pernah minta pembantu rumah cuci kereta, saya tak pernah minta mereka berkebun sebab itu bukan tugas dia. Satu pembantu rumah untuk menguruskan rumah tangga manakala seorang lagi untuk menguruskan anak-anak. Kenapa? Sebab saya mampu bayar. Sementara itu, saudara saya, tiada pembantu rumah, tiada kereta, dia kata saya bukan awak, saya tidak kaya, saya tidak ada wang, saya tidak ada kereta, jadi saya tidak boleh bayar. Jadi kenapa saya harus paksa. Kalau saya tak mampu bayar, sudahlah.

Sama juga di Malaysia, kalau tidak mampu sudahlah, kenapa harus ribut? Saya sedih... kan saya sudah cakap, menteri pun kata nak cari alternatif cari sumber dari negara lain, carilah, jangan bising-bising. Contohnya, kalau kita mahu membeli barang di Pavilion tapi harganya (kadar) Chow Kit, mustahil. Kalau sebagai perbandingan maaf cakap, kalau mereka ada kemahiran 200 jam, saya berani sumpah mereka tidak datang ke sini. Mereka pilih Hong Kong, Korea, gaji lebih tinggi.

Apa jaminan kerajaan Indonesia majikan Malaysia berbaloi membayar RM700?

SURYANA: Inikan ada dalam perjanjian, pekerja diberi latihan 200 jam mampu bekerja dan boleh dikategorikan pekerja gred A atau B. Kita juga harus dapat jaminan daripada kerajaan Malaysia supaya mereka dibayar sesuai. Kita kirim orang ada kemahiran dan ada sijil. Kita minta jaminan mereka diberi tugas sesuai bidang kemahiran mereka. Di Indonesia, ada lapan agensi pekerjaan menguruskan kemasukan pekerja manakala di Malaysia ada lima agensi. Agensi ini bekerjasama, mereka beri latihan dan agensi Malaysia uruskan penempatan.

Kita juga minta agensi dan kerajaan Malaysia beri biodata majikan seperti yang kerajaan Indonesia kirimkan biodata calon pembantu rumah kepada calon majikan di Malaysia. Biodata itu merangkumi latar belakang majikan, gaji majikan sekurang-kurangnya RM5,000 untuk satu isi rumah (dulu hanya RM3,000) dan termasuk status kesihatan majikan. Kita tidak mahu majikan yang mempunyai sakit mental menggaji pekerja kita. Sebenarnya begini, matlamat kita bekerja dengan Malaysia untuk membina hubungan baik. Kita saling membantu. Kerajaan Malaysia harus memastikan mereka tidak layak, jangan ambil pembantu rumah dan kerajaan Indonesia pula tidak bekalkan pekerja yang tidak mempunyai kemahiran yang akan menimbulkan masalah.

Apakah perbezaan kandungan perjanjian dahulu dan sekarang?

SURYANA: Dahulu, kadar gaji tidak ditetapkan, tetapi sekarang gaji ditetapkan RM700 . Tetapi RM600 boleh ditetapkan bagi negeri seperti Terengganu, Kelantan, Sabah di mana kos hidup lebih rendah. Selain itu, pasport boleh dipegang pembantu rumah, hak satu hari kelepasan am yang tidak ditetapkan harinya dan majikan perlu buka akaun bank untuk bayar gaji. Jika berlaku kes tidak bayar gaji, ada bukti.

Sumber dari sini

Tuesday, March 20, 2012

Congratulation Daddy!

Congratulation Daddy.


Daddy dapat 3 award semasa malam anugerah dan penghargaan BT di Cherengin Hills, Janda Baik. Semoga dengan award yang diterima ini Daddy akan bekerja dengan lebih tekun untuk keperluan kami anak beranak.
  • Outstanding Performance Sales
  • Best Diversity Team Award
  • 10 Years - BT Long Service Award


Muka tuan tanah mestilah ada.... me & him...luv u 4everrrrr


Inilah yang Daddy dapat pada malam anugerah juara lagu


Ce teka apa dalam  kotak2 ni....hihih tak kan tak tau pulak jelas2 dah tertulis


Untuk 10 Years - BT Long Service Award, Daddy dapat sepasang jam tangan CASIO. One for him one for me la..... rezeki Mummy le nak dapat jam free. Untuk Outstanding Performance Sales dapat voucher Jaya Jusco dan untuk Best Diversity Team Award, Daddy dapat Dinner Treat kat mana2.

Ada 6 biji sparkling swarovski dalam jam ni.... memancar2 you.... i likeee.  Selain dari tu permukaan jam ni dibuat dari spherical glass so tak risau le calar balar. Dan yang pasti tak karat sebab stainless steel, memang suka la ngan jam ni, lagi2 sebab jam free. Siapa nak bagi sebiji jam harga sampai 4-5 ratus... jam termahal Mummy beli pun tak sampai  RM200.

Gila kuasa tak kalau pakai dua jam serentak...hihih. Yang kiri tu jam yang baru dapat yang kanan tu jam kenangan masa wedding anniversary Mummy dan Daddy yang ke-10. Mummy beli jam sepasang sama bentuk untuk Mummy dan Daddy. Kira dah 4 tahun lebih mummy pakai jam tu, tak pernah rosak walaupun Mummy tak pernah buka samada untuk mandi hari2 atau mandi kat kolam renang atau sungai. Alhamdulillah jam tak sampai RM200 Mummy ni masih lagi bertahan hingga ke hari ni. Masing2 dah dapat jam baru so anniversary yang ke 14 bulan Mei nanti kena fikir hadiah lain pulak la nampaknya.


Good Widow a.k.a Janda Baik - Part IV

Aktiviti terakhir sebelum balik tu ada sukaneka untuk anak2 dan juga staff dan spouses. Layan je la ye.

4 wakil untuk acara sukaneka kanak2

Senyum sampai terteleng2 si Dafiy ni

Kan mummy dah kata, memang susah betul nak ambik gambar Danish  ni, bergambar pun cam terpaksa je

Danish - senyum dalam paksa


Kalau Daniel memang suka bergambar

Ok sebelum bersukan kita buat senaman dulu

Ok bengkokkan badan ke belakang

Yang ni tulang dah keras tak boleh nak bengkok kan badan dah

Ok tembak ke langit....apa kena si Daniel ni orang suruh tembak ke langit dia tembak ke tanah la pulak


Apalah si Dafiy ni, tak nak ambik bahagian la pulak


Chewah si Daniel ni, sebelah tangan je tu

Steady Danish....

Bawak bola tenis guna batang paip...jangan pegang bola tu nanti batal

Hutan2 dara di Janda Baik....camana tu!

Acara yang senang tapi susah...hihi...asyik masuk track orang sebelah je

Group Daniel & Dania dapat dapat no 3 sukaneka

Group Angah dapat no 2 sukaneka

Group we all dapat no 3 je sukaneka....hahahah

Survey2 chalet kat Janda Baik untuk next xtvt dengan suku sakat Mummy, tapi Mummy rasa Sg Congkak much more better dari Janda Baik ni la.




Along dah pandai ambik gambar syok sendiri....hihi..mesti dia perhati selalu Mummy ambik gambar cam ni...hihih


Air yang laju...


Walaupun tak hujan tapi air sungai kat sini agak laju compare dengan kat Sg Congkak


habis dah cuti2 ke Janda Baik....