Wednesday, July 29, 2009

Daddy's Birthday

Happy Birthday To You...Happy Birthday To You...
Happy Birthday To
* DADDY *
Happy Birthday To You


26/7/2009 (Ahad) - Hari ni bday Dafiy yang ke 40. Happy Birthday Daddy, semoga Daddy dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, mendapat keberkatan di dunia dan akhirat dan dipanjangkan jodoh kita hingga ke akhir hayat. We luv u Daddy!!!

Tahun ni mummy tak beli pun kek untuk Daddy, mummy buat jer kek choc dan bagi simple deco jer. Tahun ni lambat sikit Daddy potong kek sebab Daddy outstation ke Karambunai, Daddy balik dah malam dan anak2 pun dah tidur, so next morning baru Daddy potong kek.

Look what we've for Daddy, homemade choc cake, card from mummy, card from the kids and small gift for Daddy.

Card from Mummy


Card from Kids... daddy become "Didi" and "Dedi" ...hiihihi...whatever janji ada bunyi


Danny tu perasan le itu kek dia...


Dania not in picture sebab dia dah pegi sekolah....


Photo taken by Danny...bolehlah

The kids keep asking Mummy, apa mummy beli untuk Daddy...emmm...ni yg mummy beli untuk Daddy, kemeja dan seluar untuk Daddy pergi kerja...tak tau lah nak bagi Daddy hadiah apa, nak bagi perfume, mummy tengok banyak lagi perfumed Daddy... Mummy plan dulu cam nak gi holiday ngan Daddy masa bday dia, tapi tak jadi lah pulak

Sunday, July 26, 2009

An Evening in Taman Tsik Cempaka

25/07/2009 (Saturday) - Hari ni mummy tak pegi pasar sebab stok lauk pauk banyak lagi. Hari ni mummy masak awal. Pas tu mummy gi spa buat facial. Dah dekat sebulan mummy tak g buat facial, terlanjur tak der apa2 program hari ni baik mummy pegi. Biasa ler facial kul 12 dekat pukul 2.15 baru siap. Lepas tu mummy pegi ke Giant cari barang2 dapor sikit. Balik rumah zzzzzzz....

Bangun tidur boring lah pulak duduk kat rumah jer, nak gi meronda2 pun daddy tak der malas ler pulak. Lastnye mummy bawak anak2 gi Taman Tasik Cempaka jer. Pegi pun dah lewat petang, so tak dapat ler anak2 main2 sangat. Walau dah dua bulan lebih pindah ke Bangi inikali pertama mummy bawak anak2 ke taman ni. Dia orang excited ler sebab ada tasik, ada taman permainan yg besar dan ada org jual2 layang... merenggek dia oragn nak layang2 tapi mummy tak belikan sebab dah lewat petang. Lain kali datang awal sikit baru puas dia orang main.


Tengok lah aksi dia orang , selepas cubaan beberapa kali baru berjaya sampai pegang giant clock tu.
Dafiy hauslah... kenapa ketat sangat ni,


Ini bukan gelongsor la Dania...

Penat lah, nak rehat lah kejap...

Apa tunjuk perut gendut tu Danny?

Cam orang dating jer Danny dan Dania ni...hehehhe

Dafiy senyum, mummy nak ambik gambar kita tu...

Friday, July 24, 2009

Wong Solo Restoran

24/07/2009 - Hari ni Mummy gi lunch kat "Restoran Wong Solo" di Sek 9 BBBangi dengan officemate mummy. Indonesian rstoran. Not bad . Mummy boleh bagi 4* untuk makanan dia. Cuma kena order air lebih skit la sebab sambal2 dia pedas boleh tahan.
Kita boleh order ala-carte atau set. Dan dia ada set untuk bungkus punye, packaging dia pun cantik je. Kalau di abuat delivery sure ramai org suka.
Menu dia memang belbagai, tadi kami order Ayam Kampung Goreng, Balado Cumi, Sambal Teri Cabe Ijo ngan Tahu/Tempe Penyet. Patut mummy ambik gambar sebelum makan tapi hp prob le bulak ... dah makan separuh jalan baru ambik gambar..hiihih

