Tuesday, December 28, 2010

3H2M Homestay Hj Omar & Hjh Amanah - Part II

26/12/2010 (Ahad) - Hari ni breakfast mee goreng dan donut je. Rasa cam malas nak pi cari kuih2 kat Simpang Tiga or Kedai Abas...


Lepas breakfast acara explorace untuk anak2 dan ibu bapa dimulakan... jomlah layan je gambar malas la nak tulis...


Acara explorace memetik buah jambu bol.... Mummy menang tanpa bertanding sebab pertandingan ni terbuka untuk middle-weight jer... korang mesti tak tau mana Mummy dapat jamu bol yang empok dan gebuzzzzzzz ni kan? Mesti kehairanan amat sebab pokok jambu bol dekat bilik air tu semua buah dia 'jambu bujang' je mana ada yang besar2 ni kan... Ha tu la ... lain kali rajin2 sikit keliling rumah ni... ni buah jambu bol ang pokok dia kat depan surau... besar2 u buah diap, nak petik memang agak mencabar sikit la... sebab pokok dia betul2 tepi parit, so klu nak jolok pun kena elok2 je takut masuk dalma parit pulak...


Dania, Danish, Aliya & Daniel... kenapa Daniel termenung tu??? Ingatkan awek ke?


Seronok sangatlah dia orang ni dapat main tempat yang luas, boleh bakar2 sampah, boleh eptik buah kelapa...


 
Kampung Boy

Tengok ni Dania petik kelapa...


Pegawai Pertanian melawat tapak

Bestnya dapat main bakar2 sampah...

Pukul 10am Mummy, Kak Kay dan Som pergi ziarah 'rumah baru emak & abah'. Lepas tu gi ke kilang kerepek pulak.


Kawasan 'rumah baru emak & abah'

Kak Kay yang rambang mata tak tau apa nak dibeli... klu ikut dia brother yang tengah pack kerepek ubi pun nak dibeli sekali kut...

Ambik2... jangan malu2 klu Naza Mummy tak muat nanti kita sewa lori 

Dafiy dgn 'keropok moni'

Apa nak order 100kg kerepek ubi pedas? Ok2... transfer RM dulu...

Cukup2 la tu Kak Kay, dah nak balik pun boleh patah balik semula, ntah apa lagi dia nak beli...

 
Apa lagi yang tak puas hati tu?

Gumbira jer makcik dua orang ni dah dapat stock untuk menambahkan berat badan...

Balik dari borong kerepek Mummy lajak ke sekolah lama Mummy... dulu2 zaman Mummy sekolah nama dia SMR Pt Sulong... la ni dah tukar nama la... terkonang cikgu kesayanganku Cikgu Ridhuan Yahaya, mana dia sekarang ni ye, ntah2 dah pencen kut...

Dari sekolah lama Mummy, pergi ke PS pulak, tujuan nak beli santan kotak dan cili jer, tapi si Som ajak ngeteh dulu la pulak. Som nak belanja tapi masalahnya dia kata Mummy ngan Kak Kay boleh order dan makan apa saja dengan syarat tak lebih RM2... pening tua kepala ni fikir apa nak makan...

Last nye Mummy order rojak tauhu ni jer ngan teh-o-ais-limau... bila dah makan rojak ni baru sedar rupa2nya kita orang dah silap kedai la, rojak yang sedap tu kat kedai sebelah ... selalu kompius tau kalau nak makan rojak ni... tak pe la lain kali makan rojak kat kedai sebelah pulak, harap2 masa tu tak tersilap lagi la... hahahah

Tengahari ni pun masak ala2 kampung gak. Lepas makan para suami dengan xtvt menyapu dan membakar sampah keliling rumah.

Abg Wan & Abg Enal gigih menyapu dan bakar sampah keliling rumah... tengok tu berasap2...

 
Sejak bila ya si Dania ni berani dengan kucing? Selalu tu bila kucing dekat ngan dia je dia dah menjerit. Ni poleh dicekak leher kucing tu.

Sebelum balik ke sarang masing2, sempat lagi buat minum petang. Suasana paling best untuk percutian kali ni, bentang tikar kat beranda depan dan minum petang kat situ, santai habis. Menu petang tu keropok lekor dan donut. Lepas tu ada rezeki nasi ambeng pulak, adik ipar Yin (ADO Razak) ada buat makan2 su kita orang dapatlah merasa nasi ambeng yang dihantar ke rumah... terima kasih ya tuan ADO.

 
Keropok lekor & donut untuk minum petang

Santai time...........

