Tuesday, November 27, 2012

Bukan bulan jatuh ke riba...


Lama Mummy tak update blog ni kan. Nasib baik la masih ingat login id dan password....hehhe. Selain dari busy dengan kerja2 office (kena pangku tugas finance exec Mummy yang cuti bersalin) dan kerja rumah (baru je 2 minggu dapat bibik) sebenarnya bulan ni Mummy tak berapa sihat. Awal bulan November , Mummy jatuh tergelincir kat porch masa ambik beg anak kat sekolah agama. Memang tak boleh jalan gak for few days. Walaupun dah hampir 4 mingg tapi actually sampai sekarang ni Mummy tak boleh lagi duduk tahiat dengan betul masa solat. Kaki masih terasa sakit.

Malam minggu yang lepas Mummy jatuh lagi sekali. Kali ni Mummy jatuh kat Snow walk I-City Shah Alam. Cuaca baik malam minggu tu so Daddy ajak gi I-City. Dah nasib masa kat Snow Walk tu Mummy tergelincir kat tangga ice dan pinggan dan kepala terhentak kat ice tu. Lepas jatuh Mummy rasa pening senoneng sekejap. Lepas tu nak bangun punya la sakit pinggang. So tak jadi nak main yang lain2 lagi terus balik rumah. Hari Ahad gi x-ray. Dr kata tulang tak de patah or retak tapi Mummy tak tau la sebab makin lama Mummy rasa semakin sakit ni. Mummy rasa lebih sakit dari masa lepas bersalin c-zer. Dari duduk nak bangun dan bangun nak duduk, nak baring kat katil, bangun dari katil memang sangat2 menyeksakan. Hampir 10 minit nak baring ke katil dan nak bangun dari katil. Buat apa semua tak selesa, duduk sakit baring pun sakit. 

Esok baru Mummy pergi berurut, harap2 lepas berurut kurang la sikit sakit ni. Mummy tka boleh nak makan pain killer sebab Mummy ni allegic, bila makan mata pun gatal dan jadi sembab.

Doakan Mummy cepat2 sembuh yer.

Thursday, November 15, 2012

Cuti cam tak cuti


Lempeng omputih a.k.a pancake utk anak-anak


Getuk ubi dan cucur badak utk mummy

Walau pun cuti hari ni tapi bagi mummy cuma cuti dari pergi opis je. Tetap buat kerja2 office dari lepas subuh. Esok mummy ada meeting dan esok gak customer nak tengok first draft contrct. Gila betul la, dia orang ingat company2 kecik ada lawyer yg akan handle contract tu semua ker, sendiri kena bikin la. Multi tasking. Klu 2 minggu tu ok la..ni seminggu jer... slide presentation pun mummy tak buat apa lagi. 4.5M project value... contract boleh tahan tebal beb... biru dah mat hitamku..

posted from Bloggeroid

Selamat Tahun Baru Hijriyah!


Salam Maal Hijrah..Semoga kehidupan kita sentiasa dalam limpah rahmat ALLAH S.W.T,bertambah amalan,berkat dalam segala segala urusan dan kebahagian dunia dan akhirat..AMIN..

Tuesday, November 13, 2012

Kisah kasut cinderella

Cam ni ke kasut cinderella???

Nak cerita pasal 2 pasang kasut kat atas tu, bukan le kasut ribu raban pun, setakat kasut bata dan brand biasa2 je. Mummy beli kasut ni masa kenduri kahwin anak saudara Mummy si Hafeez tu (anak Kak Kay). Yang warna hijau tu plannak pakai masa hantar pengantin ke rumah perempuan. Masa tu kan tema family Mummy turquoise blue/green. Nak dijadikan cerita masa nak gi hantar pengantin tu laman rumah Mummy banjir, so pakai je la selipar dulu. Bila sampai rumah persinggahan pengantin pompuan baru la terperasan kasut mUmmy ni tertinggal kat dapor rumah. Mummy ingat cam dah masukkan je dalam bag anak2.

Kasut yang purple tu pulak si Mama Miraki yang beli tapi bila dah beli dia rasa cam tinggi sangat la pulak.So dia jual timbang kati kat Mummy la. Sepatutnya kasut tu pakai masa majlis kahwin kat rumah kakak Mummy si Kak Kay tu. Tapi nak buat camana 3 hari sebelum majlis tu Mummy kaki Mummy sudah terpeleot dan terseliuh. (Tak sempat pun buat n3). Malam2 gi Hospital Serdang. Alhamdulillah tak ada patah ke apa tapi memang teruk lah terseliuh dia. So masa majlis kat rumah Kak Kay tu pakai selipar flat jer la... lupakan je kasut purple 2.5" tinggi...hahaha. La ni gi opis pun pakai selipar flat jer lagi sebab masih sakit kat buku lali dna lutut.

Nak gi mana ni Mummy?

Sarapan dipagi hari yang sejuk... ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis dan kopi-o kawkaw dari abang kopi PS.... mantap!!!


Soalan dan dialog popular anak2 masa cuti sekolah:

  1. Hari ni Mummy cuti ke?
  2. Cuti ni kita nak gi mana Mummy?
  3. Boringlah duduk rumah
  4. Kawan Along si A tu pergi cuti ke xxx
  5. Kita cuti ni tak gi mana2 ke?
  6. Kita cuti ni nak gi mana?
  7. Hari tu Mummy cakap nak bawak kita orang pegi....xxxx
  8. Kita gi main salji jom Mummy....