Sunday, November 29, 2009

Langkawi Trip - Day 1

21/11/2009 (Sabtu) - Hari ni pagi2 lagi anak2 dah bangun, biasalah dia orang tu bila nak berjalan excited memanjang. Orang belum suruh mandi pun dah berebut2 nak mandi. Selalu tu Mummy dah terjerit2 baru le nak g mandi. Lepas breakfast kami bersiap2 untuk ke airport. Mummy dan anak2 naik naza dan mintak tolong si Ariff hantar. Mek & family naik cab.Nasib baik pagi ni tak hujan.

Kiri - Masa pegi masing2 bawak dua beg jer.
Kanan - Tunggu Daddy check-in

Kiri - Ahli rombongan Cik Bedah ke Langkawi.. dua family with 5 kids dan sorang bibik
Kanan -Mummy & Daddy...gambar ni ambik masa anak2 sibuk gi kedai choc. Klu tak sure mencelah je dalam gambar

Kiri - Mek & Family
Kanan - 2 pompuan yg dah tak sabar nak menghabiskan RM...

Wajah2 ceria bibik masa kat LCCT sebelum dapat berita yang menyedihkan dari Indon.

Boleh tahan gak ramainya orang kat airport. Cuti sekolah so masing2 bawak anak2 berjalan2 la. Flight sepatutnya pukul 10.35 tapi kul 11.oo baru take off. Kul 12.00 sampai Langkawi Airport. Masa landing hujan gerimis ler pulak so terpaksa ler berpayung nak ke terminal. Biasalah 'tambang murah' (ya ke murah!!!) terpaksa ler berjalan dalam hujan...hihii.

Dania ni akan berposing tak kira tempat. Tu berpayung masa turun dari flight kat Langkawi Airport.

Alhamdulillah selamat sampai ke bumi Mahsuri... tengah tunggu luggage

Daddy terus survey cari kereta sewa. Kereta sewa kat airport pun almost habis dan harga jangan cakap ler, memang naik lebih dari 30% dari normal price. Plan kami nak ambik dua kereta. Tapi yang ada cuma serena dan wira auto. Abang Brahim tak biasa bawak kereta auto so we all sewa jer Serena untuk 3 hari. Berhimpit le sikit, kalau dapat Pergio sure ngam2 jer. Tak per lah daripada tak ada.

Destinasi utama ke hotel ler tapi on d way kena la isi tangki dulu. Bukan setakat tangki kereta yang dah merah berblink2 tapi tangki kami gak....lepas makan terus check-in. We all duduk kat Century Suria Condominium. Condo 3 bilik. Ada satu king bed dan dua queen bed. Kalau nak masak dapor dan periuk belanga pun boleh sewa.

Persekitaran Century Suria Condominium Langkawi

Ruang condo yang amat luas. Boleh duduk 3-4 family. Nak masak pun boleh sewa gas dan periuk belanga.

Kiri - As expected sampai bilik jer Daddy terus zzzzzzzzz for half an hour. Bayar hutang tidor sebab malam td dia balik lewat siapkan tender.
Kanan - Ready to go.... daddy jadi pilot dan Abg Brahim jadi co-pilot. Map kat tangan masing2 tu...alah tak sesat la, Langkawi tu kecik jer, pusing2 sure jumpa jeti or airport semula.

Lepas solat jamak start keluar meronda. Destinasi pertama ke Underwater World kat Padang Matsirat.Tak pe lah layan jer lah kehendak anak2...agenda untuk Mummy dan Mek (shopping le apa lagi!!!) nanti2 ler... Ticket masuk RM28 for adult dan RM 18 for kid (ni Malaysian punye harga yer). Utk non-Malaysia RM 38 for adult dan RM 28 for kids.

Camera Mummy ni cokia sikit so gambar2 kat dalam Underwater World tu tak clear sangat. Ni jer yg ok. Klu tak boleh tunjuk gambar ikan pelik2 yang ada kat situ.



Mummy & family kat Antartica. Terror tak kita orang. Kat Antartika boleh lagi pakai baju biasa jer... sure lemak kami tebal kan sampai boleh jadi penebat....hihihi

Anak2 Mummy dah bertukar jadi penguin la pulak...

