Tuesday, January 11, 2011

Umbut kelapa vs mangga kampung

N3 tertunggak lagi...

Last Sunday, Mummy pergi ke Pasar Tani di PKNS. Mummy tak pegi Pasar Kajang hari ni sebab stock ikan2 dan lauk pauk lain banyak lagi, cuma sayur je yang tak ada. Sesekali je Mummy pergi pasar tani kat PKNS tu, selain dari tak ramai orang yang berjualan, harga barang2 yang dijual pun agak  mahal.

Mummy pergi dah agak lewat, almost 9am (pada Mummy 9am tu consider dah lambat la, sebab Mummy selalu pegi pasar 6.45am), ada 3 peniaga sayur tapi seorang dah kemas2 nak tutup kedai. Tu dia punye laku... walau harga mahal sikit,

Tengah tinjau2 kat gerai jual sayur, Mummy ternampaklah umbut kelapa yang tinggal dua bahagian je.. Mummy pun apa lagi terus ambik sebatang le... ngam2 sekilo. Harga RM9... logik juga dia jual mahal, pokok kelapa kalau dah ditebang mana nak dapat hasil lagi... Mummy cadang nak masak gulai kari campur dengan tulang2 ayam, tapi tu lah bila yer nak masak. Sayur umbu tni sedap makan waktu tengaharim klau malam tu kureng sikit l.

Selain dari umbut kelapa, kat gerai ni gak ada jual mangga kampung. Wow, Mummy memang peminat mngga kampung tegar.... Buah mangga ni besar2 dan dah mengkal. Kalau yang muda tu makan cicah kicap ngan gulaa....walaaaaaaaaaaa

Kita test dulu camana rasa mangga ni

Memang terbaekkkkkkk la mangga kampung ni.Inilah erti mangga sebenar...rasa masam2 manis. Tak busuk pulak tu, tengok tu biji mangga ni yang dah jadi mangsa gigitan Mummy. Mummy tak berapa suka mangga2 kacukan sekarng yang kebanykannya cuma ada rasa manis jer, kekadang tu rasa cam makan betik je.

Monday, January 10, 2011

X-ISK Reunion... Memang happening!

N3 tertunggak lagi....


08/01/2011 (Sabtu) - Hari yang ditunggu2 dah tiba... tak sabar2 nak jumpa kawan2 lama zaman muda belia masa kat UTM dulu. Lokasi perjumpaan Palm Terrace Cafe, Holiday Villa Subang Jaya. Pukul 11.30am Mummy dah siap2 nak pegi, tinggal tunggu Daddy besiap je, pagi tu Daddy sibuk dengan xtvt gotong royong taman la pulak.


Pukul 12:30pm baru Mummy bertolak... jalan jam la pulak, so sampai ke Holiday Villa almost 1.30pm... Malas nak ceritalah, uols layan jer la pics ni yer...

Ready to go...

Mr driver yg setia menemani isteri bersosial ngan kawan2 lama walaupun demam... heheh... anak2 tinggal rumah ye

Lokasi perjumpaan...

Mumzie  gang pompuan pertama yg sampai... pas tu baru Mummy, Zai, Rahmah, Acik, Lizah & Ruby

Sebelum gang2 yang lain sampai jom kita terjah apa menu yang ada... emmm macam2 ada.. dah jumpa kawan2 ni makan pun dah jatuh nombor dua la.

 
 
 


ex-ISK a.k.a Integrasi Sains Komputer


Mak2 dara... Lizah. Mummy & Hjh Mumzie

Anak sapa la tu yang tumpang posing?

Kesian Daddy, masa ni dia tak berapa sihat demam ngan selsema tapi dia datang gak temankan Mummy. Aircond kat cafe ni terlalulah sejuknye, memang dia tak selesa. Last lepas solat zohor dia tidur kat surau sampai la nak balik


Mummy & Zai


Apasal Zainul sampai tertidur tu???


happy together.... "Three Stooges"... Achik, Mummy & Mumzie. Terkonang zaman dolu2... hari2 dapat surat layang yg diletakkan dlm letterbox kat makmal komputer.... so sweeet untuk dikenang

Gambar ni cilok dari FB Suhaimi... nak gelak 367x tengok gambar  mamat dua orang ni gambar longkang tu...apa lah motif dia orang.... masing2 pakai jeans ketat tu...

