Wednesday, November 7, 2012

Hafeez ♥ Syera : Part 2

Lepas buat final check kat dewan kami balik bilik dan tukar baju...huhuh. Lepas tu gi dewan semula untuk sambung sesi posing2 sementara tamu tak sampai lagi. Layan je la nokss

2 big screen yang display clip video pengantin

Mengalahkan pengantin pulak kan. Sibuk nak tukar2 baju gak... kelas ko tijah

Melintasi red carpet... dah rasa cam ala2 mengiringi si AA ambik award bintang popolar pulak...hehehe 

Korang rasa Mummy ada kurus sikit tak? 

Kak Kay dan hubby.... tak sabar menyambut tamu. Senyum jer dapat anak menantu

Ni nak buat tarian apa ni Ayien ooi

Orang tak percaya kalau Mummy kata si Dania ni baru 7 tahun... kalau beli dress dia pun Mummy ambik untuk umur 12 tahun kalau jeans pun utk saiz 12 ke atas...huhu. Tak boleh makan beras wangi lagi nampanya, kena tukar makan beras hancur pulak.... 

Ada gak terselit sekeping gambar ngan my laling ni.....heheh.... Mummy dah siapkan baju melayu tapi bila nampak biras2 yang lain tak pakai baju Melayu pun Daddy malas nak tukar baju

Kak Kay bergaya sakan nak sambut tamu

Mak pengantin....

Dua2 ni wajah exclusive.. Kak Tanty & Kak Mah 

My 2 heroes ngan sepupu sepapat

3 dara pingitan ... lagi 10 tahun sampai ler turn masing2....Masa tu Mummy dah tak larat nak mengedix lagi dah.... 


Apalah emak pengantin dah mengantukkkk

Coool



We're cousinssssssssss 

Apa2 la

Yin Wong Khoolai dan family... 

Kek choc berani mati yang sangat2 sedap...hasil tangan anak buah Mummy si Ayien

Sama comel

Kakak2 ku

Yin dan best friendnya Cikgu Bakri yang mengajar di RMC. Ni la kawan baik Yin zaman susah dan senang. Berkawan sejak di UiTM hingga masing2 dah jadi cikgu sekarang. Masa Yin sakit dia ni la yang paling kerap datang dan bertanya khabar. Syukur zaman sekarang masih ada lagi teman sejati.

Bila majlis cam ni bukan emak bapak je yang happy dapat berkumpul adik beradik tpai anak2 pun sama gak sebab dapat berkumpul dengan semua sepupu sepapat

Makcik Mummy datang dari Kulai...alhamdulillah sihat lagi dia.


Cam tak sesuie je anak bujang Mummy nk pegang bakul... tapi sebab nak melekat je ngan Kak Ikan dan Kak Lisa dia sanggup tu



Ok-ok pengantin dah nak sampai. Ok dayang2 berdiri kanan kiri. Pengantin mesti boring ngan blog Mummy ni sbb lambat sangat Mummy nak tepek2 gambar2 dia orang... biasalah save the best for last...hahahha

Untuk pengantin tunggu n3 seterunys yer... baru banyak gambar uols. Bagilah dulu makcik2 enterprem yer...

Hafeez ♥ Syera : Part 1

Hari Sabtu lepas majlis persandingan anak saudara Mummy si Hafeez (anak Kak Kay). Ii majlis pihak lelaki la. Majlis pihak pompuan dah buat di Spg Renggam masa cuti raya haji yang lepas (tak sempat buat n3 lagi....heheeh.... kan dah kata Mummy ni busybody busy sesangat).