Besar tak ikan yang Mummy angkat tu!!!

Balik2 gambar si Dania kan??? Memang pantang nampak camera budak ni. Paling tak ada gambar si Danish.

Dah penat jalan2 kat Underwater World isi tangkilah pulak. Hujan2 so perut pun asyik berbunyi jer. Memang diet Mummy untuk 3-4 hari ni hancus la!!!
Kiri - Tak yah nak tinjau2 dari luar la Mek, masuk je dalam kedai tu, klu berkenan amik jer, klu RM tak cukup sebelah kedai tadi tu kan ada ATM...apa lagi ...cucuk jer lah...hehehe
Kanan -Dania dan Dafiy main kat timbunan beg2. Janganlah beg2 tu tumbang.

Dari Underwater World lalu kat Pantai Cenang, malas nak turun sebab gerimis memanjang so cuci mata je la. Anak2 semua dah merenggek ajak balik hotel jer, ala Mummy tau ler dia orang sibuk nak berendam kat swimming pool jer. Tadi masa sampai kat hotel itulah tempat pertama dia orang tuju. On day way balik hotel, singgah dulu kedai jual minyak gamat. Apalah ertinya ke Langkawi tanpa beli sebotol dua minyak dan hasil gamat yang lain.


Mari2 beli, murah2. Minyak gamat ada, bam gamat ada, gel gamat ada, ibu gamat ada...macam2 ada! Murah jer minyak gamat ni 12 botol baru RM 8.50.

Kiri - Mummy setakat beli minyak gamat dan balm kayu putih jer.
Kanan - Tengok si Mek tu memborong segala macam minyak yang ada kat kedai tu. Nak jadi tukang urut apa!!! Dia kata kawan2 pesan...ya la tu...

Daddy bawak semua balik ke hotel tapi Mummy dan Mek singgah kat pekan kuah untuk xtxt 'survey menyevey' (hihi...tak survey pun ada yg terus beli jer gak). Masuk kedai keluar kedai compare price, tapi almost harga barang kat kedai2 sama. Selalunya kalau pegi ke Langkawi orang akan ambik peluang beli sama branded pinggan mangkuk, branded choc atau kain batik. Pinggan mangkuk tu almost semua kedai harga sama, choc pun harga antar akedai hampir sama kalau ada bezapun setakat 10-20 sen jer.
Mummy tak der benda lain memang target Corell jer la...nak buat camana dah 'terbekenan' sekian lama. Tapi Mummy tak beli terus pun set Corell tu, plan nak beli last dah nanti je, yg penting dah tau kedai mana nak beli dan design mana dah pilih.

Woit ralit betul Cik Mek kita ni shopping kain batik. Tak toleh kiri kanan langsung. Mummy tak beli pun kain batik. Lagipun Mummy cuma pakai kain batik masa dalam pantang jer. Kat rumah pun ada kut dlm 15 helai yg tak pakai lagi, ada yg beli ada org bagi.

Ha, ni lah pinggan corelle yang Mummy terbekenan tu. Ada jual set 16pcs dan 20pcs. Yg loose pun ada gak tapi bil akira2 yg loose tu lagi mahal. Pinggan round tu dah biasa so Mummy nak bertukar ke pinggan square le pulak. Ligat kepala otak buat calculation campur tolak bagi darab semua ada...

Kalau dah ada pinggan, rasanya akan lagi berseri kalau ada casserole set same design kan??? Ada 3 set boleh pilih. 3pcs (1L, 1.5L & 3L), 3pcs (1.5L, 3L & 5L) atau 5pcs (1, 1.5L, 2L, 3L & 5L). Pilih je la mana berkenan. Berkenan di hati dan berkenan di poket!!!

Kiri - RM 259 (Normal RM 380)
Kanan - RM 359 (normal RM 460)

Kiri - RM 499 (normal 650)
Kanan - Set cawan dan piring ni Mummy tak berapa berkenan sepat saiz cawan dia kecik sangat. Rasanya kalau letak aiar dua teguk jer dah habis.