Lizah janganlah marah ye, muka u separuh jer... marah anak si Zai sebab dia yg amik gambar ni... heheh

Ruby & Mr Hubby... sedondon tu...

Masing2 dah jadi orang2 besar...

Muka mamat dua orang ni memang tak berubah....

Tokoh2 korporat ni...heheh

With Lizah & PCK



 
Rahmah & Lizah, both of them pernah jadi roomate Mummy masa kat kampus

Gents only!

Ladies only!


Cameraman bertugas dari pelbagai akhbar dan TV dengan aksi masing2...


All together... group photo...

Apa2 pun memang sangat2 happy dapat jumpa dengan kawan2 lama... hope our next xtvt dapat dijalankan dengan segera...

Senarai kehadiran... tengok tu nama kat No. 7 ... hehhe... tunggu senarai penuh dari Pn Organiser a.k.a Achik a.k.a Shila untuk update senarai kehadiran....

Kenduri Kahwin @ Puchong Perdana

Salam. N3 tertunggak disebabkan Mummy kehilangan USB cable camera.... huhuhu.... Ahad lepas kenduri kahwin anak cousin Mummy, Abang Jelan & Kak Lati kat Puchong Perdana. Cousin ni dari sebelah emak, emak Mummy dengan abah dia adik beradik.

Cam biasa la snap2 sebelum bergerak dari rumah...

1st time pegi rumah cousin Mummy ni, actually tak de la jauh sangat pun, klu tak jam tu dalam setengah jam je dah sampai... Ikut map kat wedding card tu yang senang jumpa rumah dia, kalau tak ada map rasanya jenuhgak sesat kut.

Bila nampak bunting ni dan tengok nama pengantin sama je, so kira kita orang tak salah rumah la... actually pengantin ada dua pasang tapi tak perasan la pulak bunting lagi satu...

Mummy sampai hampir serentak dengan Datin S dan Datuk T... Eija dan Erra pun ikut sama

Sampai time tengah lapar so sedap le makan...

Posing dulu sebelum makan...

Penuh pinggan mummy...hheheheh.. camana la nak kurus ni...nasi minyak panas2 dengan rendang tok, ayam gorend, dalca dan pacri nenas.... mantap... nasi minyak dia sangat sedap, makan tanpa lauk je pun dah ok...

Lepas makan... sembang2 le... Datin S dgn Kak Semah @ Long Semah

Dengan sepupu Mummy Long Bani hubby Long Semah

Ketibaan Mama Miraki & Family...

Sementara tunggu Mama Miraki siap makan, Mummy snap2 dulu gambar kat pelamin... pelmin ni sempoi jer tapi i likeeeeeeeeeeeee.... kalau letak fresh flower lagi cantik!!!

Sebenarnya Mummy cam nak duduk rasmikan je kerus pengantin tu.... hehhe

Mummy & Mama Miraki. yang tengah tu pangkat anak saudara Mummy la, Anna Suzanna anak Long Bani

Inilah makcik Mummy (kakak emak Mummy), umur dah masuk 98 tahun. Kami panggil Mak We @ Siwo. Kurus sangat dia sekarang, rasanya tinggal tulang dibalut kulit berkedut. Mata pun dah tak nampak, api daya ingatan dia masih kuat. Masa ni Mak We dh nak balik, ye la penat dia duduk lama2 kat kerusi kan... Mak We ni dah ramai cicit...

Cousin Mummy, Kak Zalimah (Zai)... dari Kulai

Anak cousin Mummy tu yang tinggi lampai...

Cousin Mummy @ bapak pengantin, Abang Jelan... cam ikut warna tem pulak baju Mummy yer...

Mama Miraki & Siwo Sipah

Ni la makcik Mummy...

Wakil dari waris2 Hj Omar & Hjh Amanah.... oklah tu hantar 3 orang wakil

My biggggggggggggg brother.... Abang sepupu Mummy... Nya-it (susah betul nak ej nama glamour dia ni)

Serasi... apa yang sersi yer... serasi saiz la... hahahahha

Sebelum balik gambar dulu ngan tuan rumah ye...

Ni pengantin gak... tapi pengantin dah lama sikit la.... heheh

Sekali lagi gambar sebelum balik... panjang umur dapatlah jumpa lagi

Kepada pasangan pengantin, semoga dipanjangkan jodoh dan dimurahkan rezeki, lepas ni boleh lumpa2 ye, siapa dulu dapat hasil... hehheh