Wednesday, April 22, 2009

Akhirnya....

21/04/2009 (Selasa) - Akhirnya selepas menunggu hampir dua bulan, kunci rumah baru berada di tangan. Lepas ni mulalah bayar hutang bank...hihihi. Daddy pergi ambik kunci sendiri. Selepas tu Mummy janji jumpa Daddy kat rumah baru untuk buat inspection kut2 ada defect.

Tak ada banyak defect yang Mummy dan Daddy jumpa, minor things saja setakat cat tak rata, simen kasar, crack sikit. Selain dari tu semuanya ok. Api air semua dah function.

Sebelah petang Mummy dan Daddy panggil interior designer untuk bagi design dan quotation untuk hiasan dalaman rumah. Kami akan panggil 2-3 designer dan nanti pilih mana yang berkenan dan harga berpatutan. Mungkin akan dibuat secara berperingkat. Yang paling penting adalah kitchen cabinet, wardrob dan langsir. Landskap mungkin untuk fasa seterusnya.

Sebelum balik dapat jumpa dengan jiran sebelah kanan Syed dan Sharifah. Hujung minggu ini dia orang dah nak masuk. Barang2 semua dia orang dah angkat. Cantik juga landskap yang kontraktor tengah buat.

No comments:

Post a Comment