Rezeki nasi ambeng...ada ayam kampung masak kicap yang mables, mee goreng, sayur sambal goreng, serunding kelapa dan ikan masin bulu ayam... memang set yang lengkap la... sekejap je licin...

Part paling bosan bila dah berkumpul ramai2 ni mestilah masa nak kemas2 dan balik ke rumah  masing2...rasa cam sekejap sangat berkumpul.

Kawasan sekeliling rumah yang dah bersih... daun2 dan ranting2 kering semua dah dibakar

Cam sayang je nak tinggalkan kawasan yang bersih ni... best lepak2 bawah pokok rambutan ni... pondok gazebo bakal dipindahkan ke bawah pokok rambutan ni....

 
Ready o take off

Macam2 ada kat belakang ni...

Sebelum balik snap2 dulu la ngan kakak2 Mummy....

Mummy & kakak2... antara peserta balik kg kali ni, sorry la Yin, masa amik gambar ni ko dah sampai Machap kut... heheh

Close up sikit

Mama Janet & Kak Kay

Kak Kay ... saja je kali ni Mummy tepek gambar dia lebih sikit ... hehehe. Klu tak tepek nnt dia merajuk pulak, penat dia control ayu kat depan pokok bunga kertas ni...

Ada kesilapan pada gambar ni yer... silap dia sebab Mummy nampak gomuk... ni mesti sebab pakai baju stripe melintang ni...hihiihi...

Ko bayangkan Som klu kau jadi penghuni tetap rumah ni, mesti sedih bila kita orang dah nak balik...  hehheh

Dah nak balik pun Som tak tinggal lagi dengan penyapunya... Mama Janet ngan Kak Kay tu tukang bagi arahan je...

Bye2 semua....

Okey bye... jumpa lagi lain kali... Insyallah!

Walaupun tak semua dapat joint percutian homestay ni tapi ianya tetap happening dan meriah. Memang best sangat... percutian yang lain2 habis setakat ni tapi percutian Mummy bersambung sehari lagi...

tungggggggggggguu  n3 seterusnya

3H2M Homestay Hj Omar & Hjh Amanah - Part I

24/12/2010 (Jumaat) - Yeyeye hari ni Mummy cuti sebab nak balik kampung, bersemangat betul nak balik kampung punya pasal sanggup amik cuti awal sebab nak buat preparation, biasalah balik rumah tinggal ni kenalah ada persediaan kan, kalau dulu2 balik kampung makanan semua dah terhidang atas meja la ni kenalah bawak bekal.


Bekalan untuk dinner kat kampung


Ayam goreng rempah & ikan tenggiri masak lemak cili api 


Udang goreng sempoi...

Pukul 2:30pm Mummy bertolak balik. Hari ni Mummy kena jadi driver sebab Mummy balik dengan anak2 dan bibik je. Daddy ada reunion kat Alor Star weekend. Masuk2 ke highway je dah start hujan, Mummy memang tak suka drive bila hujan ni. Hujan memang tak berhenti langsung kejap lebat kejap gerimis lepas tu lebat semula. Memang kira pemanduan amat berhemah la...80/km sejam je... Mummy singgh dulu kat Balai Polis Pt Bunga sebab nak amik kakak Mummy, si Mama Janet dan anaknya Shafiq . Sampai  kat 83500 tepat pukul 5.45 pm. Tak lama lepat tu family Yin Wong Kulai pulak sampai.

Masa Mummy sampai rumah masih tertutup rapat. Daniel tunggu kat tangga sementara Mummy nak bukak pintu...

Sampai2 rumah je si Mek dengan rajinnya terus bakar daun2 pisang kering...

Ni bakar daun pisang kering ke bakar pokok pisang sekali???

Bila sampai kampung ni antara perkara pertama yang patut dibuat selain dari bukak paip air kat meter tu adalah onkan suiz lampu dan kipas kat ruang tamu, tak kisahlah masa sampai tu siang ke malam (tak ramai rasanya yang tahu perkara ni.. cuma orang2 yang selalu sampai rumah dulu je yang tau ni....). Nak tau kenapa? hehehhe... lampu2 dan kipas2 tu kan mengambil masa sampai berjam2 untuk menyala.... tak percaya? Itulah kenyataan nye. Kali ni lampu tu menyala dalam masa 45 minit tapi kipas tu lebih dari 12 jam baru berpusing... tak musykil ke... mungkin lampu dna kipas tu kesejukkan kut so nak kena warm up dulu....

