Wednesday, July 9, 2014

Baju Raya Warna Apa?

Alhamdulillah sudah 10 Ramadhan kita lalui. Semoga semua semakin bersemangat untuk mengerjakan baki 20 hari puasa dan memanfaatkan sepenuhnya. Rebut semaksima mungkin kelebihan dan ganjaran yang telah dijanjikanaNya sepanjang bulan Ramadhan ini.

Cerita pasal Ramadhan mesti masuk cerita Syawal juga kan. Cerita Syawal bermakna cerita persediaan baju dan kuih raya la. Tahun ni uols baju tema warna apa? Berapa puluh jenis biskut yang nak dibuat atau ditunjuk2... hhhe


Tahun ni Mummy anak beranak sedondon warna merah. Hehhe... menyala2 ko... Apasal dalam gambar ni nampak cam warna pink pulak ye. Mama Janet ni ambik gambar guna HP cap kucing betul la (p/s Mama Janet, sila tukar HP awak ye...hehhe). Baju melayu daddy dan anak-anak ni Mummy tempah dengan jiran Mama Janet. Nak tempah kat KL ni mahal weiiii. Upah sepasang pun dah seratus lebih. Beli dah siap memang lagi murah tapi susah sikit Mummy nak dapat baju untuk si bujang Mummy Daniel tu. Kena beli saiz dewasa untuk dia dan kemudian kena alter pulak. So kena la tempah.


Kalauntak nak tempah pegi lah terjah ke Jakel ye. Banyak baju Melayu cantik-cantik (sebab model dia encem kut...). Lama tak tepek gambar x-bopren Mummy ni kan.... hehhe. Orang dah ensem pakai baju warna apa pun tetap ensem... tapi kan tetap tak lawan kehenseman pakwe kat bawah ni..


Throw back Raya 2013
posted from Bloggeroid



Amacam... Johorean nak tak pakai songkok ni di pagi syawal? Why not!

1 comment:

  1. Mummy ni mesti ngendap masa saya tgh shopping tau.. sbb kami pun kaler MERAH MENYALA taun ni!. Wow!!. Terkejut lembu di jalanan nanti.
    Itu pun setelah puas memaksa anak2 ikut kaler tu.

    ReplyDelete