Thursday, August 13, 2009

Renew Passport Bibik

11/08/09 (Selasa) - Hari ni mummy cuti dan jadi fulltime house wife sebab bibik pegi renew passport kat kedutaan Indonesia. Mummy suruh daddy pergi awal2 sebab kawan2 cakap kalau nak ke kedutaan indonesia utk sebarang urusan kena datang awal2 pagi sebab orang terlalu ramai. Mia maid Mama Miraki yang lama masa renew passport datang awal pagi dan pukul 8 malam baru siap.

Mummy siap suruh bibik bawak bekal lagi, so bibik bawak bekal minreal water sebotol besar, nasi goreng dan biskut.

Pukul 8 baru daddy dan bibik pergi. Pukul 10 lebih mummy call bibik, dia kata no giliran dia 2300++...nasib baik dah ada sistem no giliran kalau tak jenuh lah beratur sepanjang2 sampai ke luar keawasan kedutaan.

Bila mummy call bibik sekali lagi dalam kul 1 lebih, dia kata dah siap, dan dlm perjalan balik, ooo cepat la pulak... daddy renew passport bibik untuk tempoh 3 tahun. Murah jer nak renew passport Indon utk 3 tahun cuma RM18 jer, kalau passport Malaysia RM300.... Masa kat kedutaan tu daddy kena sign surat agreement untuk sambung contract bibik lagi setahun dan kena bayar gaji minimum RM600. Kalau gaji lebih rendah dari RM600 kedutaan tak luluskan renew passport.

Mummy memang plan nak naikkan gaji bibik start bulan sepuluh ni, tapi naik kan RM50 jer dari RM500 ke RM550, so nampak gaya kena naik jadi RM600 gak ler... bayangkan lah kalau gaji minimum maid dah RM600 camana org yang gaji dalam 2-3K nak ambik maid yer. Kesian gak...

Wednesday, August 12, 2009

Patah sayap terbang jua...

08/08/09 (Sabtu) - Pagi ni malas nak g pasar. Lagipun stok lauk2 ada lagi. Petang Mummy g rumah Mama Shasha sebab nak berurut. Bibik dan anak2 Mummy bawak sekali. Janji ngan makcik urut tu pukul 4pm. Da lama tak urut badan memang sengal2 dan lenguh2 sana sini. Memang ada part yang sakit ler bila kena urut. Lepas tu Mummy urutkan Dafiy pulak. Dah seminggu ni dia asyik malam tidur merengek2 jer. Dah lepas demam pun masih lagi merenggek, cam tak selesa jer dia tidor. Manalah tau dia ada terseliuh ke terkehel, lagipun sekarang ni sejak 'dapat kaki' dia memang lasak betul. Tak boleh leka sikit, tangga la dipanjatnya.





Masa mummy berurut anak2 main layang2 ngan Shasha kat padang. Lepas tu Abg Wan bawak anak2 main layang2 kat padang jauh sikit. So on d way nak balik tu Mummy tengok dulu dia orang main layang2. Seronok la dia orang sebab kawasan tu luas dan angin tiup kut pulak tu. Bukan setakat budak2 yang main layang2 tapi bapak budak lagi.



09/08/09 (Ahad) - Lepas masak lunch Mummy gi facial. Badan terasa letih betul, so sepanjang 2 jam facial memang mummy tido jer. Balik dari facial mummy singgah sekejap kat Nilai Square. Mahal2 gak kain2 kat situ. Mummy beli kain ela jer untuk buat baju raya mummy dan Dania dan mummy beli baju kurung siap untuk Dania sepasang, anak2 asyik call jer sebab tak sabar nak g main layang2 lagi.

Pukul 6 baru mummy bawak anak2 main layang kat padang dekat Tasik Cempaka. And as expected layang2 semalam kejap jer dah rosak so terpaksa ler beli baru. Kat sini mahal ler pulak layang2 tu, paling murah RM15... mummy beli satu jer dan mintak dia orang share, biasa ler masing2 buat muka seposen je. Mummy buat tak payam jer.

Danny & Dania share layang2, masa ni Danish dah merajuk duduk tepi pagar sebab Danny tak bagi main.

Danish merajuk tak dapat main layang2, makan keropok lagi sedap kan!!!!

Sebelum Maghrib dah balik sebab cuaca cam nak hujan jer, tengok lah mendung jer



Thursday, August 6, 2009

Demam & HINI

Sekarang ni semua orang bercerita tentang demam dan HINI. Tahap kebimbingan orang ramai terhadap wabak HINI ni semakin meningkat. Pantang demam sikit jer mesti dah berdebar2 takut tanda2 HINI. Mummy pun sama gak sebab anak2 sekarang ni on off demam. Sekarang ni si Dafiy dan Danish yang demam. Hari ni dah masuk hari ke-3 dia orang demam. Si Dafiy pagi tadi mummy tengok cam dah ok demam dia. Demam dia waktu malam yang agak teruk.

Si Danish demam dengan ada selsema sikit. Malam tadi mas mummy suap makan dia kata sakit tekak nak menelan. Buat mummy tak sedap hati jer. So petang ni kalau demam masing2 tak baik lagi mummy akan bawak ke klinik la.

Baca kat paper, sehingga hari ni dah ada 16 kematian sebab HINI. Semoga mummy sekeluarga dan rakyat Malaysia dijauhi daripada wabak ini. Amin.

Tuesday, August 4, 2009

Flower & Garden Fest 2009 - Putrajaya


1/8/2009 (Sabtu) - Petang-petang bangun tidur kami anak beranak pergi tengok flora fest kat Putrajaya. Cadangnya nak beli bunga2 kut ada yang murah2. Ramai betul orang datang. Kawasan pameran pun luas, mummy tak tengok semua tempat pameran pun, tak larat luas sangat kawasan. Kami pergi pun dah dekat pukul 6, so pukul 7.30 dah balik. Nak pegi awal2 panas lah pulak. Tak per yang penting anak2 suka tengok bunga2 dan taman2 ciptaan yang ada. Mungkin sebab cuaca panas sangat, dah banyak gak bunga2 yang layu.


Bulat mata masing2 tengok belon udara, tak sempat pun nak naik sebab Q panjang


Bestnye kalau taman bunga cam ni ada kat rumah...


Bibik dan anak2....


Dania ni langsung tak bagi peluang Mummy nak posing dengan Daddy jer..mesti nak menyelit


Mummy nak bergambar sorang pun dia menyelit gak...


Abah 6th Anniversary

02/08/2009 (Ahad) - Al-Fatehah. Hari ni genap 6 tahun abah pergi. Semoga emak dan abah tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin. Cepat betul masa berlalu. Macam baru lagi kami adik beradik berulang alik ke JB setiap hujung minggu untuk tengok abah kat hospital. Lama dah mummy tak balik jenguk rumah peninggalan abah dan 'rumah baru' abah. Lamanya nak tunggu raya. Kalau dapat balik kampung sebelum puasa bestnye.


Kenangan raya 2007



Kenangan raya 2005