Agak2 kenapa Mummy beria2 amik gambar pinggan2 tu? Emm..pandai! Mummy nak tunjuk kat Daddy pinggan yang Mummy terbekenan nak beli tu, harap2 Daddy 'sudi' sponsore ler...hehehe
Ikutkan kati nak meronda sampai kedia tutup tapi bila teringat anak2 kat hotel kesian pulak kat dia orang. Sure dia orang kelaparan lepas berengang. So we all tapau dinner bawak balik hotel. Balik ke hotel ambik cab jer, murah jer dua orang cuma RM6. Lagi pun hotel kami duduk ngan pekan kuah tu dalam 5-6 minit jer naik kereta. Nampak nasi jer terus budak2 ngap.

1st day is over. Kena tido awal, esok banyak lagi xtxt nak buat!

Potong ke tak potong?

N3 terlewat ni.... balik dari kampung inlaw malam tadi Mummy sampai rumah dalam pukul 10.30pm. Malam lepas anak2 semua tidor bersemangat nak update blog ni, Daddy pun sama gak ada emel dia nak kena hantar so masing2 on notebook le. Tapi tak leh nak connect ke internet la pulak. Check punye check rupanya petang tu ada kilat kuat so, modem tu Mummy rasa terbakar or yg sewaktu denganya. Bila Daddy call streamyx dia kata replacement paling cepat 2 hari bekerja baru boleh buat. Mak aiii lamanya. Camana dengan kebun mummy ni. Malam ni kena harvest kalau tak rugi puluh ribu beb...hehehe. Nasib baik le masa sibuk check connection , wireless jiran sebelah tu terpapar so apa lagi, Daddy pun calll ler org sebelah mintak permision nak guna wireless stremyx dia. Emm bila dapat password Mummy boleh ler buat n3 sikit semalam. Hampeh le stremyx ni, lama betul nak buat replacement. Cam ni nak potong la...

Hari ni baru sempat nak bukak komputer sebab busy dari pagi lagi. Maklum ler sekarang ni kan bibik tak der so Mummy all rounders ler.... itu pun nasib baik Daddy baik hati pagi ni tolong gi pasar... (mesti nak ambik hati Mummy tu, so Mummy tak marah dia g golf petang ni...pst...jgn bagitau Daddy tau...sorry Daddy, mengumpat sikit....)

3D semua tengah main kat depan rumah ngan anak2 jiran. Si Dafiy lak baru jer tidor pukul 5.30pm tadi. So sementara Dafiy tidor sempat ler Mummy mandi dan solat dan masuk blog ni. Klu tak ada yang saing Mummy masuk toilet dan berebut keyboard ngan Mummy.

Malam ni kalau sempat Mummy masuk n3 pasal cuti2 Malaysia Mummy yang agak tak menyeronokkan tu. Barang2 yang Mummy beli pun masih dalam kotak lagi. Tak sempat nak check ok, ke tak.

Salam Aidil Adha

26/11/2009 (Khamis) - Hari ni Mummy dan Daddy cuti. Aktiviti Mummy kemas rumah dan melipat kain baju yang melambak. Semalam dah basuh tapi tak sempat lagi nak lipat.

Tengoklah baju yang melambak kat ampaian. Mana2 baju basuh semlam yang tak kering terpaksa jemur semula. Nasib baik le si Danny datang angin rajin dia, nak ler dia tolong sidai sebahagian dari kain baju tu.

Nah ngko 3 bakul kain yang tak berlipat lagi.

Tengahari Mummy masak sempoi jer, kari ikan tenggiri + parang dan goreng ikan masin jer. Petang ni Mummy & family akan balik rumah inlaw. Esok kan raya, tak kan nak balik tangan kosong, ye tak? Heheh.... So Mummy decide nak rebus ketupat segera dan buat sambal kacang jer, tapi terfikir lak, tak kan rendang tak de, so Mummy suruh le Daddy g kedai beli daging dan bahan2 lain untuk buat rendang. Dah namanya pun lelaki, Mummy suruh beli barang bukan banyak cuma 4 jenis jer, daging, kelapa parut, cili kering dan kerisik. Tu pun 2-3 kali Daddy call Mummy (pst...mengumpat Daddy ni, jangan bagi tau dia tau...hehehe). Lepas siap masak barulah Mummy kemas kain baju nak bawak balik ke kampung.

