Thursday, September 5, 2013

Cuti-cuti Perth - Part 2 (Caversham Wildlife Park)

Destinasi pertama sebelum check-in hotel adalah Caversham Wildlife. Nak terus check-in hotel nanti kena bayar xtra so kita jalan le terus. Lagi pun dalam fligt masing2 dah tidur lena.

So ikut itinerary yang Mummy buat, hari pertama setakat pusing2 dan pergi tempat menarik area Perth City dan Swan Valley.


Ikut je la anak panah

Lokasi pertama....2nd time Mummy pergi keadaan luar sama cam dulu jer

Since park tak dibuka lagi kita duduk dulu la kat open park sambil tengok orang jogging

Muka belum mandi pagi... tapi tetap cun kan....kkikikiki

Selalu gambar cam ni ngan Mama Miraki kan...hehehe la ni gambar ngan anak dara kecik Mummy si Dania

Hero in my heart!!!

Hutan bandar

Punya la awal kan.....heheh sampai tak de orang lain

Posing2 anak beranak

Isi perut dulu sebelum sesi lawata sambil belajar....Cafe kat sini memeng ada jual halal food. Dan tandas pun ada dua jenis. Muslim toilet dan toilet biasa. Yang muslim toilet tu ada paip air la untuk cuci lepas urusan hajat besar dan kecik...hahah

Miss Tour Guide kita nak gi mana dulu ni?




Gambar wajib ni kena adalah kan...Australia ngan kangaroo mana boleh dipisahkan

Angah : Along jom kita bawak balik kangaroo ni seekor. Kita letak dalam rumah rabbit yang daddy buat tu.

Dafiy ni berani2 takut. DIa teringin nak pegang kangaroo tapi takut...



Masa gambar ni semua tak nak letak muka kat gambar cik Bab*... heheh...

Parrot show

Idaknya Mummy nak pegang ular tu.... geli wei....

Nak tengok farm show pulak


Dah penat ronda2 dan almost 2pm kami pun heading untuk check in hotel

On day way singgah dulu kat sini beli barang dapor.... hahahah.  Kira gi Tesco je la

Mummy kan suka masak dan suka shopping barang dapor....

Dah cam monthly shopping kat Tesco je. Minyak beras tepong semua beli....

Setengah troli jer...hahah

Ok kita tanya pakcik googlemap mana hotel kita......


Inilah apa Mummy beli...hehehe. Memang makan agenda pertama je kannnnn


Stoberri yang sangattttttttttttttt besar....i likeeee 

Ni la depan apartment

Tuesday, September 3, 2013

Cuti-cuti Perth - Part 1

Cerita dah basi tapi tetap nak ceritalah... cuti raya cum cuti sekolah yang lepas Mummy & Daddy bawak anak-anak bercuti ke Perth. Plan asal Mummy & Daddy nak ke New Zealand berdua tapi bila dah campur tolak bagi kali rasa cam kesian pulak la nab tinggalkan anak-anak, so tukar la destinasi dekat dan murah sikit. So the whole family boleh pegi.

Mummy pergi 13-21 Ogos 2013. So secara rasminya Mummy telah memontengkan anak2 dari sekolah selama 3 hari. So sebelum cuti sekolah Mummy dah siap2 tulis surat kat cikgu. Danish dan Dania lepas dari hukuman tapi Daniel dapat hadiah rotan kat tangan sebanyak dua kali... heheh. Dapat hadiah rotan dari guru Sains cum giru displin dengan alasan ponteng tanpa hantar surat. Surat tu Daniel hantar ke guru kelas dan ke pejabat so memang tak ada lah Mummy buat salinan lebih untuk hantar ke guru displin. Bila dia explain kata surat dah hantar pun manalah cikgu nak percaya... kesimpulannya jangan senang2 nak cutikan anak dari sekolah ya puan2 dan tuan2.


Flight kami tengah malam. Biasalah naik kapal dengan slogan yang semua orang boleh terbang tu...hahah. Mummy tak nak lah cakap naik kapal tambang murah tu sebab bukan murah pun tambangnya bila dah ad on itu ini ini the end tak jauh beza sangat ngan kapal lain...hahahah



Ready to go


Flight kul 12.05am dan sampai ke Perth pukul 5.35am...

Lepas ambik luggage Daddy terus ambik kereta. Kami dah buat booking on9 sebelum datang. Bertekak gak la dengan mamat Hertz ni sebab dia kata kena ambik additional insurance untuk cover accident dan sebagainya. Masa booking tu kami dah bayar pun insurance dalam Aud185


Nasib baik ada bilik kecil yang dijadikan surau kat airport so tak kalut nak cari tempat solat awal pagi tu


Bayangkan kalau budak hensem ni tertinggal sorang2 kat airport... whuaaaaa. Nauzubillah.



