Friday, July 11, 2014

Majlis Ihtifal Tahfiz Ummah 2014

28hb June 2014 - Mummy pergi ke Majlis Ihtifal Tahfiz Ummah 2014 di UKM beri sokongan pada anak-anak yang bertanding.


Sebabnya kalau perkataan-perkataan Arab memang 'jahil' benar Mummy, yang ingat perkataan ainun=mata dan jumjumatun=tengokorak je. Hah, gelak eh.. gelaklah tak pe.   Tapi kalau tanya sekarang, dengan eksyennya Mummy dan boleh jawab. Bukan apa, bila anak-anak dah masuk sekolah KAFA ni, Mummy kena siapkan diri serba sedikit dengan pengetahuan terutama Bahasa Arab, nasib baik ada Pakcik Google dan Google Translater.

Ok, kita berbalik kepada Ihtifal tadi, sebenarnya Ihtifal tu bermaksud  'perayaan atau perjumpaan besar (untuk merayakan ulang tahun sekolah dan lain-lain)'.  Dalam majlis ini, akan diadakan beberapa pertandingan seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid, Bercerita, Azan, Khutbah, Khat dan beberapa acara lagi. 


Dalam majlis iftihal tahun ini Daniel masuk pertanding Azan  dan Danish masuk pertandingan nasyid mewakili Sekolah Tahfiz Ummah Al-Abrar.

Daniel sedang menerima hadiah Johan Azan

Danish menerima hadiah saguhati nashid. Cuba lagi tahun depan.

Daniel dengan pialanya dan Danish posing sat dengan piala untuk juara keseluruhan...heheh

Tahun depan Daniel dah form 1 . Tak sekolah lagi dah di Tahfiz ni

Teringat zaman Mummy sekolah agama dulu. Bila ada pertandingan nasyid, kami cuma pakai baju putih sekolah dan berkain batik jer. Sekarang ni siap cikgu tempahkan baju lagi (parents kena bayar ler...heheeh)

Antara peserta nashid yang bertanding. Ada 13 pasukan

Tahu pulak si Danish main alat musiz ni ye...heheh


Kelas Tahfiz Ummah Al-Abrar menjadi Johan keseluruhan Ihtifal 2014.


Lain-lain gambar boleh tengok di sini.





No comments:

Post a Comment