Tuesday, March 15, 2011

Istanbul - Madinah - Mekah (Part I)

Assalammualaikum ... n3 kali ni dan yang berikutnya adalah n3 yang agak terlewat... banyak kerja yang nak kena settled kan selepas cuti dua minggu lebih ni. Uols tau kan Mummy & Daddy pergi umrah dan ziarah dari 25/2/2011 - 11/3/2011. So n3 ni memang akan penuh dengan gambar2 kami ... kalau agak2 bosan tu click je tanda "X" kat belah atas tu...


Mummy dihantar oleh Datuk T dan Datin S ke KLIA, anak2 semua tinggal kat rumah je. Memang sedih la nak tinggalkan 4 orang anak dengan bibik je. Nasib baik Mak Su dia orang sanggup temankan. Mummy bertolak 25/2/2011 dengan Saudi Air, seinggah 45 minit di Riyard dan terus ke Jeddah. Transit di Jeddah 12 jam dan terus ke Istanbul. 4 hari 3 malam di Istanbul terus ke Madinah dan 4 hari 3 malam di Madinah terus ke Mekah sampai la balik. Ketiga2 tempat yang Mummy pergi tu memang ada keistimewaan dan kelebihan masing2.


Dari Madinah, rombongan Mummy sampai ke Mekah almost tengah malam, lepas check-in hotel terus dibawa ke Masjidil Haram untuk umrah yang pertama. Kalau ikut dalam  pakej, pihak Andalusia akan bawa  jemaah untuk buat 3x umrah saja tapi dia bawak 4x. Merasalah kami miqat di tempat yang berlainan ... Biir Ali, Tan'aim, Ja'ronah dan Hudaibiah. Sesiapa yang nak buat lagi boleh pergi ke tanah halal untuk miqat naik bas or van sendiri. Nak dekat pergi je ke Tan'aim, naik bas baru 2 rial kalau van 10 rial.


Sepanjang di Mekah, kami tinggal di Alhijaz Palace Hotel.Hotel 12 tingkat yang sentiasa penuh dengan jemaah...

Dari tingkap bilik hotel Mummy menghadap terus ke pintu King Abdul Aziz Masjidil Haram ... distance dati hotel ke masjid dalam 300-400 m je ... jalan dalam 5 minit

Masjidil Haram yang terang benderang diwaktu malam... sentiasa penuh dengan jemaah

Bersama2 ahli rombongan sebelum masuk Masjidil Haram

 
Di pintu masuk Masjidil Haram - Pintu 1 King Abdul Aziz...

Lautan manusia mengelilingi kaabah

 
Bersyukur sangat2 bila nampak kaabah di depan mata. Perasaan yang sangat sukar digambarkan, rasa macam tak percaya pulak.

Selepas umrah pertama dan kedua mengikut panduan dan tunjuk ajar mutawif, umrah seterusnya Mummy & Daddy dah rasa sedikit confident untuk melakukannya sendiri. Dapat melakukan umrah pada waktu yang berlainan tengah malam, tengahari & petang.

Dapat solat di belakang Makam Ibrahim. Tak de rezeki untuk solat di Hijir Ismail.

 
Dah selesai tawaf

Deretan tong berisi air zamzam

Isi tank dgn air zamzam sebelum buat sai

Laluan nak ke tempat sai

Safa - Marwah ... Mummy bayangkan masa sai ni akan melalui laluan berbatu dan berpasir dari bukit Safa ke Marwah. Rupa2nya kawasan sai berada dalam bangunan beraircond hanya tinggal sedikit saja kawasan batu berbukit2 di hujung laluan Safa-Marwah.

Masa untuk bertahlul...

Bersambung Part II...

Monday, March 14, 2011

Al-fatehah...

Al-Fatehah untuk Allahyarhamah Makcik Ramlah. Makcik Ramlah adalah salah seorang dari 28 ahli rombongan umrah ziarah yang Mummy sertai. Beliau telah kembali kepada penciptaNya pada 12/03/2011, sehari selepas kembali ke tanahair dari mengerjakan umrah. Semoga roh Makcik Ramlah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan umrahnya diterima Allah.

Sedikit flashback tentang Makcik Ramlah, dalam flight semasa dalam perjalanan Jeddah-KL, Makcik Ramlah duduk sebelah kiri Mummy. Suami Makcik Ramlah duduk dua baris di belakang. Sepanjang perjalanan Makcik Ramlah tidor je. Bila time makan Mummy gerakkan dia dan tanya dia nak makan apa. Masa tu Mummy dapat rasa tangan dia hangat so bila Mummy rasa dahi dia panas betul, rupanya demam dia tak kebah lagi, dua hari terakhir di Mekah memang dia demam. Nak di bawa ke klinik pun dia tak nak, dia makan ubat je, so Mummy ingat dia dah ok.

