Thursday, July 24, 2014

Awas! Jangan tanya soalan ini.

Masa ziarah raya nanti cuba elakkan tanya soalan-soalan berikut pada tetamu atau tuan rumah ya.

1) Belum Kahwin : Hang bila nak kahwin? Orang lain anak dah berderet-deret, tak kan hang tak sampai seru lagi kut

2) Dah Kahwin : Ko ni bila nak beranak? Si Tipah dengan Dollah tu dah 7 orang anaknya. Nak tunggu apa lagi? Ko tak pi check ke?

3)Bila Dah Beranak : Aku tengok anak hang semua lelaki, bila nak ada anak pompuan pulak? Tak berseri rumah tak de bunga

4)Bila ramai anak : Ko ni tak de kerja lain ke? Setiap tahun beranak je.

Lain-lain soalan:

5) Bila kurus : Hang ni kurus benar, laki hang tak bagi makan ke? Ke hang makan hati laki hang pasang lagi sorang

6) Bila gemok : Woi ini orang ke anak gajah? 


Untuk anda yang ditujukan soalan-soalan di atas boleh guna jawapan di bawah sebagai panduan.

1) Hang nak ke kalau aku bermadu dengan hang. Kalau nak ko suruh je laki hang pinang aku, habis cerita.

2) Ko ingat buat anak tu cam orang nak buat cekodok ke, bancuh-bancuh tepong goreng terus siap boleh makan

3) Rumah ko yang ramai anak pompuan pun aku tengok muram dan tak berseri jer, kenapa?

4) Ada ke aku mintak hang duit untuk beli susu anak

Jawapan ringkas untuk semua soalan tu secara ringkas "de ku kisah" biar senyap terus orang yang bertanya. Heheh.. yang senag tak payah jawab la soalan-soalan bodoh tu. Senyum je .


Duit raya untuk anak-anak daripada company. Tiap tahun memang conpany akan bagi duit raya untuk semua anak-anak staff. Untuk staff pun Alhamdulillah, dapat juga duit raya dari company.

No comments:

Post a Comment