Malam tu menu dinner kami bermacam2 walaupun balik ke rumah tinggal ni. Kakak ipar Mummy, selain dari bekalan yang Mummy bawak, Kak Tanty (wife Yin Wong Kulai) masak tomyam mables yang benuh dengan binatang. Mama Janet pulak bawak ayam masak lemak cili api. Kira berulang2 makan tomyam la  malam tu sementara nak tunggu yang lain2 sampai.

Si Som sampai pukul 12.15am , dan amsa tu memang mummy dah zzzzzzzzzzzzzzz ler.... yang masih berjaga masa tu memang anak2 je la, sibuk main PSP kat dapor. So bila si Som sampai, di aorang sambung lagi main games tu sampai subuh kut. Kakak Mummy, si Kak Kay pulak sampai ntah pukul berapa, tapi rasaya dalam kul 3-4 am kut... masa tu Mummy dah tak boleh nak buka mata.

Sedapnyalah anak2 Mummy ni tidur ... suasana sejuk mestilah tidur lena...

25/12/2010 (Sabtu) - Seawal 6am Mummy dah dengar cam bunyi cam lalat menghurung ikan, eh Mummy belum pegi asar lagi camana dah banyak lalat... ooo rupanya bukan bunyi lalat tapi bunyi suara kakak2ku yang ah start bergossip rupanya...emmm gangguan betul orang nak tido.

Pagi ni tak ada xtvt pegi cari breakfast kat Simpang 3 dan kedai Abas, sebabnya Kak Kay masak nasi lemak dan selain dari tu dia ada bawak kuih kasui dan apam gula merah. Kuih dangan dan koci labu yang Mama Janet bawak pun ada lagi, so tak baguskan membazir...


 
Yang kuning bercahaya tu bukan sun rise yer tapi lampu jalan... Lengang je jalan depan rumah awal2 pagi cam ni...


Suasana pagi kat kg... rasa sejuk dan damai je kan... hijau pokok keliling rumah

Lepas xtvt breakfast, mandi2 dan gi pasar PS la pulak. Selalu kul 7.30am dah pegi tpai kali ni kul 8am baru pegi, nasib baik dapat parking cantik gak tapi jauh sikit la. Mummy gi pasar ngan Som, anak2 semua tinggal sebab ada yang baru nak tido.

Penyandang jawatan tetap tanpa pencen ... driver cum tukang pegi pasar dan yang sewaktu dengannya. Cepat2 sapa nak jawatan Mummy ni...

Pengiring Mummy ke pasar PS kali ni... Som

Ikan puput ... febret walau banyak tulang... goreng garing2 pas tu masak dengan nenas...nyum2 sedapnye....

Banyak pulak sayur kocai kali ni tapi buah dia kecik2 sikit... ni masak lemak campur petai + udang + tempe .... pedas2..... dan kena ada ikan masin sikit....

Belimbing buluh... masak ngan daging salai pak pandir .. sedapnye...


Puas hati beli jagung kali ni... jagung dia besar dan tua2 sikit... Som beli jagung sampai RM20 ...dapat 25 ketul.. oklah sebiji 80 sen.

Kopi 4 kilo buat setengah2 kilo yer...gambar ni khas utk Mama Miraki

Kali ni pegi pasar Mummy betul2 keliling satu kawasan pasar, bermula dari parking kat padang keliling kedai tepi sungai semua Mummy ngan Som redah... bila lapar beli kropoko lekor pas tu sambung jalan pas tu beli cendol pulak... lenguh gak yer... ye la selalu kalau gi pasar PS tu memang kawasan sebelah sungai Mummy tak pegi pun, kali ni terlebih rajin nak meronda la pulak...

Mummy parking kereta kat depan rumah orang so sempat ambik gambar pokok janda kaya yang tengah berbunga lebat ni... cantikkan..merah putih

Balik rumah apa lagi xtvt masak la pulak... menu lunch memang menu kampung betul... lemak pucuk ubi (diulang ya pucuk ubi dan bukan daun ubi...), ulam2 dan sambal belacan, cendawan (jamur gereget) masak lemak pedas, ayam goreng dan sup ayam... licinnnnnnnnnnn
 
Cendawan dan pucuk ubi...

Sambal belacan meletop!!!

Lepas makan tu acara lepak2 dan baring2 la... sebelah petang meronda ke pasar malam Pt Tengah... sebelum tu singah ke kebun getah peninggalan abah kat Pt Hassan Ahmad...

Kebun nenas ni jiran Mummy punye, kebun dia bersebelahan kebun kelapa sawit abah tu.... suka tengok kebun nenas ni... tersusun da bersih je...

Malam sambung acara gossip dan anak2 sambung main PSP lagi...

to be continued ... part II