Tuesday, July 14, 2009

Dafiy's 1st Bday cum House Warming - Part VI (Yeye... hadiah)

Terima kasih banyak kepada semua yang datang dan yang bagi hadiah. Daripada maghrib anak2 semua dah merengek2 nak bukak hadiah untuk Dafiy, tapi mummy tak bagi. Mummy dan Daddy suruh dia orang tunggu majlis selesai dan semua kerja2 mengemas siap. Dek kerana penat menunggu masing2 tertidur, so the next morning baru mummy bagi dia orang bukak hadiah2 tu.

Antara hadiah daripada tetamu yang hadir...


Dafiy posing depan hadiah..kenapa masam jer ni sayang..penat ye...


"yeye Dafiy banyak hadiah..."


Dafiy cool jer tengok hadih tu, kakak dan abang2 yang over pulak...

"Banyaknye hadiah Dafiy, mana satu nak main dulu ye...."

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar, cuaca yang awal paginya gerimis bila petang panas. Makanan untuk menjamu selera tetamu pun mencukupi. Kalau ada kekurangan di dalam majlis ini, kami sekeluarga mohon maaf lah yer... insyallah panjang umur murah rezeki kita buat lagi jamuan makan2 ni.

Dafiy's 1st B'day cum House Warming - Part V (BBQ)

Selain daripada menu yang telah sedia untuk dimakan, kami sediakan juga bahan2 untuk BBQ. Ada ayam, udang, sotong dan jagung.

Daddy tengah memulun nak hidupkan api arang, dah guna fire starter pun api tak hidup2...hihih...mummy dan hubby Mama Miraki tukang tengok jer....


Klu guna satu pembakar ni tahun bilalah nak dapat makan yer....


Danny nak berposing ker apa...baik2 nanti rentung yang dibakar


Danny, Ain dan Shami (sepupu2)

Hah kan betul cakap mummy, leka berposing tengok jagung tu sampai rentung...


Banyaknye jagung...

Dafiy's 1st B'day cum House Warming - Part IV (Potong Kek)

Sambut birthday kalau tak ada acara potong kek cam tak lengkap ler pulak. Selain dari sambut birthday Dafiy , sambut sekali bday Daddy. Bday daddy pun lagi 2 minggu, dan masa tu daddy ada kat Karambunai, so better mummy sambut dulu. Acara yang paling ditunggu oleh anak2 semua memang ler potong kek.

So inilah kek yang mummy beli untuk Dafiy. Choc moist cake. Mummy order kek ni 2.5kg, tapi masa ambik sales girl tu kata kek tu 4.5 kg sebab klu 2.5kg nampak rendah sangat so dia org buat 4.5 kg. Dan dia kata yg 2kg extra tu x payah bayar sebab boss dia bagi free. Memang berat ya mat ler masa mummy angkat kek ini.


Ini pulak kek untuk daddy, choc and walnut dari Secret Recepi. Nyum2



Ini kek dari Secret Resepi gak pemberian Sue, ex staff FT. Terima kasih bebanyak Sue, kek tu teramatlah sedapnye, rich of choc dan ada rosted almond lagi kat dalam.



Daddy and Dafiy blowing the candles. Semoga Dafiy dan Dafiy panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan mendapat keredaan hidup di dunia dan akhirat. Amin.


Nak posing sat...


Sabar2 jangan gaduh2, kek ni besar semua orang dapat bahagian.

Dafiy's 1st B'day cum House Warming - Part III (Kehadiran Tetamu)

Antara gambar2 tetamu yang sempat dirakamkan. Selain daripada saudara mara dan jiran2 baru, ada gak jiran2 lama mummy di Nilai yang datang. Bekas x-staff mummy pun ramai yang datang gak. Terima kasih ler kepada semua yang sudi datang ke majlis kami.













Monday, July 13, 2009

Dafiy's 1st B'day cum House Warming - Part II (Menu)

Menu untuk jamuan, ada yang mummy order dan ada yang mummy masak sendiri dan ada juga yang dimasak oleh kakak mummy dan Mama Miraki. Terima kasihlah pada semua yang sangup tolong mummy. So menu utama nasi briani seperti biasa mummy order kat Restoran Anje di Sek 15, BB Bangi.

Nasi briani...sedap woi makan panas2, api tu lah mummy langsung tak makan siang tu, tamu dah balik sebelum tidur baru baru mummy makan, tu pun sebab perut dah berkeroncong. Masa siang rasa kenyang lah pulak.


Nasi briani

Daging masak braini ...


Ayam masak braini gak...actually mummy suruh order ayam masak merah, tapi daddy terlupa agaknya so diorder ayam masak braini ler pulak, dah dua2 masak briani...


Dalca


Tanpa papedum makan nasi brani tak kan lengkap...

Jelatah...sedap dimakan begitu saja...


Jamuan mummy tak kan lengkap tanpa soto, menu soto lengkap dengan bergedil. Bercinta gak ler nak mengentel bergedel...hihihi

Homemade karipap from Nilai...nasib baik Kak Pah sempat buat...

Kek pisang segera gak...

For the kids mesti ada nuggets, meat ball, sausage and chicken popcorn.


Untuk air mummy sediakan oren sunquick dan sirap, tapi bila sunquick habis terpaksa tukar ngan sarsi pulak. Nasib baik lah bibik ni cekap so nampak jer stok air masak dah berkurangan, cepat2 dia masak air.



Menu tiada dalam gambar sambal udang petai, rendang tok Mama Miraki, masak lemak ikan masin dan nenas dari Kak Noor, kuih lapis, kuih, tapai , agar2 cendol dan buah tembikai. Terima kasih semua kepada yang menolong.