Lepas solat Isyak pergi house warming jiran depan rumah. Terjumpalah pulak dengan coursemate cum 'block-mate' Mummy masa kat UTM dulu. Rupanya jiran Mummy tu kakak dia. Sembang2 iti ini, kul 10.00 pm baru kami bertolak balik kg. Sebelum tu kawan Daddy ada call, dia kata PLUS hway arah ke utara daripada Sg Buluh lagi dah tak bergerak. So Daddy ikut Gutrie Hway baru masuk PLUS, so tak der la sangkut kat jam sangat. Tapi kereta memang la banyak. Mummy sepanjang jalan mata macam kena gam tak boleh nak bukak. Kami singgah kat hentian sebelah Behrang sebab Daddy mengantuk sangat. Itu pun susah betul nak dapat tempat parking. 1:30am baru kami sampai rumah. Terus angkat beg2 ambik bantal dan zzzzzzzzzz.

27/11/2009 (Jumaat) - Selamat Hari Raya Aidil Adha. Tahun ni beraya di rumah inlaw. Kat kampung Mummy tahun ni tak ada siapa pun yang balik beraya. Mesti orang2 kat surau hairan tengok rumah kami sunyi jer tanpa sebiji kereta pun. Tak apa lah Insyallah, tahun depan raya haji giliran beraya di PS. So menu pagi raya ketupat palas + rendang kerang, nasi himpit + rendang daging + sambal kacang. Cam tak cukup sifat jer kan aksesori nasi himpit Mummy tu. Ya, betul lah tu tak ada masak lodeh. Heheh... malas ler nak masak. Walaupun raya haji tapi ada gak 2-3 group budak2 datang beraya, dia orang masuk sekejap jer, dan selamba jer cakap pakcik tak dapat lagi duit raya ni...hey...budak2 sekarang. Tak de pun snap gambar masa raya ni. Malas ler nak ambik gambar, bawak baju kurung pun tak pakai. Mood raya haji tak sama ngan mood raya puasa!

28/11/2009 (Sabtu) - Daniel & Danish ikut FIL gi tempat orang sembelih lembu korban. Semalam si Danish jer yang ikut so hari ni pagi2 si Daniel dah mandi sebab takut kena tinggal. Kat kampung inlaw ada 8 ekor lembu dikorbankan. Semalam dah dapat daging korban , hari ni pun dapat lagi daging korban, Mummy rasa ada dalam 4-5kg gak la dapat. Daging banyak so SIL Mummy plan nak buat BBQ petang ni. Selain dari daging korban kami bakar ayam dan udang gak. Orang sibuk membakar2 Mummy sibuk merayau keliling rumah dan petik jambu bol lagi.

Daging dan ayam yang dah diperah dan yang dah masak. Potong nipis2 so terasa rempah dia sampai ke dalm....

Mana tukang jaga BBQ ni, dah naik rentung udang2 tu cik kak ooiiii.

Masa pusing2 keliling rumah PIL sempat lagi snap apa yang patut dan tak patut...hihih

Kiri - Lama tak nampak buah koko. Dulu2 kita orang makan cam gitu jer isi koko tu.
Kanan - Tergoda tak tengok jambu bol tu. Rendah jer buah dia u, Mummy capai jer dari bawah.

Berjenis2 spesis pokok keladi hiasan yang MIL Mummy tanam.

Bentuk daun cam nak sama tapi warna lain2kan.

Lagi pokok2 keladi...

Banyak gak spesis kaktos yang ada.

Kaktos ni boleh meninggi. Yang ni dah banyak kali kena cantas.

Kalau pokok kaktus berbunga kat bawah dia ada batu permata tak???? Heheeh

Lagi spesis kaktus

Lepas solat Maghrib kami siap2 untuk balik ke Bangi. Alhamdulillah, selamat sampai Bangi dalam pukul 9.30pm. Home sweet home.... ahhhhh nak kena operasi kain baju lagi. Kain baju hang basuh sebelum balik kg pun belum habis susun dlm almari lagi.