Monday, October 11, 2010

Gambar Perkahwinan Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina

Ahad, 10 Oktober 2010 dengan sekali lafaz angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sah menjadi milik gadis melayu pilihan hatinya, iaitu Dr. Halina.  Jom tengok gambar2 pernikahan mereka. Semoga jodoh mereka berpanjangan....

Nah cek hantaran 100K untuk sayang....

Cium dahi...gambar wajib ....

Natural...

Kat masjid selepas majlis pernikahan...
  
Super duper handsome... makcik2 yang gigi tinggal sebatang pun boleh tergoda... hahahha

Sumber gambar : gua.com.my & www. kukubesi.com

Sunday, October 10, 2010

10.10.10 Yang dinanti dah tiba...


Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nantikan sudah tiba. So pada sesiapa yang melangsungkan hari bahagia mereka hari ni Mummy ucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru, Selamat Bertunang, Selamat Hari Lahir, Selamat Terima Menantu dan selamat segala-galanya.

Walaupun ramai orang melangsungkan perkahwinan hari ni tapi yang pasti kemeriahan dan keglamouran (ada ke perkataan ni...hahaha...marah cikgu bahasa) tak dapat nak menandingi perkahwinan angkasawan kita Datuk Dr Sheikh Muszapfar Shukor (wah bagi nama penuh lahg...) & Dr Harlina yang dianggap wedding of the year. Semoga perkahwinan gilang gemilang yang akan dihadiri oleh angkawasan2 dunia dan pemimpin2 negara ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat...

Friday, October 8, 2010

Raya 2010 : Episod (Jamuan Penutup Raya dengan opismate)

N3 makan2 sebelum masuk beradu....


 Malam ni dinner kat Restaurant Village View Jalan Reko dengan anak2 buah kat opis & family. Juga few business partner yang selalu deal dengan kami. Semua ada dalam 40-50 orang la. Ni kira jamuan penutup raya la.


Entrance Village View Jalan Reko


Sementara waiters serve makanan, apalagi kita snap2 dulu la ye...


Sampai2 terus makanan dihidangkan...what a wonderful dinner!


Mazlan & Azronizan with family


Mak Yong yang tunggu masa nak bersalin... tarikh jangkaan 10/10/10....waaaa what a beautiful date. Sama ngan wedding Dr SMS tu..


Me & partner.... heheheh

Mummy, Dania & Daddy

Jom layan pulak apa menu malam ni... mummy rasa ni bukan makan lagi tapi dah categori melantak.... hehhe. Tapi Mummy maintain makan ditahap minimum jer...heheeh (kalau Mummy makan banyak pun bukan uols nampak kan...hahahaha)


 
Telor bistik & telor bungkus


 
Sup tulang & tomyam campur


 
Kerabu mangga & kailan ikan  masin


 
Kerapu sweet sour & siakap masak halia

 
Black pepper beef & sotong dan udang goreng tepong


Lepas makan ada small gift untuk anak2 dan juga pertandingan nama baru syarikat. Disebabkan tiada pemenang untuk pertandingan nama baru syarikat hadiah diberikan kepada peserta yang menghantar penyertaan terawal...


 
Yeyeye...dapat hadiah dari Uncle Fadzly @ Fadod


Ziela & Hamsiah...another Mak Yong yang tunggu masa nak bersalin dalam 2-3 minggu lagi...


Mummy la.....


Housemate - Duan & Arif


Dania & Daniel & Arif. Siapa tahu kenapa si Daniel bersongkok? Hehehe... dia nak cover rambut dia yang baru kena potong pendek semalam....


Dania & Aunty Ziela... sama2 purple...

Gambar Pra-Perkahwinan Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muzaffar

Teruja pulak bila tengok gambar2 pra perkahwinan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muzaffar (Dr SMS) & tunangnya, Dr. Halina.... majlis perkahwinan yg boleh diklasifikasikan as wedding of the year dgn 10,000 jemputan tu akan berlangsung pada 10.10.2010...  so kalau nak tengok persandingan gilang gemilang ni malam minggu jangan gi mana2 duduk je depan TV3 suku.... ada siaran langsung...

Thema perkahwinan ala2 kat kayangan tu.... balik kerja nanti Mummy  nak gi test baju yg dah tempah kat butik untuk majlis gilang gemilang ni.... hahahah... Dr. SMS dah jemput kenalah pegi , betul tak....





Gambar2 kat atas diambil diambil oleh official photographer mereka, Kukubesi Manipulasi dan Saiful Nang

Nak tengok gambar2 lain klik kat sini

Gambar semasa majlis pertunangan ...


Jejaka idaman Malaya yang bakal mengakhiri zaman bujangnya.... ramailah awek2 yang kecewa.... hahaha....

Putus sudah kasih sayang ... Raja Azura @ Kak Engku Sah Bercerai

KE ... masa press conference... gambar ambil dari murai.doc

Nampaknya rumah tangga Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Raja Azura telah sah bercerai dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman pada 28 September lalu. Kedua-duanya telah cuba menjalani kaunseling tetapi tetap gagal untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.


Mummy kagum betul dengan ketabahan Kak Engku yang tetap bertugas seperti biasa di konti Sinar Pagi walaupun telah bercerai hampir selama seminggu. Memang tabik respek. Salute. Sungguh cekal hati seorang wanita ini. Siapa sangka dalam gelak tawa dia kendalikan segment pagi kat Sinar.FM dia simpan cerita sedih. Semoga Kak Engku terus tabah dengan dugaan dan cabaran ini.


Raja Azura dan suami ada 3 cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4. Walaupun telah bercerai, kami berharap agar kasih sayang mereka berdua terhadap anak-anak tetap tidak akan berbelah bahagi. Jangan biarkan anak-anak yang menjadi mangsa.

Mummy respect betul dengan Kak Engku sebab tetap merahsiakan punca penceraiannya walaupun desas desus ada pihak ke-3 yg terlibat... tahniah Kak Engku.


berita lanjut boleh baca di sini