Saturday, August 20, 2011

Cepatlah raya!


Cepatlah raya hendaknya, selagi tak raya ni ada je benda yang nak dibeli... semalam lunch hour sempat lari (wah terrornya lari jer tu..) ke Alamanda. Cari tambahan baju anak2. Kan hari tu masa Sogo sales Mummy tak puas hati dengan hasil rembatan so 'terpaksalah' pergi lagi sekali. OKlah sales kat Parkson Alamanda, sebab orang tak ramai sangat dan apa yang nak dicari semua dapat. Settled. So tinggal beli baju melayu dan kasut anak2 je, tu part daddy la... huhuhu beria sakan shopping untuk anak2... mana untuk Mummy & Daddy yer...

Pagi ni nak ke Parkson lagi... hah yang ni betul2 'terpaksa' pergi sebab jeans Daniel cam ngam2 je, takut kejap pakai nanti dah tak muat, skirt dan jeans Dania pun ketat gak. Harap2 tak terjebak lagi beli benda2 lain... tak percaya ke?

Friday, August 19, 2011

Iftar dengan nasi ambeng je

Hari ni rasa sangat2 letih dan lesu, bibik sampai mengelupas kekeringan, mungkin sebab cuaca hari ni sangat2 panas. Bila letih sangat ni virus 'M'memang senang menyerang so akibatnya petang ni Mummy tak masak.Untuk buka Mummy beli nasi ambeng je dan untuk daddy dan anak2 Mummy belikan nasi ayam je. Tengok nasi ambeng tu cam sedap jer... tau tau la sbb masa buat n3 ni ada lagi beberapa minit sebelum buka. Harap2 sedap la, Mummy belikan bazar ramadhan PKNS Bangi.

Kalau 'monjong' nasi ambeng pun ok gak kan. Cerita pasal monjong kan, hari ni kan ada orang tu dapat ponjongan.... ponjongan tu apa? Cari sendiri la dlmkamus JaWorld. Jeles tau sbb ponjongan tu tak sampai ke rumah Mummy... hahahah


Sama je!


6 jenis kuih yang Mummy buat tahun lepas... peanut butter, choc chip & bangkit kelapa (baris 3 menegak) tu Mummy beli.

Almond london

Cornflakes cluster

Biskut kelapa rangup


Peanut butter cookies


Cornflakes madu


Snow almond... part leceh buat biskut ni masa nak menyalut choc dan menabur crumb tu le

Untuk tahun ni Mummy cuma dah order rempeyek dari Datin S dan simpul kasih (popia mini) dari kawan  budak opis ni. Kalau sempat masa balik kampung nanti nak ke kilang kerepek Zaronah beli kerepek pisang or kerepek ubi pedas.

Kalau rajin esok nak buat almond london dan biskut kelapa lagi...tu kalau rajin la kalau takberapa rajin nak pegi beli baju melayu Daddy dan anak2...

Emakkkkk ada orang 'monjong'!


Dulu masa kecik2 bila dah lepas separuh ramadhan emak abah akan sibuk 'monjong'. Uols tau tak 'monjong' tu apa? Kalau ikut kamus JaWorlds, monjong tu "memberi juadah berupa lauk pauk untuk hidangan berbuka atau hari raya". Zaman dahulu kebiasaannya selepas setengah Ramadhan aktiviti monjong ni memang aktif. Selalunya bagi ketupat dengan berbagai2 lauk. Dan masa penghantaran selalunya sebelum Asar. Tujuannya supaya penerima tak perlu la masak juada untuk berbuka puasa. Dan kalau monjong tu kenalah guna mangkuk tingkat cam kat atas tu....nostalgia betul kan. Tapi mangkuk tingkat kat atas tu dah jadi kenangan je la, sekadar buat hiasan kat rumah Mummy... la ni kalau orang hantar pun guna plastik bungkus je or bekas 'tupperware' or 'tipu-ware' yang lebih selamat dan tak tumpah... apa2 pun barang lama jangan dibuang... buat kenang2an...

Thursday, August 18, 2011

Dah tukar duit raya ke?

Raya dan duit raya tak boleh dipisahkan. Ibarat irama dan lagu, ibarat butter dan gula, ibarat aku dan dia....hehehhe. Pas tu duit raya mesti nak bagi duit yang baru2, kenapa ek? Duit yang lama pun sama je kan nilainya....hehehe. Eh uols dah tukar duit raya ke belum? Berapa juta tukar?

Kalau kat kg Mummy acara bagi duit raya ni selalunya selepas agenda gambar beramai2. Pas tu sorang2 bagi duit raya. Bayangkan je la anak dan anak2 saudara Mummy hampir 40 orang, anak saudara menantu lagi , cucu saudara lagi...meriah.

Pagi tadi Mummy ke bank urusan BG, so terus gi tukar duit. Gigih tu beratur. Dia tak bagi pun no giliran so lenguh2 le korang berdiri. Nasib baik Mummy giliran ke-6. Kalau sampai tengahari makin panjang line tu. Kat Maybank di yang ada duit baru utk RM50, RM10 dan RM1 je RM5 duit lama.

Gambar ikhsan pakcik google

Warna apa duit raya uols tahun ni? Tak kisahlah warna apa pun yang penting bagi kena ikhlas kan. Tapi Mummy rasa majoriti bagi duit raya mesti ikut kategori kan. Untuk anak warna lain, adik beradik warna lain, anak2 saudara warna lain, budak assalamualaikum warna lain....