Ni la kereta kami untuk 8 hari... Kia Carnival jer abang kepada Nazaria. Ingatkan nak jimat ambik sedan tapi kat AUstralia ni strict sangat polis dia, kaau sedan tu memang boleh masuk 4 orang jer tak boleh lebih. No riba2 anak ok..heheh

No plat kena amik nanti kalau parking lupa pulak nak cari kereta....hahaha

My hensem driver forever.....hehehe

Second time Mummy & Daddy ke Perth tapi anak2 first time

Kami tak ambik tour package pun. Sendiri-sendiri jer. Itinerary dah siapkan awal2. Set GPS and redahhhhh. Insyallah memang tak sesat.

Thursday, August 29, 2013

Kenangan Raya 2013 @ JDT - Part 8 (Wang Besar!!!!!)

Duit raya duit raya... sapa yang tak nak duit raya kan. Acara bagi duit raya kat kampung Mummy adalah sangat2 happenning. Secara rasminya penerima duit raya seramai 38 orang yang tak rasminya sure berlebih2kan. Pemberi duit raya pula ada seramai 16 orang. Jenuhlah beratur 16x nak kutip duit raya, kecoh, berpeloh, mengeluh semua ada. Pemberi duit raya termasuklah adik beradik Mummy dan anak-anak saudara Mummy yang dah kerja. Penerima duit raya pulak anak-anak saudara samada dah kahwin atau belum dan cucu-cucu saudara dan kami pun dapat gak duit raya tau. Memang dah macam satu tradisi untuk bagi duit raya kepada semua anak-anak saudara walaupun dia orang dah kerja dan dah berkahwin. Pemberian seikhlasnya la tapi bila dah kumpul-kumpul berlebih nak bayar minyak dan tol balik kampung dan penyambung hidup sebelum dapat gaji la juga...hahahhahaha


Susah oooo nak distribute duit raya ni... mula2 suruh orang duduk dulu....alamak letih pulak pemberi duit raya nak berjalan agihkan duit raya

Last beratur dan permeri duit raya duduk kat depan...

Alahai Dr kita ni besar betul beg dia sediakan untuk kutip duit raya. Camana Doc agak2 collection duit raya tu boleh top up duit hantaran tak


Along dah dapatkan tadi????

Kak Kay sempat pasang boduguard kat belakang tu... takut ada rusuhan semasa nak dapatkan bantuan BRiM ni....hehehe


Cepatttt... turn Cik Rin bagi duit raya ni

Turn Mummy....

Wah tengok tu Mama Miraki, duit raya satu beg merah besar tu!!!


Tiap kali acara bagi duit raya si Daniel ni la yang jadi penanda barisan. dia la yang akan duit raya dulu dia dah smapi ke barisan paling hadapan semula maknnya dah selesai untuk sorang pemberi duit raya sambung ke pemberi seterusnya sehingga habis... letih beb. 

Amboi ko Lan, dapat duit raya sanggup cium tangan ye....hehehe

Anak saudara menantu kami... first time beraya dengan family ni

Siap ko Farhan, tahun depan dah masuk dalam kategori pemberi duit raya... final year student dan bakal arkitek ni... duit raya untuk Cik Gee jangan lupa tau

Aisyah The Paplum girl...

Psst... Dafiy, duit raya tu pass pada Mummy tau!

Yesssss.... dapat duit boleh bayar tol balik Penang pulak

Eyna, bak la sini duit raya tu Mama pegangkan... agaknya itu dialog antara Ayna dan Mama 

Yesssss tahun ni dapat kutip duit raya untuk 3 orang.... berbaloi2

Wednesday, August 28, 2013

Kenangan Raya 2013 @ JDT - Part 7 (Me & My Siblings)

Raya tahun ni Mummy dapat mengabadikan gambar kenang-kenangan dengan semua adik-beradik Mummy. Jom layanzzzzz. Inikan blog peribadi Mummy so memang penuhlah dengan gambar-gambar suku sakat Mummy... kalau tak suka click je X kat atas nun.

Kak Long ... kakak pertama Mummy. Sweet kan senyuman Kak Long ni

Kak Noor ... kakak kedua Mummy

Kak Mah ... kakak ketiga Mummy

Kak Lah ... kakak keempat Mummy

Mek @ Mama Janet - kakak kelima Mummy

Yin - Sorang2 nya abang Mummy. Anak no 6. Alhamdulillah dia discharge dari hospital 2 hari sebelum raya.

Som - Anak no 7

Enab @ Mama Miraki yang over ... satu2 nya adik Mummy, walau pun dia adik tapi dia lagi besarrrrrrrrrrr kan kan kan... betul tak Kak Ton.... ahakssss