Sunday, July 21, 2013

Berlalu 11 Ramadhan


Kedai tak bukak tapi Mummy dah tercongok depan tu... sempat lelap kejap...hihi


Cer teka apa Mummy beli


Macam-macam ada....

Hampir RM200 gak untuk bahan- bahan biskut raya tu. Ada orang tu cakap dengan RM200 dia boleh beli 8 balang kuih x perlu susah-susah kan diri kat dapor. Terserah pada seseoranglah samada nak buat sendiri atau beli je. Tapi pada Mummy kalau raya kita tak buat biskut raya cam kurang sikit kemeriahannya. Anak- anak Mummy yang dah terbiasa dengan aktiviti buat biskut raya memang dah start tanya hika Mummy nak buat.


Balik dari kedai bakery Mummy ajak Daddy gi ke Parkson Alamanda. Tujuan nak cari kasut untuk Dania n Dafiy. Selain tu nak beli jeans n dress untuk Dania.

Hari ni tak de menu berbuka sebab tuan tanah gantung periuk.
posted from Bloggeroid

Saturday, July 20, 2013

Mood raya....


Kedai tak bukak tapi Mummy dah tercongok depan tu... sempat lelap kejap...hihi


Cer teka apa Mummy beli


Macam-macam ada....

Hampir RM200 gak untuk bahan- bahan biskut raya tu. Ada orang tu cakap dengan RM200 dia boleh beli 8 balang kuih x perlu susah-susah kan diri kat dapor. Terserah pada seseoranglah samada nak buat sendiri atau beli je. Tapi pada Mummy kalau raya kita tak buat biskut raya cam kurang sikit kemeriahannya. Anak- anak Mummy yang dah terbiasa dengan aktiviti buat biskut raya memang dah start tanya hika Mummy nak buat.


Balik dari kedai bakery Mummy ajak Daddy gi ke Parkson Alamanda. Tujuan nak cari kasut untuk Dania n Dafiy. Selain tu nak beli jeans n dress untuk Dania.

posted from Bloggeroid

Berlalu 10 Ramadhan

Sepertiga Ramadhan sudah berlalu, Ramadhan beransur-ansur meninggalkan kita tanpa kita sedari. Supaya kita tidak akan 'meninggalkan' Ramadhal yang tinggal ini. Rebutlah segala kebaikan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan (ingatan untuk diri Mummy dan reader sekelian)


Yang sejuk-sejuk jadi pilihan anak-anak...fruit cocktail


Jus tembikai kaw2 sendiri bikin


Wajib ada


Ni pun wajib ada gak


Anak- anak request spagetti


Ayam masak kicap


Sup ayam untuk Mummy


Masterchef di dapor.... nak masak resepi special salmon katanya... tak tau le camna rupanya


Salmon yang tak sempurna lagi untuk dihidang

posted from Bloggeroid

Friday, July 19, 2013

Berlalu 9 Ramadhan

Alhamdulillah demam daddy dah kurang walaupum belum lagi pulih sepenuhnya.
Sakit kepala Mummy pulak masih terasa lagi. Orang dah 9 hari puasa tapi Mummy baru dua hari....hehe.

Sekarang ni bila on d way balik dari office kepala jenuh fikir apa menu nak masak. Memang blur la sekejap...hehhe


Tembikai yang menghairahkan...haha


Puding jagong dan agar-agar yang berwarna-warni. Puding tu lebih Mummy buat semalam. Agar-agar tu jiran bagi.


Suka betul Daddy dan anak-anak dengan kuih cakoi ni


Murtabak singapore Muo ni dah berbulan duduk dalam esbok. Alhamdulillah masih mengancam rasanya


Fruitn coctail yang menyejukkan


Air kelapa yang sangat-sangat manissss.... kalau ikutkan hati mau Mumny minum 5-6 gelas ni tapi... tahan. Mummy minum segelas je. Minum teh-o je la lepas tu


Kurma ni masa awal puasa penuh sebekas ni. Nak kena beli lagi ni


Sayur campur flora n fauna. Cantiknkan warna sayur ni.. i likeeee


Meehoon goreng bibik


Kari pekat recycle

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 17, 2013

Berlalu 8 Ramadhan

Hari ni Mummy MC. Sakit kepala dan tengkuk dari petang semalam. Pagi tadi Mummy pergi kerja gak sebab ada invoice nak kena hantar dan Mummy simpan dalam almari pulak. Camana dia orang nak hantar. Dalam pukul 10 Mummy gi klinik dan Dr bagi MC sehari. BP normal walau agak


Daddy hari ni pun MC gak. Demam panas sejak petang semalam.


Menu berbuka hari ni... Mummy buat puding jagong dan sago gula melaka. Cakoi n pau kacang macam biasa la beli.


Nyaman sedapp sejukkkk


Comel tak puding jagong Kak Ton???


Menu berat malam ni, Mummy masak sambal telor puyoh, lemak putih petola n tauhu kering, tauhe tempe goreng dan sotong goreng tepong.


Mummy masak sambal telor puyoh ni 60 biji...jangan terkejut yer..licinn. Anak-anak Mumny memang suka betul dengan sambal telor puyoh ni.

posted from Bloggeroid