Walaupun majlis hari Sabtu tapi hari Khamis lagi Mummy ngan Mama Miraki dah datang 'rewang' ....hehehhe. Actually ada kejadian sebelum majlis rewang tu...huhuh. Petang rabu tu Mummy terjatuh masa ambik anak2 kat taska transit. Lepas hujan simen kat porch licin so Mummy terpeleot ler... (tak sempat gak nak buat n3 pasal ni.... nnt2 ler...hehehe). So banyaklah yang Mummy plan nak buat untuk wedding si Hafeez ni tak tercapai. Lupakan je la high heel yang nak dipakai tu...dah nak pakai kasut pun tak boleh camana nak berhigh heel. Pakai je la selipar. Pagi Khamis tu pun datang rumah Kak Kay awal pagi sebab Mummy nak berurut. 


Oklah jumpa terus ke bigggggggg day for Hafeez ♥ Syera. 



Majlis diadakan di Banquet Hall, Maktab PDRM Cheras...


Pelamin yang sempoi tapi cantik. Tema color purple lavendar...

Meja makan beradab...

Lepas breakfast buat final check-up kat dewan

Sebelum tengok muka pengantin tengok la dulu muka tuan tanah yer...

Muka mamarazi yang tembab sebelah Mummy mestilah tepek...

Kak Mah dan Shasha (anak dara Kak Kay)

Dania dan Aliya. Dalam betul lesung batu pipit si Aliya ni

Call Datuk ke Datin S? 

Gang petakkkks

Abang Mummy, si Wong Khoo Lai dan isteri. Alhamdulillah semakin sihat abang Mummy ni.

Red vs black

Jangan marah ye pengantin, makcik gedixs ni rasmikan dulu pelamin ni...

Alahai dua budak kecik ni, sibuk gak nak naik pelamin

Emak sedondon anak2 pun hampir nak sedondon

Ni pengantin lama....

Walaupun kaki sakit dan jalan tak betul posing tetap posing dan gedik tetap gedik

Saja jer mengedik nak pakai baju sama2... sendiri taja la sapa lagi

My anak dara 

YB Bukit Mutiara ni malas nak bergambar tapi bila dlm blog tak de gambar dia bising pulak....

Red carpet tu....minah senget

Pengantin pun tak de buat aksi cam ni kan... memang over betul 2 makcik vogue ni...kui kui kui


N3 ni khas gambar preparation sebelah pagi selepas breakfast... gambar sanding tunggu la n3 seterusnya... tak tau la bila nak publish, malam ni ke , esok ke , mingug depan , bulan depan or tahun depan...heheheh kalau tahun depan baru publish rasanya pengantin pun dah bertiga kut...heheheh

Kita tepek sekeping jer dulu gambar pengantin.... gambar2 lain tungguuuuuuuuuuu.... 









Kenapa blog mummy bersarang?

Tak sangka pulak ada gak yang ternanti2 n3 baru dlm blog Mummy ni. Kena ek tuan tanah tak update blog:

  1. sangat2 busy dengan kerja2 opis - bila balik rumah lepas settle urusan kul 10 mmg dah on notebook untuk sambung kerja-kerja opis pulak. 
  2. Maidless - so daripada layan blog baik Mummy layan cuci or iron kain baju, mop lantai kemas rumah dll
  3. Balik dari kampung masa raya haji anak2 tak berapa sihat, badan dedar dan batuk2 jer. 
  4. Hari Rabu lepas Mummy terjatuh masa ambik anak2 kat taska. So kaki dah terpeleot. Pergi hospital dan xray, alhamdulillah tak ada yang patah cuma ada cam retak sikit je la. Tapi sakitnya ya ampunnnn. Walau dalam MC semalm Mummy pergi ke office sbb ada benda urgent nak buat, balik dari opis kaki dah rasa sakit mendenyut dan cam kejang jer. Mungkin sebab mummy turun naik panjat tangga opis kat tingkat 2 kut. Minggu ni Mummy dah dapat green light dari big boss untuk work from home. 
Actually banyak nak cerita tak tau la sempat ke dak... dah ada dalam draf sikit2. Antaranya:
  1. Aidil Adha di PS
  2. Banjir di Aidil Adha
  3. Hari Anugerah Pelajaran - Along
  4. Kenduri Kahwin di Spg Renggam
  5. Kenduri Kahwin di Cheras