Friday, January 21, 2011

Red velvet cuppies & moist choc brownies

Lama Mummy tak buat n3 pasal masak2 dan baking2 kan. So hari ni nak tunjuk xtvt baking-membaking sempena cuti Thaipusam. Mummy buat red velvet cuppies dan choc brownies. Wah sampai dua jenis buat tu...Cadangnya nak buat fruitart tapi tak jadi.... Ini first time Mummy buat kedua2nya. Resepi dia sempoi je. Red velvet tu Mummy guna resepi Mat Gebu dan choc brownies tu ambik kat blog Sinar Kehidupanku

Red velvet cuppies.... walaupun tak gunakan telor tapi kek ni mengembang baik dan gebuzzzzzzzzzzz

Choc brownies yang sangat2 moist dan rich dgn choc... boleh pengsan ni kalau makan banyak2...


Behind d scene ...


Susu soya (susu cair, fresh milk or whipping cream pun boleh) + cuka epal ... kacau dan biarkan 10 minit sampai jadi cam yougut


Tepong gandum + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder ... disatukan dan diayak


Gula + minyak + choc emalco + pewarna merah ... dipukul dengan whick hinga sebati. Seram tengok pewarna merah tu... cam darah mengalir la pulak... emm teruk betul imagination Mummy ni...


Masukkan telor dan essense vanilla. Cam ngeri je tengok kemerahan adunan ni....


Masukkan tepong sedikit2


Masukkan adunan yang dah siap dalma piping beg. Tujuannya biar senang nak tuang dalam cup, dan cup tak comot...


Sedia untuk dibakar... tengok cup tu cantik je kan tak comot sikit pun.... hehhe...kes pui diri sendiri ni


Sedang kepanasan dibakar... wah nampak naik cantik jer...


Fresh from oven ni... nasib baik warna dia tak merah menyala....


Gebusssssssssss
Close-up sikit

Malas nak buat cream cheese topping so topping dengan choc ganache je...

Actually warna kek ni bukanlah merah menyala tapi ala2 merah baldu ke maroon le... hehhe. Kek ni betul2 moist, bibik bolehlah makan kek ni sebab tak gunakan telor pun.

Lepas buat red velvet Mummy terus buat choc brownies. Ni pun resepi mudah dan guna whisk je.

Susu + butter cair (Mummy guna minyak jagung) + air panas dan gula perang - campur dan pukul dengan whisk


Masukkan telor dan vanilla


Tepong + serbuk koko + baking powder diayak


Masukkan bahan2 yang diayak dan kacau rata dan jangan ada yang berketul2 yer...ok siap dah adunan... senang je kan


Sedia untuk dibakar


Aduhhhhhhhhhh panasnye aku dibakarrrrrrrrrrrrr

Choc brownies fresh form oven.. tunggu nak letak choc ganache topping  je

Chocolate ganache untuk topping brownies


Tuang dan ratakan jer...


Kalau rajin boleh di'mable'kan dengan white choc... buruk betul mable Mummy ni, sebabnya terpotong piping beg tu besar sangat...so laju jer choc tu keluar...emmm tak seni langsung kan...

Wednesday, January 19, 2011

Nasib golongan pertengahan!

n3 diambil dari ruangan surat pembaca Berita Hairan Harian . Setuju dengan penulis surat ni, setuju bukan sebab penulis tu abang Mummy tapi memang benar apa yang ditulis tu. Tak de siapa nak bela nasib golongan ni... huhuhu...sedih ni...

==================

SAMA ada sedar atau tidak golongan pertengahan adalah golongan teramai di Malaysia dengan mempunyai berpendapatan sederhana tinggi. Golongan ini kebanyakannya bekerja makan gaji sama ada sebagai penjawat awam atau pekerja swasta.

Golongan pertengahan ini juga adalah pembayar cukai terbanyak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) walaupun kadangkala lebihan pendapatan mereka setiap bulan tidak seberapa dengan pelbagai tanggungan wajib dan beban kenaikan harga barangan.

Bagi mereka berjawatan tinggi yang tentunya berpendapatan tinggi mungkin tidak merasakan masalah ini kerana pelbagai jenis elaun diterima. Mereka tidak memikirkan bagaimana untuk sampai ke sesuatu destinasi jika diarahkan bertugas di luar. Tiket penerbangan, tempat penginapan dan sebagainya sudah tersedia tapi bagaimana dengan golongan pertengahan?

