Monday, February 21, 2011

Murah tapi ok

Sebulan dua ni kulit Mummy tersangat2 keringnye. Dulu2 pun kering gak tapi tak de la cam sekarang ni. Kebetulan aircond kat opis ni baru diservis, so bila lagi sejuk lagi teruk la kekeringan kulit Mummy ni. Sampai kalau Mummy guna jari gariskan kat lengan boleh tinggalkan kesan. Sebelum2 ni dah banyak jenis hand dan body losyen yang Mummy guna, nampak cam kureng je kesannya.

So last 2 weeks Mummy gi klinik dan doktor cadangkan sejenis cream. Dan lepas guna dalam dua minggu Mummy nampak perubahan. Kulit Mummy memang rasa lagi lembab dan lembut (ni bukan kes puji diri sendiri tau..). Dan yang bestnya losyen cream ni tak de la rega sambai ratus2 or ribu raban. Product ni dari Australia.

Concentrated Vitamin E Cream dari SkinLabs

Harga untuk 100ml ni cuma RM22 je...

Mummy tak dibayar royalti yer, cuma nak berkongsi info dengan kawan2 je.

Tiket free Maher Zain ... cepat...cepat...

100 pcs Anuar Zain Maher Zain ticket untuk staff & family sudah sampai... cepat2 amik ... lambat nanti Mummy lelong ....

Saturday, February 19, 2011

BZ ke?

Pagi ni dah lewat nak gi pasar (kul 7am pada Mummy lewatlah), so tukar haluan pegi ke Tesco je. Beli barang2 dapor dan sayur sikitt, ikan ayam x beli pun, biaslah Mummy tak suka beli ikan2 kat pasaraya ni, Mummy suka beli kat pasar. Mummy gi pasar ngan Dania je, Daddy ada gotong royong kat kawasan perumahan.

Lepas masak dan makan zzzzzzzzz.... lepas zohor gi saloon cuci dan potong rambut pulak. Pas tu pegi pulak cari baju hujan untuk anak2, la ni musim hujan kesian nanti kalau dia orang balik sekolah waktu hujan kebasahan pulak...

Kalau Mama Miraki buat lepat labu hari ni, Mummy pulak buat talam labu .... in the end kita orang bulat2 cam labu gak ...

Baju merah ni Danny pakai selang sehari ... bila bibik basuh je dia x pakai ... Baju tu kawan dia bagi masa bday..

Wednesday, February 16, 2011

Rela ke paksa?

Si montel yang patah tangan 2008...

Nak cerita sikit pasal hal persekolahan anak2. Untuk aktiviti sukan dan pasukan beruniform tu kan, actually pilihan murid sendiri atau guru2 yang tentukan ye? Pada Mummy yang tak tau sangat tentang urusan pentaddbiran sekolah ni Mummy rasa sepatutnya kedua2 aktiviti tu hendaklah ikut pilihan pelajar, so kalau pelajar suka dengan pengakap dia akan masuk pengakap tak ada lah pulak nanti pelajar suka ngan puteri islam tapi cikgu dah masukkan dalam pasukan bomba dan sebagainya. Cam tu gak klu murid suka sukan bolasepak tapi cikgu suruh masuk team badminton.

Sebenarnya minggu lepas si Danny called Mummy dan bagitau hari khamis ni dia tak nak datang ke sekolah. Hairan gak Mummy kenapa tetiba dia tak nak sekolah. Dia kata hari khamis ada pendidikan jasmani. Mummy lagilah hairan sebab selalunya pendidikan jasmanilah yang paling dia suka. Oooooooo rupa2nya cikgu dah masukkan nama dia untuk sukan sepak takraw, dia dah mintak tukar nak masuk badminton tapi cikgu tak bagi. Beria2 dia suruh Mummy telefon cikgu sukan dia... Tapi kan cam kelakar pulak lah, kut ye pun cikgu randomly pilihkan sukan untuk murid2 tengoklah sikit fizikal murid2 tu.. cam nak tergelak lah pulak Mummy camana la anak Mummy yang montel tu nak main takraw. So untuk pujuk dia Mummy cakap kat Danny la, takraw tu senang je cam dia buat shuffle... pandai lak dia jawab, nanti klu main takraw kan nak kena libas bola kalau dia jatuh dan tangan patah lagi sekali camana??? Mummy... speechless!!!

Tuesday, February 15, 2011

MAJLIS DOA SELAMAT & BIRTHDAY PARTY 2011 - PART VII

N3 terakhir untuk majlis doa selamat ... yang ditunggu oleh anak2, acara buka hadiah... tak sabar dia orang tunggu Mummy & Daddy siap kemas rumah... tak larat dah nak cerita, tengok je la gambar...