Friday, July 11, 2014

Menu penyelamat..

Bila tak ada idea nak masak apa untuk berbuka apa uols buat? Beli kat bazar? Makan kat luar?

Selalu dari tengahari Mummy ada plan apa nak masak untuk berbuka tapi hari i sampai ke petang Mummy tak terfikir lagi nak masak apa.

Wassapp2 sengam suku sakat mencari idea tapi ketandusan...heheh


Finally Mummy buat sambal totok. Korang tau tak sambal totok tu sambal apa? Kalau tak tau pandai2 la tanya pakcik google. Kalau verai Mummy, cili api, cili merah, bawang putih dan ikan bilis digoreng. Selepas tu tumbuk. Mummy jenis tak berapa rajin so Mummy campak je semua dalam blender. Campak perasa dan gula sikit. Blend jangan hancur sangat. Taraaaa siappp.


Sambal totok ni partner in crime dia adalah masak lemak putih. Tak kisah la lemak putih kobis ke bayam ke petola ke janji lemak putih. Dan untuk melengkapkannya kenalah ada ikan masin sikit.

Inilah menu buka Mummy untuk hari ni. Untuk anak2 Mummy gorengkan ayam.

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Haaa.. Sambal totok! Semlm ada sorang blogger ni buat entry Sambal ketuk, rasa bukan mcm tu bunyinya. Tapi tak ingat nama yg betul. Singgah sini baru ingat.. :D

    ReplyDelete