Thursday, September 2, 2010

22 Ramadhan 1431

Alhamdulillah dah selesai puasa 22 hari. Hari ke-22 puasa anak2 semua tak puasa sebab demam. So mood nak masak pun 'demam' gak. Lat Mummy cuma masak sambal ikan bilis petai, sup bodoh sawiputih dan goreng ikan. Mummy buat pengat keladi sikit. Pas tu gi meronggeng kat PaRAM ngan Daddy. Pergi dah lewat so jualan pun nampak tak menghairahkan...

Pengat keladi yang tak menghairahkan... tak tau lah kenapa gula merah dia tak merah pun... 'kiciwa' sebab keladi dia tak 'pulen'... pulen tu apa....pi cari kamus JoWorld

Pecal beli untuk Daddy... kali ni kuah pecal menepati piawaian...pedas dan mantap cuma rasanya instead of pucuk ubi dia letak DAUN UBI... rasa cam Mr Kamb**g la pulak... hahaha

Nasi ayam berempah untuk orang tak puasa...Dania

Sup bodoh sawi putih ... buka Mummy makan semangkuk terus tak makan yang lain,,,

Roti jala... sampai sahur ada lagi 2 keping

Koci pulut hitam dan lepat labu yang sangat mables

Danny & Danish yang maih tak berapa selera nak makan...

Wednesday, September 1, 2010

Viral fever

1/9/2010 (Rabu) - Lepas sahur Mummy bersenam sikit. Salut biskut almond london ngan choc. Semalam tak sempat nak habiskan menyalut choc. Anak2 demam lagi so masing2 bangun lewat sikit.

Kul 8 Mummy gi 'montoran' ngan daddy ke JPJ. Apa lagi uruskan roadtax mini coupe Mummy yang tak settled lagi la. Urusan selesai dalam masa 30 minit. Renew 6 bulan je... lepas 6 bulan? Malas nak fikir .... tunggu je la bila masanye sampai

Balik rumah siapkan anak2 untuk bawak dia orang ke hospital. Mummy nak suruh dr buat blood test sebab lama sangat dia orang demam.

Bad mood...

Dalam demam2 ada hati lagi nak merempit...

 
Mummy pegi ke Hospital Pakar An-nur Bangi

 
Sementara menunggu nombor dipanggil. Adalah dalam 20 minit tunggu

Tarik nafas... lepas... tarik nafas...

Buka mulut....

Masa doktor cek, demam si Daniel hampir 40', Dania & Danish dedar je. So doktor kata buat blood test untuk Daniel je. Bab nak ambik darah ni yang jenuh... menanggis2 si Daniel tak nak.

 
Sampai 4 orang nak pegang si Danny ni masa doktor nak ambik darah. Nurse balut dari pinggang ke bawah biar Danny dengan kain cadar biar dia tak meronta. Daddy pulak peluk dan tekan badan dia dari atas. Aduh jenuh betul... macamana la nak sunat nanti

 
Muka kelegaan lepas ambik darah...

Lepas 15 minit dapat result darah. Alhamdulillah doktor kata viral fever je. Platlet darah pun normal 270+. Tapi kalau demam tak kebah juga by friday, kena repeat test.

Balik dari An-nur sempat singgah bakery shop sekejap beli choc. Orang tersangatlah ramainya. Parking pun tak ada. So Mummy masuk kejap dan daddy pusing2 dulu.

21 Ramadhan 1431

21 Ramadhan 1431 = 31 Ogos 2010 (Selasa) - Dalam masa anak2 demam Mummy sempat gak bersenam kat dapor lepas sahur buat biskut raya. Mummy sambung buat almond london dan cornflakes madu. Dan buat gak lagi snow almond.

Petang Mummy gantung periuk belanga sebab Daddy ajak buka puasa kat luar. OKlah lagi pun dah 3 minggu puasa belum ada bukak puasa kat luar pun. Lagi pun nampaknye anak2 cam dah ok je.

Mummy tak tau pun kewujudan restoran ni kat area MARDI.

Sampai dah almosy pukul 7pm so parking dekat2 semua dah penuh. Terpaksalah menapak jauh sikit. Turun naik bukit pulak tu... memang turun 5 gm la..

Biasalah buffet...menu memang berbagai...

Another lauk pauk

Kesian kambing ni tergolek2 dan meliuk lintuk badan dia ... ni gambar sebelum dipotong2... 30 minit lepas tu .. tinggal tulang rangka je... hahaha... rakus betullah manusia ni...

Ni yang Mummy makan... mee goreng mamak yang sodap

Ni kuih2 yang Daddy ambik. Kuih kasui to kalau baling kat dinding mungkin dinding tu retak kut...

Mee dan ini je yang Mummy makan... selain beberapa biji buah dukong. Cam tak berbaloi kan gi makan... tak tau la apasal Mummy malas nak makan... mungkin sebab...baju yg Mummy beli beberapa bulan lepas tu Mummy dah boleh paki hari ni... so takut nak makan banyak2... nanti jadi cam sarung nangka pulak...hahahaah

Ais kacang

Makan2...

My heroes. Hero kecik zzzzzzzzzzzzzz

Line yang panjang untuk ambik ais-krim. Bukan budak2 je tapi emak bapak budak pun ikut memanjangkan barisan...

Daddy & x-schoolmates

Cam handsom je bujang Mummy ni

Muka toya Dafiy lepas bangun tidur

Daddy & friends

Lagi satu tudung raya yang dah dirasmikan...

Walaupun makanan boleh tahan jenisnya tapi sayang bilik surau dia tersangatlah kecik nye. Dalam satu masa bolehlah solat 7-8 orang. Lepas solat Mummy pergi ke Parkson Alamanda nak cari kasut anak2. Dah terlanjur keluar ni settledkan lah sekali.

Acara panjat2 kat Parkson

Cuba teka kaki siapakah ini?

Oklah, muat la tu...

Tak kira tempat asyik nak bergaduh je...

Lepas kena marah ngan Daddy...tu la bergaduh lagi...

Kedai kasut kat parkson ni lokasi berhadapan dengan 'zon larangan' untuk anak2...heheh... toys area la... so si Dafiy terus tuju je ke tempat jual minan.. sorry la Dafiy... mainan kat rumah tu dah ada... no more toys ok...

Lepas beli kasut sempat lagi main2 sampai Alamanda dah nak tutup

On d way balik rumah semua demam semula...

20 Ramadhan 1431

20 Ramadhan (Isnin) - N3 yang tersangatlah lewatnye akibat kesibukan balik kampung hujung minggu, buat biskut raya dan anak2 demam. Sampai tertangguh je. Menu paling sempoi, Mummy buat mee goreng basah, sotong goreng kunyit dan bei murtabak je.

Sotong goreng kunyit... mummy makan ngan daddy je. Anak2 tak  nak makan la pulak...

Murtabak power RM3.50... satu family makan pun tak habis

p/s Mummy tak letak gambar mee goreng basah sebab bile tengok2 semula gambar tu cam geli la pulak, mungkin sebab gunkan flash so gambar mee greng tu jadi cam gambar cac*ng la pulak... alamak kembang tekak ku....

Dugaan Ramadhan...

N3 terpendek. Mummy nak gi bawak anak2 ke hospital untuk buat blood test. Demam since friday tak kebah2. Harap2 semuanya ok dan cuma demam biasa je.