Waktu makan tu pun dia tak makan apa, setakat minum sikit. Selepas tu dia tidor semula. Mummy tanya dia kenapa? Dia kata dia ngantuk sangat dan nak tidor. Dia suruh panggilkan suami dia. Bila suami dia datang dia mintak urutkan belakang dia. Daddy pindah duduk belakang biar suami Makcik Ramlah dapat duduk sebelah dia. Mummy ambil minyak kapak dan sapu ke kepala dan picit kepala dia. Badan dia sangat2 panas, lepas tu stewardess datang bila tengok ramai ahli2 rombongan tengok keadaan Makcik Ramlah. Dia buat announcement kut2 ada doctor onboard. Alhamdulillah ada seorang dr dalam flight tu.

So lepas tuam dengan ais dan bagi makan ubat dan minum dia nampak lega sikit. Dia kata dah ok, kemudian dia sambung tidur.Kejap dia bersandar kejap dia menunduk2... Mummy tak tau nak buat apa so cuma tolong picit2 tangan dan kepala dia je. Masa nak sampai KLIA tu Makcik Ramlah kata terima kasih dan mintak maaf sebab dah susahkan semua orang.Masa nak jalan ke wheelchair pun dia dah tak larat, so Mummy dan suami Makcik Ramlah bantu pegang kanan kiri. Selepas tu Mummy tak jumpa dah dengan Makcik Ramlah.

Mummy marah Daddy bila dia cakap kat Mummy dia kata Makcik Ramlah tu rasanya macam dah tak lama. Rupa2nya betul jangkaan Daddy.

Jumaat malam Sabtu, Mummy dapat SMS dari Nurul @ Kak Ngan (ahli rombongan umrah juga) yang Makcik Ramlah baru je meninggal di Hospital Ipoh. Al-Fatehah untuk Makcik Ramlah. Semoga suami dan ahli keluarganya tabah dengan ujian Allah ini. Amin.

Gambar2 kenangan Makcik Ramlah semasa di Istanbul, Madinah & Mekah.

Makcik Ramlah (dua dari kanan), menunggu giliran di Raudhah

Makcik Ramlah (dua dari kanan bertudung putih) semasa di Istanbul

Makcik Ramlah (kiri sekali) sedang berdoa selepat solat di belakang Makam Nabi Ibrahim * . Semoga yang didoakan dimakbulkan Allah.

* Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya.
Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.
Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.

Sunday, March 13, 2011

Home sweet home ....

 
Assalammualaikum ... Alhamdulillah Mummy dan Daddy dah selamat pulang dari mengerjakan umrah dan ziarah Istanbul-Madinah-Mekah pada 11/3/2011. Pada yang tak sabar nak tengok gambar2 tunggu je la dulu ye, Mummy belum dapat lagi mood untuk berblog... masih rasa nak lepak2 je ngan anak2... tunggu la ye...

Sunday, February 27, 2011

HAPPY 8TH BIRTHDAY - ADAM DANISH

schedule n3 ...

HAPPY BIRTHDAY


27/02/2010 (Ahad) - Hari ni anak kedua Mummy, Adam Danish menyambut ulangtahunnya yang ke-8. Dari jauh Mummy & Daddy berdoa semoga Danish dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh. Jangan lupa solat ya. Mummy dan Daddy tak ada jangan gaduh2 dengan adik beradik ye.


Jom layan gambar2 Danish masa bday dia yang lepas2...


Danish - 3 Years Old


Danish - 4 Years Old

Danish - 6 Years Old


Danish - 7 Years Old

Danish - 8 Years old (pre-celebration on 24/02/2011)

Tak lupa hadiah yang dimintanya... monopoly...

Mummy sempat buatkan oreochoc untuk kawan2 Danish

Dah siap masuk dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk, hari Isnin esok dia akan  bawak ke sekolah dan bagi pada classmates.

Saturday, February 26, 2011

Maher Zain Live In Concert

Schedule n3 ...


26/02/2011 (Sabtu) - Malam ni Maher Zain buat konsert di  di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Mummy bukanlah peminat fanatik dia, tapi suka gak dengar lagu2 dia especially time drive. Rasa cam relax dan tenang je. Company bagi semua staff kat opis Mummy tiket free untuk tengok konsert ni. Kalau yang dah kahwin dan beranak pinak akan dapat tiket ikut jumlah ahli keluarga, klu yang single boleh dapat maksimum 3 tiket (untuk bawak parents). Nampaknya memang tak ada rezeki Mummy nak tengok Maher Zain secara life la.

Jom layan Maher Zain nyanyi Insyallah dalam versi Melayu...