Friday, March 9, 2012

Tell me why!!!


Thursday, March 8, 2012

Talam Lapis Cendol Yang Hulala Sedap!

Mood buat kuih talam,kali ni buat talam cendol lagi.Cuma kali ni Mummy terlebih rajin so Mummy buat talam cendol ni ala2 kuih lapis. Ni semua aktiviti petang semalam.

Nampak menghairahkan tak kuih ni? Lemak2 manis dan santan secukup rasa...hihi

Sila la makan ye

Close-up sikit


Dah la cantik berlapis2 sedap pulak tu.... kes picit lift naik sendiri

101st Anniversary of International Women’s Day


Selamat Menyambut Hari Wanita kepada semua wanita di luar sana. Tema sambutan tahun ini adalah EVERY WOMAN COUNTSSemoga hari ini memberi kecerian kepada anda semua.

Tapi kan Mummy cam tak berapa nak ceria, Dafiy demam lagi. Batuk  Pagi tadi menanggis dan merayu2...Mummy jangan work, mummy jangan work...huhuhu...sedih tau .. tapi nak buat camana semalam Mummy dah cuti, hari ni kenalah kerja. Time tu Mummy rasa sangat2 jeles pada ibu2 yang jadi fulltime housewife dan boleh selalu berada disamping anak2....huhuhu.

Wednesday, March 7, 2012

TERBAEKKKKKKKK DARI LADANG!

Hari ni Mummy ambik cuti, Dafiy demam sejak hari Isnin. Malam tadi dah start batuk pulak. Sat lagi nak bawak dia gi klinik. Stock ubat kat rumah pun dah  habis.

Pagi ni breakfast Mummy buat ubi samin. Last weekend pegi pasar Mummy beli ubi, pas tu kakak Mummy datang rumah bawak ubi dan keladi. So sebelum ubi tu busuk baik Mummy rebus dan buat ubi samin. Ubi samin ni kira fofuler kat Johor rasanya. 

Ubi samin yang 3/4 pinggan selamat masuk dalam perut Mummy. Ubi ni sangat2 empok...

Secangkir kopi-o panas2 dipadankan dengan ubi samin, emamn yang terbaekkkkkkkkkk dari ladang la...hihih

Tuesday, March 6, 2012

Photoshoot @ Office

Last week ada photoshoot kat opis Mummy. Nak letak dalam website company. Photoshoot rasminya sekejap je yang lamanya sesi foto gedix2 budak2 opis ni...(termasuk le Mummy...) hihihi




Ni cam posing untuk raya la pulak







Poster Ombak Rindu 3 .... Aaron Aziz sangkut kat trafic jam so tak dapat dia nak join sesi fotography ni, terpaksa la Mummy cari pelakon gantian sekejap...hihi. Jangan mara Dila.