Sunday, July 22, 2012

Cerita 1 Ramadhan 1433

N3 tertunda a.k.a terlewat publish...


1 Ramadhan 1433 (Sabtu) - Awal pagi dah ke pasar, pas tu serah la kat bibik untuk cuci bersih dan simpan. Mummy marathon baca novel (ish2... orang marathon khatam Quran Mummy sibuk baca novel pulak....), nak buat camana dapat 'cuti rehat puasa'.... hihihi


Muka ngantuk je masing2 masa sahur

Nasib baiklah anak2 Mummy ni dalam kategori kanak2 yang mudah dikejutkan untuk bangun sahur

Tidur dan keletihan. Hari pertama ni Dania dah kecundang.... pukul 12 lebih dia dah tak tahan sangat haus dan lapar. Last year masa umur 6 tahun pun 1st puasa dia setengah hari jer, alhamdulillah hari2 seterusnya dia dapat puasa dan tak ponteng2 lagi.

Hidangan berbuka 1 Ramadhan

Kari kepala ikan salmon by Mr Daddy.... Sotong goreng tepong requested by the kids

Kacang botol tumis pedas membunuh dan daging black pepper

Ikan masin kurau dan kurma mestilah ada

Friday, July 20, 2012

Harapan Ramadhan



Harapan Ramadhan Lyrics

by Raihan
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku memohon pada Tuhan
diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan
diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua....

Doa puasa sebulan

Doa puasa - harian

Doa sebelum berbuka

Doa selepas berbuka

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KEPADA SEMUA UMAT  ISLAM.

Thursday, July 19, 2012

Beware!

Mood : Nak karate orang!

Wednesday, July 18, 2012

Apa ada pada warna?


Duit baru dah ada di pasaran. Pegi je la ke bank, tukar duit. Agak2 warna mana yang uols nak 'campak2' masa hari raya nanti ya. Duit baru ni warna dia nampak menarik. Mummy baru tengok yang RM1 je, yang lain belum tengok lagi. Kertas RM1 tu cam kertas untuk RM5. Dah lama tak nampak RM20 kan....


Photo : Ikhsan pakcik google

Monday, July 16, 2012

Yin - Warded @ Hospital Muar

Baru je dapat berita, Yin ditahan di Hospital Muar. Tujuan asal ke hospital untuk tukar salur kencing dan sambung MC. Selain dari tu Yin kencing berdarah. Oklah Mummy dah nak bertolak ke Muar ni.