Wednesday, April 22, 2009

Krista Idol 2009

18hb April 2009 (Sabtu) - Dania terpilih untuk mewakili Krista BBN ke Krista Idol 2009 peringkat Negeri Sembilan bagi kategori PlayHouse(PH). Tahun lepas Daniel yang ambik bahagian. Tahun ini acara diadakan di tempat yang sama, Allson Klana Seremban.

Pukul 11am dah sampai ke Allson Klana. Mummy tak bawak Dafiy sebab dia tak berapa sihat dan takut nanti dia tak selesa sebab orang ramai dan sesak. Sampai Allson Klana terus masuk cari tempat duduk. Kami duduk baris ketiga dari hadapan. Para peserta masing2 bergaya dengan pakaian dan solekan (terutamanya anak2 perempuan...termasuk lah Princess Dania...)

Acara bermula pukul 12, keadaan bilik di mana pertandingan dijalankan memang tidak selesa. Bilik terlalu kecil tidak dapat menampung kehadiran ibu bapa, guru2 dan para peserta sendiri. Bayangkan seorang peserta yang masuk bertanding sudah tentu ditemani ibu bapa dan adik beradik yang lain. Sepatutnya pihak penganjur lebih peka tentang perkara ini. Kesian ada ibu bapa terpaksa berdiri dalam keadaan bilik yang mula hangat. Aircond yang pada awalnya mummy rasa terlalu sejuk dipertengahan acara dah terasa hangat.

Nasib baik acara dimulakan dengan kaegori PlayHouse, jadi tak perlu kami menunggu lama untuk sampai ke giliran Dania. Dania peserta kedua membuat persembahan. Yang hairannya di rumah Dania berlatih menyanyi lagu lain bila dah atas pentas lag lain yang keluar pulak. Tak apa lah Dania, yang penting Dania berani diri di pentas di depan orang ramai. Tahun depan nanti Dania masuk lagi yer.

Kami tak tunggu acara selesai, sebab masing2 dah lapar. Pukul 2.30 kami balik.

No comments:

Post a Comment