Saturday, February 18, 2012

Gerimis mengundang

Assalammualaikum...selamat berhari minggu. Biasalah bila hari minggu n3 Mummy mestilah berkaitan dengan masak-masak dan makan-makan.

Hari ni pagi2 dah hujan gerimis. Kalau sambung melengkar best gak ni....ish ish jangan amalkan lah, menyambung tidur lepas Subuh.

Oklah hujan2 ni uols sarapan apa ye? Spagetti, pancake, lempeng, cekodok or biskut kering je?

Kuih talam cendol dan nasi goreng kampung pedas meletopssss. Pekena dengan teh-o kurang manis je.

Ini kuih sendiri bikin ye...kalau beli 9 ketul ni dah RM3. Mummy buat seloyang besar 10". Boleh bagi jiran2 rasa lagi...

Close-up sikit. Tapikan memang sedap tau talam cendol ni. Lemak, manis, lembut memang secukup rasalah. Daddy pun makan laju je lepas sepotong sepotong lagi. Lepas ni dia suruh buat talam sagu biji pulak.

Behind the scene kuih talam cendol... 

ni xtvt malam tadi sementara menunggu Daddy dan anak balik dari ceramah dan concert alternatif Sam Kamekaze 

Kukus dulu lapisan yang ada cendol...loyang tu jangan lupa sapukan minyak sikit dan alas dengan plastik. Tujuan letak plastik tu buar senang kita nak keluarkan kuih talam tu nanti. Angkat je plastik tu. Ada paham adik manis!!! Kukus dalam 20 minit dan carik2kan sikit bahagian atas dengan garpu...

Pas tu masukkan pulak lapisan gula melaka dan kukus lagi 30 minit......

Taraaaaaa...dah masak pun. Lapisan putih cendol dan gula melaka.merah yang sama tinggi....

Tunggu betul2 sejuk dulu baru potong. Dan gunakan pisau plastik.Baru lah dapat potongan yang licin. 

Friday, February 17, 2012

Rezeki Jumaat...

Rezeki tengahari Jumaat. Lunch dengan bekalan dari rumah. Nasi dengan ayam goreng rempah ngan ikan tenggiri masak lemak pedas je. Sayur tak de pun. Wah makan kat opis pun siap ada pencuci mulut, kelas ko Gee... ada jambu air  madu, limau tangerin dan jeruk mangga lagi. Walaupun lauk biasa2 je tapi sebab sendiri masa memang berselera la Mummy makan... ada harapan ada penambahan kg dalam masa sebulan ni...hihii...

Thursday, February 16, 2012

Alhamdulillah....

Lunch hari ni... tak de ayam penyet wong solo, tak de cendol sedap kat PppaRich atau ice-cream choc nut kat Ice-room. Hari ni Mummy bawak bekal, lauk ikan kembung goreng dan ayam sambal je. Alhamdulilah kenyang...

Wednesday, February 15, 2012

Ya Allah Tenangkanlah Hatiku

Sejak dari tengahari semalam hati mummy tak tenang... Lepas ziarah kenalan di bilik mayat Hosp serdang yang meninggal dunia akibat kemalangan di Cyberjaya, Mummy rasa betul-betul tak sedap hati. Cerita tentang kemalangan berkenaan boleh dibaca di sini atau di sini.

Mummy kongsikan doa penenang hati yang Mummy ambil dari sini.




Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian, 
di tempat kedukaan dgn kegembiraan 
dan di tempat ketakutan dgn keamanan

Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..

Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap
merasa mengantuk yg memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,
dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU

Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina…

Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku…

Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu

Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…
Ameen YA ALLAH

Tuesday, February 14, 2012

Kempen Bawa Bekal....

Menu lunch hari ni... lauk ikan kembung goreng, masak lemak kacang boncis dan udang, sambal kering ikan bilis petai dan telor masin... hari ni rajin pulak nak menapau nasi dan lauk pauk dari rumah