Sunday, February 5, 2012

Ternak lemak dihujung minggu!

Post Mummy kalau hujung minggu mesti pasal masak je kan.... nak buat camana dah Mummy suka masak dan makan. Korang layan je la ye


Menu minum petang hari ni talam keladi... sedappppnyaaaaaaaa.... Lapisan bawah tu Mummy guna tepong beras, santan, gula dan keladi. Lapisan ataas tu guna tepong gandum, santan, gula dan paste keladi. Sapa nak resepi roger2 Mummy la yer...


Yang belah bawak tu nampak hijau2 sikit tu keladi dia la... keladi tu Mummy rebus dengan air daun pandan yang diblend so jadilah warna hijau sikit


Nak potong kuih talam ni memang kena tunggu kuih ni betul2 sejuk baru potong... kalau tak jadi cam Mummy punye ni la, potongan tak licin


Suka tengor warna purple ni... tak tau la pulak apasal org buat kuih talam keladi mesti guna warna purple, keladi bukan warna purple pun..hihi

Behind the scene.....

Kuih talam dalam sauna baru...trio steamer ni memang menyenangkan, air tu tak perlu pun nak didihkan dulu sebab steamer ni cepat panas dan kita tak perlu nak bukak2 penutup untuk cek air ada lagi ke tak sebab dari luar kita boleh tengok water level.... kalau korang rajin masak2 berbaloi2 lah kalau nak beli, bukan setakat buat kuih je nak kukus ikan pun senang. Kalau kukus kuih tak perlu tutup dengan aluminium sebab wap air akan mengalir ke tepi penutup tu sendiri...tapi kalau uols masak cuma 2 tahun sekali tu lupakan je la nak beli bendalah ni...


Dah masak pun... yang ada lubang2 sikit tu gara2 leka mengangkat tutup mengukus sambil lenggang -kangkung sembang kat tepon, air terjatuh atas permukan kuih...huhuhu... kalu tak licin jer permukaan kuih talam ni

Sekali pandang cam talam kacang merah la pulak kan.... emmm lain kali bolh try buat talam kacang merah pulak la....

Ni aktiviti buat apam gula merah semalam

Apam yang tembammmmm

Malam ni nak buat chocolate cheesecake kukus untuk birthday Daniel esok... tengah semangat nak mengukus ni....hihih... kalau tak maximise usage trio steamer tu takut pulak ada yang perli2 nanti hihih



Kenangan mengusik jiwa

Petang semalm pergi giant ternampak buah kat atas tu. Teringat zaman kecik2 ikut abah ke kebun banyak pokok2 ni kat kebun dan kat belukar. Bukan tanam pun tapi tumbuh sendiri or disebarkan oleh burung. Mummy panggil buah cimpluan. Omputih panggil Cape gooseberry, orang kampung Mummy kat Peranchis pulak panggil Physalise, coqueret, atau amour en cage, kawan Mummy si Rosalinda dari Latin tu panggil buah ni Physalis minina Rasa dia manis2 la

Close-up sikit... buah ni kira tak tercemar ngan kotoran kut sebab dia ada sarung atau kelopak kat luar. Sekarang orang guna buah ni untuh hiasan kek or dessert.

Ni la rupa pokok dia... dulu2 pokoknya banyak kat kebun abah ... seronoknya bila jumpa buah dia yang dah masak


Buah cimpluan dah masak ka pokok... gambar dari pakcik google

Salam Maulidur Rasul 1433H

Assalamualaikum..

Mummy ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam, dan kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia secara amnya. Semoga kita dapat menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan lebih menyayangi Rasulullah s.a.w dengan cara menzahirkan melalui tindakan kita selepas ini..
Marilah kita beramai-ramai menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W. dan mencontohi baginda.

 

Saturday, February 4, 2012

Reko Rabbit Park

Pagi tadi masa Mummy tengah bersilat masak kat dapor, daddy bawak anak2 ke rabbit park. Dekat je rabbit park tu dengan rumah mummy. Mummy suruh Daniel bawak camera dan ambik gambar2 so ni semua hasil gambaryang dia orang ambiklah. Kesiankan Mummy kena tinggal huhuhu






Mana lagi comel, rabbit tu ke saya?


Muka tension dan menangis sebab takut kena kejar arnab


Dah berani bagi makan rabbit...








Mummy tengah fikir dan buat timbang kati ni,  si Daniel & Danish kata  untuk birthday dia orang tahun ni dia orang nak arnab sorang seekor, tak tau la nak belikan ke tidak. Masa kecik tu memang nampak comel tapi bila dah besar tu dia dah start makan banyak dan ber*k pun banyak gak...
Cuti panjang cam bisalah Mummy ternak lemak je

Menu lunch hari ni

Sambal udang petai

Kerabu tauhu dan kacang botol

Sup telor