Tak pandang kiri kanan, salwa makan

Blog catatan kehidupan peribadi Mummy bersama hubby dan lima orang permata hati kami, Emmer Daniel, Adam Danish, Dania Batrisya, Emmil Dafiy dan Dhiya Danisha. Juga cerita-cerita tentang saudara dan suku sakat Mummy. Ada juga cerita kenangan bersama emak dan abah.Luv u all.

Mummy belajar dalam aliran Sains Rumah Tangga. Dalam peperiksaan SRP mummy dapat aggreget 9 (untuk lima subjek). Member baik masa kat sekolah di Siti Norahmah, Latifah dan Oh Kwang Hwee.
Kenangan paling tak boleh lupa semasa tingkatan 1, Cikgu "J" suka mengamuk. Mummy rasa dia ni ada masalah tekanan perasaan ke apa lah. Dia tak boleh tengok ada cikgu atau student yang cantik. Dan ada perkara2 yang menyebabkan dia akan hilang pertimbangan diri. Masa tu memang dia akan bercakap tak berhenti, kejap cam membebel, kejap cam marah2 dan keluar juga perkataan yang x sepatutnya, klu dia dlm keaddan ni mummy mmg takut tapi budak2 lelaki suka kalau dia mengamuk sebab tak belajar dan kekadang dia orang lagi provoke cikgu "J". Selalunya kalau nak bagi dia stop mengamuk ketua kelas akan panggil guru penolong kanan (masa tu Cikgu Mat Noor). So bila Cikgu "J" nampak Cikgu Mat Noor mundar-mandir kat luarkelas dia berhenti lah mengamuk. Bila2 Cikgu Mat Noor dah pergi kita orang pulak kena marah dengan Cikgu "J"...mesti dia cakap "sikit2 panggil Mat Noor...sikit2 panggil Mat Noor... Apa khabar Cikgu "J" sekarang ye, sekiranya dia masih ada semoga sihat sejahtera dan dipanjangkan umur hendaknya. Klu dia dah tak ada , semoga rohnya ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman.
Cikgu yang paling mummy suka Cikgu Ridhuan Yahya. Orang Muar. Dia gi mengajar naik skuter warna hijau. Cikgu Ridhuan memang baik dan banyak bagi nasihat dan motivasi kat mummy dan kawan2. Walaupun Cikgu Ridhuan cuma ajar mummy Bm masa tingkat satu tapi dia tetap bagi nasihat pada kami semua bekas2 pelajar dia. Sampai mummy dapat result SPM, cikgu Ridhuan datang ke rumah utk ucap tahniah. Dah pencen atau dekat2 nak pencen rasanya Cikgu Ridhuan sekarang. Ya lah dah hampir 25tahun. Semoga cikgu sihat selalu.
Cikgu Yahya mummy tak suka sebab dia suka ajuk mummy jalan, dia kata mummy jalan macam robot dan senget. Pas tu dia ni cam 'x' skit...hihiih
Kalau nak kira daif memang dalam kategori daif la sekolah mummy ni. Pelajar pun tak ramai sangat dalam seratus lebih jer. Darjah satu ada satu bangunan (boleh ker dipanggil bangunan ke???) sendiri. Kelas lain belajar kat bangunan kayu (lebih sesuai dipanggil bangsal). Bangsal ni dinding separuh jer, so setiap kali hari hujan kami di dalam kelas akan kebasahan terkena tempias hujan. Dari segi kemudahan mummy rasa memang tak ada langsung lah, air paip tak ada bekalan elektrik tak ada.Kami gunakan air kolah dan air perigi yang digali. Air kolah ni actually adalah air hujan yang ditadah dan dimasukkan dalam kolah batu besar. Kolah besar ni dekat dengan bilik guru besar.
Cikgu kat sekolah pun tak sampai sepulu orang, antara nama cikgu yang mummy masih ingat Cikgu Mokli, Cikgu Abdul Hamid, Cikgu Hamdan, Cikgu Lim Swee Ping (datang sekolah kayuh basikal mini merah jer), Cikgu Mohamad Saleh (Mat Saleh), Cikgu Wahid...ada seorang office boy kat sekolah dulu..boleh tahan handsom...lupa apa nama dia....