Friday, September 6, 2013

Cuti-cuti Perth - Part 3 (City Waters Motel/Apartment)

Untuk 3 hari pertama kami stary di City Waters Motel. Apartment dengan 2 bilik (2 queen + 2 singles bed) dan kemudahan memasak. Tu yang penting tu, kemudahan masak. Orang anak ramai bercuti cam ni la, makan anak2 paling utama.

Motel ni consider 3 start hotel. Lokasi menghadap Langley Park. 

1st time datang dulu dengan Daddy pun duduk di sini juga

Cam sekolah je kan... haahahha. Mummy ajak Daddy cari apartment yang elok sikit dan ada pool semua biar anak2 senang nak swimming. Tapi bila fikir2 kan semula kami balik cuma untuk tidur jer dan waktu siang memang tak ada dalam apartment so cam rugi jer duduk kat tempat mahal2....hahaha.... nak jimat beb

Anak-anak suka sebab depan hotel ada taman dan playground yang luas. Depan taman tu pulak sungai



Apartment tingkat satu same level dengan parking. Dekatlah nak angkut segala barang2.

1 queen bed

Ada 4 single beds

Dapor Mummy untuk 3 hari

Kosong kosong kosng.... lepas tu penuh penuh penuh....

Late dinner....

Huhuhu... cuti2 pun kena cuci baju ma.... self service laundry room kat tingkat bawah. Anak ramai bila cuti2 ni kena la cuci baju gak. Kalau tak banyak le bag nak kena bawak sebab nak isi baju dia orang. 





Thursday, September 5, 2013

Cuti-cuti Perth - Part 2 (Caversham Wildlife Park)

Destinasi pertama sebelum check-in hotel adalah Caversham Wildlife. Nak terus check-in hotel nanti kena bayar xtra so kita jalan le terus. Lagi pun dalam fligt masing2 dah tidur lena.

So ikut itinerary yang Mummy buat, hari pertama setakat pusing2 dan pergi tempat menarik area Perth City dan Swan Valley.


Ikut je la anak panah

Lokasi pertama....2nd time Mummy pergi keadaan luar sama cam dulu jer

Since park tak dibuka lagi kita duduk dulu la kat open park sambil tengok orang jogging

Muka belum mandi pagi... tapi tetap cun kan....kkikikiki

Selalu gambar cam ni ngan Mama Miraki kan...hehehe la ni gambar ngan anak dara kecik Mummy si Dania

Hero in my heart!!!

Hutan bandar

Punya la awal kan.....heheh sampai tak de orang lain

Posing2 anak beranak

Isi perut dulu sebelum sesi lawata sambil belajar....Cafe kat sini memeng ada jual halal food. Dan tandas pun ada dua jenis. Muslim toilet dan toilet biasa. Yang muslim toilet tu ada paip air la untuk cuci lepas urusan hajat besar dan kecik...hahah

Miss Tour Guide kita nak gi mana dulu ni?




Gambar wajib ni kena adalah kan...Australia ngan kangaroo mana boleh dipisahkan

Angah : Along jom kita bawak balik kangaroo ni seekor. Kita letak dalam rumah rabbit yang daddy buat tu.

Dafiy ni berani2 takut. DIa teringin nak pegang kangaroo tapi takut...



Masa gambar ni semua tak nak letak muka kat gambar cik Bab*... heheh...

Parrot show

Idaknya Mummy nak pegang ular tu.... geli wei....

Nak tengok farm show pulak


Dah penat ronda2 dan almost 2pm kami pun heading untuk check in hotel

On day way singgah dulu kat sini beli barang dapor.... hahahah.  Kira gi Tesco je la

Mummy kan suka masak dan suka shopping barang dapor....

Dah cam monthly shopping kat Tesco je. Minyak beras tepong semua beli....

Setengah troli jer...hahah

Ok kita tanya pakcik googlemap mana hotel kita......


Inilah apa Mummy beli...hehehe. Memang makan agenda pertama je kannnnn


Stoberri yang sangattttttttttttttt besar....i likeeee 

Ni la depan apartment

Tuesday, September 3, 2013

Cuti-cuti Perth - Part 1

Cerita dah basi tapi tetap nak ceritalah... cuti raya cum cuti sekolah yang lepas Mummy & Daddy bawak anak-anak bercuti ke Perth. Plan asal Mummy & Daddy nak ke New Zealand berdua tapi bila dah campur tolak bagi kali rasa cam kesian pulak la nab tinggalkan anak-anak, so tukar la destinasi dekat dan murah sikit. So the whole family boleh pegi.

Mummy pergi 13-21 Ogos 2013. So secara rasminya Mummy telah memontengkan anak2 dari sekolah selama 3 hari. So sebelum cuti sekolah Mummy dah siap2 tulis surat kat cikgu. Danish dan Dania lepas dari hukuman tapi Daniel dapat hadiah rotan kat tangan sebanyak dua kali... heheh. Dapat hadiah rotan dari guru Sains cum giru displin dengan alasan ponteng tanpa hantar surat. Surat tu Daniel hantar ke guru kelas dan ke pejabat so memang tak ada lah Mummy buat salinan lebih untuk hantar ke guru displin. Bila dia explain kata surat dah hantar pun manalah cikgu nak percaya... kesimpulannya jangan senang2 nak cutikan anak dari sekolah ya puan2 dan tuan2.


Flight kami tengah malam. Biasalah naik kapal dengan slogan yang semua orang boleh terbang tu...hahah. Mummy tak nak lah cakap naik kapal tambang murah tu sebab bukan murah pun tambangnya bila dah ad on itu ini ini the end tak jauh beza sangat ngan kapal lain...hahahah



Ready to go


Flight kul 12.05am dan sampai ke Perth pukul 5.35am...

Lepas ambik luggage Daddy terus ambik kereta. Kami dah buat booking on9 sebelum datang. Bertekak gak la dengan mamat Hertz ni sebab dia kata kena ambik additional insurance untuk cover accident dan sebagainya. Masa booking tu kami dah bayar pun insurance dalam Aud185


Nasib baik ada bilik kecil yang dijadikan surau kat airport so tak kalut nak cari tempat solat awal pagi tu


Bayangkan kalau budak hensem ni tertinggal sorang2 kat airport... whuaaaaa. Nauzubillah.



Ni la kereta kami untuk 8 hari... Kia Carnival jer abang kepada Nazaria. Ingatkan nak jimat ambik sedan tapi kat AUstralia ni strict sangat polis dia, kaau sedan tu memang boleh masuk 4 orang jer tak boleh lebih. No riba2 anak ok..heheh

No plat kena amik nanti kalau parking lupa pulak nak cari kereta....hahaha

My hensem driver forever.....hehehe

Second time Mummy & Daddy ke Perth tapi anak2 first time

Kami tak ambik tour package pun. Sendiri-sendiri jer. Itinerary dah siapkan awal2. Set GPS and redahhhhh. Insyallah memang tak sesat.