Tak pandang kiri kanan, salwa makan
Ayam kampung goreng

Tahu dan Tempe Penyet

Sambal Teri Cabe Ijo

Cumi Balado


Thursday, July 23, 2009

Puding Jagung

Petang semalam jiran Mummy masa di Nilai telefon. Dia nak buat kenduri doa selamat Khamis malam Jumaat. Sebab jiran dekat dan masa mummy buat house warming pun dia datang rumah satu keluarga, mummy decide nak pegilah kenduri dia. So bila nak pegi terfikirlah apa buah tangan nak bawak. Nak buat cupcakes rasa macam tak sempat. So bila balik rumah mummy tengok ada tepung custard dalam simpanan, so mummy decide buat puding jagung jer.

Buat puding jagung ni senang dan cepat, tak remeh. Bahan2nya pun simple jer... tepung custard, santan kelapa atau susu cair, gula dan jagung tin in cream style.

Santan dengan gula didihkan jer dalam periuk
Bancuhkan tepung jagung dengan air.


Tuangkan bancuhan tepung jagung ke dalam periuk. Kacau sentiasa untuk elakkan berketul.

Masukkan jagung tin, nak sedap letak ler lebih. Kacau sampai pekat dan angkat.


Angkat dan masukkan ke dalam loyang atau masuk dalam paper cup cam mummy buat ni ok gak. Dah siap, tak sampaipun satu jam. Masukkan dalam peti sejuk dan makan sejuk2...sedap....

Wednesday, July 22, 2009

Kenangan Di Sekolah Part II


Dari Tingkatan 1 ke Tingkatan 3 mummy (1983-1985) sekolah di SMRPS tapi nama SMRPS dah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Penghulu Saad tahun 1995. Nama Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke IV Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAT BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932.

Mummy belajar dalam aliran Sains Rumah Tangga. Dalam peperiksaan SRP mummy dapat aggreget 9 (untuk lima subjek). Member baik masa kat sekolah di Siti Norahmah, Latifah dan Oh Kwang Hwee.

Kenangan paling tak boleh lupa semasa tingkatan 1, Cikgu "J" suka mengamuk. Mummy rasa dia ni ada masalah tekanan perasaan ke apa lah. Dia tak boleh tengok ada cikgu atau student yang cantik. Dan ada perkara2 yang menyebabkan dia akan hilang pertimbangan diri. Masa tu memang dia akan bercakap tak berhenti, kejap cam membebel, kejap cam marah2 dan keluar juga perkataan yang x sepatutnya, klu dia dlm keaddan ni mummy mmg takut tapi budak2 lelaki suka kalau dia mengamuk sebab tak belajar dan kekadang dia orang lagi provoke cikgu "J". Selalunya kalau nak bagi dia stop mengamuk ketua kelas akan panggil guru penolong kanan (masa tu Cikgu Mat Noor). So bila Cikgu "J" nampak Cikgu Mat Noor mundar-mandir kat luarkelas dia berhenti lah mengamuk. Bila2 Cikgu Mat Noor dah pergi kita orang pulak kena marah dengan Cikgu "J"...mesti dia cakap "sikit2 panggil Mat Noor...sikit2 panggil Mat Noor... Apa khabar Cikgu "J" sekarang ye, sekiranya dia masih ada semoga sihat sejahtera dan dipanjangkan umur hendaknya. Klu dia dah tak ada , semoga rohnya ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman.

Cikgu yang paling mummy suka Cikgu Ridhuan Yahya. Orang Muar. Dia gi mengajar naik skuter warna hijau. Cikgu Ridhuan memang baik dan banyak bagi nasihat dan motivasi kat mummy dan kawan2. Walaupun Cikgu Ridhuan cuma ajar mummy Bm masa tingkat satu tapi dia tetap bagi nasihat pada kami semua bekas2 pelajar dia. Sampai mummy dapat result SPM, cikgu Ridhuan datang ke rumah utk ucap tahniah. Dah pencen atau dekat2 nak pencen rasanya Cikgu Ridhuan sekarang. Ya lah dah hampir 25tahun. Semoga cikgu sihat selalu.
Cikgu Yahya mummy tak suka sebab dia suka ajuk mummy jalan, dia kata mummy jalan macam robot dan senget. Pas tu dia ni cam 'x' skit...hihiih