LHDN sepatutnya turut memberi lebih fokus kepada peniaga nasi lemak, pisang goreng, tukang urut, peniaga pasar malam, pemilik restoran Thai yang ada di antara mereka yang berpendapatan melebihi RM500 sehari namun pendapatan tidak pernah diaudit dan mereka tidak dikenakan cukai.

Begitu juga peneroka FELDA yang memperoleh pendapatan lebih daripada RM5,000 sebulan, sepatutnya layak untuk dikenakan cukai.

Slip gaji juga adalah penghalang golongan pertengahan untuk mendapat kemudahan dan keistimewaan biarpun hakikat sebenar mereka juga layak. Contohnya pemilihan untuk anak ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau MRSM.

Pendapatan keluarga juga satu daripada syarat untuk melayakkan mereka diterima ke SBP selain keputusan 5A. Contohnya, seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak dan berpendapatan RM1,300 layak mendapat SBP daripada sebuah keluarga yang mempunyai enam anak dengan pendapatan RM4,000.

Begitu juga kelayakan membeli rumah PPRT, Biasiswa Kecil Persekutuan, subsidi membeli beras, bantuan pakaian seragam dan sebagainya.

Hanya mereka berpendapatan RM1,500 ke bawah saja layak sedangkan mereka yang berpendapatan lebih sedikit daripada itu dan mempunyai tanggungan yang ramai tidak layak.

Saya amat berharap pihak yang berkenaan lebih bersikap adil dan relevan dalam menentukan status kelayakan mendapatkan keistimewaan dengan mengambil kira jumlah tanggungan dan taraf sosioekonomi sesuatu tempat.

Begitu juga kelayakan pendapatan yang layak dikenakan cukai mungkin perlu dinaikkan dan pelbagai potongan lain sebagai rebat.

Saya bukan cemburu dengan mereka yang mendapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan namun berharap mendapat secebis keistimewaan kerana kami juga adalah rakyat Malaysia yang juga golongan pembayar cukai teramai.



WONG KHOO LAI,

Kulai, Johor.

Monday, January 17, 2011

Busy

Weekend dan monday morning yg busy, tak sempat nak post n3. Sebelum lupa baik tulis tajuk dulu;
- Kelas Choc 15/1
- Flea Market Again
- Urut2 badan
- IKEA DIY

Chow... nak p bank ni... pas tu nak gi SOCSO, EPF & LHDN

Thursday, January 13, 2011

Bosan

Bosan dengan :
  1. orang yang suka cakap besar dan berlagak - boleh dengar jer tapi janganlah percaya apa yang diperkatakan
  2. orang yang suka mengenakan orang lain tapi bila orang kenakan dia tau pulak marah - jangan lupa orang lain pun ada perasaan juga
  3. orang yang anggap dia ni bagus tapi tak bagus mana pun - orang cam ni campak je ke hutan biar hidup ngan rimau ngan gajah
  4. orang yang suka memalukan orang lain dikhalayak ramai - lain masa mungkin dia akan dimalukan oleh orang lain
  5. orang yang rasa dia je buat kerja dengan baik orang lain hampeh, kerja dia je susah kerja orang lain senang - kita hidup bermasyarakat so  masing2 ada peranan
  6. orang yang mengaku kenal 'semua orang2 besar' - memang la ngko kenal orang2 besar tu tapi jangan perasan la, orang2 besar tu tak kenal ngko pun

Tuesday, January 11, 2011

Mesyuarat Tingkap

N3 tertunggak lagi...

Last Saturday, lorong perumahan Mummy buat gotong royong tebang dan trim pokok2 depan rumah masing2, yang gotong royong tu kaum bapa la, untuk kaum ibu pulak, kita orang tukang bagi moral support je sambil buat mesyuarat tingkap... hehehe


Pokok2 yang dah sangat besar nak cecah bumbung tu...

Depan rumah orang lain ada satu jer pokok besar tapi depan rumah Mummy ni ada 2 pokok besar ni...

Daddy memulakan misi 

Baru sekerat jalan.... dah sakit pinggang... 

Almost done...

Finally... selesai satu pokok....

Dua pokok depan rumah Mummy yang dah togel...

Mak Datin kita tu sibuk dengan camera je... hehehe

Sebahagian dari ahli mesyuarat tingkap... Kak Pah, Kak Zai & Kak Zee...

4 bibik dengan anak jagaan masing2... lepas ni bibik2 tak bolehlah ambik peluang gebang lebih masa sapu daun2 pokok yang gugur.. hehhe

Jamuan ringan pot-luck ... kaum ibu yang lebih makan ni... hehhe